CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31237|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sarjan penjara didakwa tampar pegawai atasan

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Sarjan penjara didakwa tampar pegawai atasan

Audrey Dermawan[email protected]





Ahmad Suhaizad Mohd Mansoor. FOTO Audrey Dermawan




George Town: Seorang sarjan yang bertugas di Penjara Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap pegawai atasannya tahun lalu.

Sarjan Ahmad Suhaizad Mohd Mansoor, 47, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

"Saya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu," katanya kepada mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Suhaizad didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Megat Razman Md Nor dengan menampar mangsa menggunakan tangan di bahagian tengkuk.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kantin Penjara Pulau Pinang kira-kira jam 7.55 pagi pada 1 Jun 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lau Shavin mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Adilla Zaharuddin.

Semasa prosiding, Lau mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Ahmad Suhaizad, melalui peguamnya, memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan dengan menyatakan bahawa tertuduh memperoleh pendapatan RM4,000 sebulan dan perlu menanggung isteri serta tiga anak, selain ibu bapanya.

Majistret Nur Fadrina kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

"Tertuduh juga dilarang mendekati mangsa dalam jarak 500 meter sepanjang tempoh perbicaraan kes," katanya.

Beliau menetapkan 3 Mac untuk sebutan semula kes sementara menunggu penyerahan dokumen dan pelantikan peguam.



Disiarkan pada: Januari 30, 2026 @ 5:13pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317229/sarjan-penjara-didakwa-tampar-pegawai-atasan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 1.140634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list