CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 35125|Reply: 58

[Politik] Huru-hara PRN Johor dibuatnya

[Copy link]
Post time 14-2-2026 07:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Tumpang-Sibok at 6-7-2026 02:23 AM

BERSATU NYATA SOKONGAN CALON PH SRI MEDAN

Sokongan daripada ahli dan penyokong Parti Bersatu di Sri Medan terhadap Calon Pakatan Harapan, Cikgu Misrin (No. 03) menjadi gambaran bahawa kepentingan rakyat mengatasi perbezaan politik.



"Merekalah yang merosakkan Pas dan menyebabkan Pas dilihat jahat, tidak jujur dan bermain politik kotor, berbeza sangat dari ajaran Islam"

KUALA LUMPUR – Kasar permainan politik Pas ini. Hari demi hari, sedikit demi sedikit, Allah tunjukkan sikap autoritarian dan politik kotor Pas.

Kalau bukan pendekatan ke’mullah’an dan ke’Talibanan’, mungkin pegangan Machiavellian, yang mana matlamat menghalalkan cara, selar Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurut beliau, bukan lagi rahsia bahawa terdapat pihak dalam Pas yang berhasrat untuk menguasai PN sepenuhnya dan menyingkirkan Bersatu daripada gabungan tersebut. Hasrat ini telah beberapa kali dibayangkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

“Selepas Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digugurkan daripada jawatan utama dalam Perikatan Nasional (PN), kononnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, jumlah wakil Pas dalam Majlis Tertinggi (MT) PN meningkat kepada lapan orang, iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya, Ketua Pemuda PN dan seorang Ahli MT.

“Sebaliknya, wakil Bersatu tinggal hanya empat orang, iaitu Timbalan Pengerusi, Ketua Wanita dan dua Ahli MT.

“Pada masa yang sama, diumumkan bahawa Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat, kononnya untuk memperkukuh organisasi PN. Persoalannya, mengapa tiba-tiba perlu mesyuarat tergempar sedangkan sebelum ini Pengerusi PN tidak menunjukkan kesungguhan untuk mengurus konflik dalaman PN, tidak memanggil Mesyuarat MT PN, tidak mengadakan rundingan kerusi, mesyuarat persiapan pilihan raya mahupun mesyuarat jawatankuasa electoral pact?

“Malah, beberapa minggu sebelum itu Pengerusi PN seolah-olah ‘ghaib’ tanpa sebarang kenyataan mengenai isu semasa negara dan konflik dalaman PN,” tempelak Tun Faisal.

Ujar beliau, kenyataan anggota Lajnah Undang-Undang Pas serta jentera parti juga memberi gambaran ke arah itu, termasuk usaha menyulitkan pengeluaran watikah calon, memanfaatkan dominasi dalam Majlis Tertinggi untuk menekan Bersatu, serta mengetepikan peranan Majlis Presiden dalam proses membuat keputusan.

“Dengan pengguguran Radzi dan Azmin, Pas cuba memaksimumkan undi Pas, iaitu kepada lapan undi dan pada waktu yang sama mahu mengurangkan undi Bersatu, kepada hanya empat undi.

“Apabila ini berlaku, apakah komen sahabat-sahabat saya dalam Pas, iaitu dalam kalangan kem ulama, mengenai permainan politik Kluster Publika ini?

Kata mereka, “Bersatu kena segera ambil tindakan. Kami dalam Pas dah hadapi golongan gila ini, buat peraturan ikut suka mereka, main belakang-belakang, langgar semua peruntukan Perlembagaan Pas dan buat tafsiran sendiri. Langgar Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama.

Jadi Tun Faisal berkata, respon beliau kepada rakan-rakannya dalam Pas ini, “Insya-Allah, Bersatu komited untuk lawan dan pertahankan PN.

“Tapi saya pun harap rakan-rakan dalam Pas juga boleh bantu hentikan kerakusan dan kegilaan Kluster Publika ini dari dalam,” tegasnya.


"Lembaga Disiplin telah melaksanakan tugas-tugasnya bawah Tatacara Pengurusan Kes Disiplin BERSATU pada 12 Februari 2026 dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan BERSATU.

"Mana-mana ahli BERSATU yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman, berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini," menurut notis itu.

Senarai penuh yang dikongsikan Lembaga Disiplin parti itu membabitkan pemecatan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut, selain tiga lagi Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


Tiga Ahli Parlimen lain yang turut dipecat daripada BERSATU itu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Seterusnya, sembilan Ketua Bahagian BERSATU turut dipecat, setakat ini.

Mereka ialah Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin (Libaran), Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun), Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Teluk Intan), Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru), Ramlan Meon (Tangga Batu), serta Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah).

Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah, Nabila Norsahar, dan Ketua Penerangan BERSATU Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.

Tiga Ahli Parlimen lain yang turut dipecat daripada BERSATU itu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Seterusnya, sembilan Ketua Bahagian BERSATU turut dipecat, setakat ini.

Mereka ialah Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin (Libaran), Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun), Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Teluk Intan), Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru), Ramlan Meon (Tangga Batu), serta Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah).

Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah, Nabila Norsahar, dan Ketua Penerangan BERSATU Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.

https://www.bharian.com.my/berit ... cat#google_vignette











Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 30 Users voted

Count down: 846 Days3 Hours31 min.

