CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25646|Reply: 0

[Sabah] PGA Sabah tahan 33 individu, rampas vape dan e-liquid cecah RM1.72 juta

[Copy link]
Post time 14-2-2026 03:05 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian rampasan yang diperoleh sepanjang pelaksanaan Op Taring Alpha 3.

KOTA KINABALU: Seramai 33 individu ditahan manakala puluhan ribu peranti rokok elektronik serta cecair e-liquid dirampas dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 3 yang dilaksanakan serentak di tujuh daerah di Sabah, Selasa lalu.

Operasi mega dikenali sebagai Op e-CIG itu dilaksanakan oleh Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Sabah, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sabah.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata operasi yang dijalankan antara jam 2 petang hingga 8 malam itu membabitkan tujuh daerah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Beluran, Keningau dan Semporna.

“Seramai 278 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi berkenaan termasuk 164 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), 53 pegawai KKM, empat pegawai JKDM dan 55 anggota pihak berkuasa tempatan.

“Hasil operasi menahan seramai 33 individu berusia antara 20 hingga 47 tahun membabitkan 24 lelaki dan sembilan wanita, kesemuanya warga tempatan dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kita turut merampas sebanyak 16,925 unit peranti rokok elektronik dan vape, 219,959 liter cecair e-liquid serta 95 unit lain-lain barangan dengan anggaran nilai keseluruhan RM1,728,034,” katanya dalam kenyataan media di sini.



OPERASI: Operasi mega Op e-CIG dilaksanakan oleh Briged Sabah PGA dengan kerjasama KKM, LHDN Sabah, pihak berkuasa tempatan dan JKDM Sabah.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan pertama atau RM30,000 bagi kesalahan seterusnya, atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15 dan Seksyen 8 akta sama berkaitan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan produk tembakau, selain Seksyen 3(1) Ordinan Perlesenan Perdagangan 1948.

“Semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut termasuk siasatan dan pendakwaan.

“Operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan bagi menangani isu kesihatan awam serta membanteras penjualan dan pengedaran vape secara haram.

“Kita juga mahu melindungi golongan muda daripada terlibat dengan penggunaan vape yang mungkin dicampur bahan terlarang seperti ganja,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras aktiviti penjualan dan pengedaran peranti rokok elektronik serta e-liquid yang menyalahi undang-undang di negeri ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.095736 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list