Your User group have no permission to vote
PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2026 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik apa yg dia spill ni takda tapis2 dah
Takyah la sedih bila parti bunga tu bersepai
Idea penubuhan pun mmg utk memecahbelahkan org Melayu dan idea tu dpd cina tua yg org Melayu sendiri anti hurmmm



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-2-2026 10:50 AM
Mesti Pas akan bergabung ngn umno plak pasnih
Sbb takat ni hanya dgn umno je pas belum berjaya comol ...

Naksuruh amno mampos ke sis??


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah rumah ke weh. Tuan tanah terketar² nak post
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 07:30 AM | Show all posts
Edited by Tumpang-Sibok at 19-6-2026 03:26 AM









Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
PRU kelak kena ada parti baru bertanding

Parti baru kelak wajib bergabung dengan PAS baru boleh bentuk kerajaan

Umno dan bersatu punya telur dah kena genggam erat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2026 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti Pas akan bergabung ngn umno plak pasnih
Sbb takat ni hanya dgn umno je pas belum berjaya comolot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat ramai kena pecat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 14-2-2026 12:13 PM
Awat ramai kena pecat?

nampak sgt ..ahli politik pembangkang ni gila kuasa..sepatutnya diaorg ni main peranan  jadi pembangkang terbaik utk rakyat kt parlimen...
adoiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 01:57 PM | Show all posts
Hari tu ada Iswardy kata diam-diam ada yang nak jadi PM. With this latest development,  aku nak tengok apa pulak jadi lepas ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 14-2-2026 01:01 PM
nampak sgt ..ahli politik pembangkang ni gila kuasa..sepatutnya diaorg ni main peranan  jadi pemba ...

Iols tatau sgt pasai politik ni.. dah tak amek kisah sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-2-2026 09:59 AM
PRU kelak kena ada parti baru bertanding

Parti baru kelak wajib bergabung dengan PAS baru boleh ben ...

Kenapa perlu ada parti baru then nk kena bergabung dgn PAS? Why not yg nk tubuh parti baru tu join jer PAS terus di tempat pertama, kan tu lebih simple.... Ke guaner Derkem?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 02:21 PM | Show all posts
Sebab itulah pemimpin tua 70 tahun ke atas ni patut berhenti aje. Tak cukup lagi ke berpuluh-puluh tahun pegang jawatan. Nampak dah nyanyuk pun ada. Even statement dari pmx baru-baru ni berkenaan azam baki pun bunyi janggal. Hadi awang tu lagilah sudah sesat masuk dalam alam haiwan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 14-2-2026 02:09 PM
Kenapa perlu ada parti baru then nk kena bergabung dgn PAS? Why not yg nk tubuh parti baru tu join ...

PAS tak mampu tarik undi bukan melayu, melayu LGBT, melayuwoke, melayu majadiri (malu jadi diri sendiri), melayu self loathing freaks, melayu iq suhu bilik etc..

Jadi parti baru tu kelak kena bergerak solo masa PRU.. menang 50-60 seats.. bila nak bentuk kerajaan baru lah sertai PAS
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bodo je parti bersatu nih
Tgk fb rasmi dorang very the rempit
Siap ngaku abah pdf bagai pastu berebut password page fb tu
Lantak korang laa bercekau la sesama sendiri
Drpd pengkhianat kepada pengkhianat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 08:39 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersatu kita teguh
Bercerai kawin lain


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 10:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 10:15 PM | Show all posts
Nampaknya parti berdasarkan mutual understanding tak bertahan juga. Masing-masing tetaplah ada niat dihati nak jadi pm. Last-last pecah juga.
Lepas ini mari buka parti baru, parti jawa, parti banjor, parti bugis untuk next pru. Dan pemenang 70 kerusi diswept oleh pati alliance bangla-rohingga. Yeaaaayee
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 08:36 AM | Show all posts
Kesilapan terbesar muhyiddin dlam konteks hamzah membelot dan jadi gila kuasa ini ialah melantik hamzah jadi ketua pembangkang... dia jadi ketua pembangkang dapatlah rasa sebahagian besar power sebagai ketua..lama-lama mulailah pengaruh dia membesar.

Dan tindakan itu juga menyebabkan ada orang meiihat ini adalah satu kelemahan muhyiddin dan ada tu masing-masing mulailah besar kepala..

Sepatutnya muhyidin jadi jerlah ketua pembangkang... dan hamzah jadi timbalan, lepas tu biar dia buat kerja sebahagian, .... tak boleh kerja hamzah overshadow muhyiddin sehingga nanti dia rasa dia lebih dari ketua nanti.... klu muhyiddin tak mampu lantik2 beberapa orang educated dibawah dia sebagai pemerhati pemikir, pengkiritik.. buat tugas pembangkang dia cuma perlu kena briefing dan sampaikan ikut pemikiran dia sendiri


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 10:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 15-2-2026 08:36 AM
Kesilapan terbesar muhyiddin dlam konteks hamzah membelot dan jadi gila kuasa ini ialah melantik ham ...

patut muhiyidin nu bersara je. termasuk anwar, hadi dll yg seangkatannya umur dgn mereka. bagi lah yg 50an n awal 60an paling tua yg corakkn politik negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.109835 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list