CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18211|Reply: 1

Populasi yang semakin meningkat, Thailand 'suntik' gajah dengan pencegah kehamilan

[Copy link]
Post time 29-1-2026 04:42 PM | Show all posts |Read mode





Bangkok: Thailand memberikan vaksin pencegah kehamilan kepada gajah liar buat pertama kali dalam usaha mengawal populasi yang semakin meningkat, kata seorang pegawai pemuliharaan pada Rabu.

Pihak berkuasa hidupan liar dan pasukan veterinar memberikan suntikan itu kepada tiga gajah betina di wilayah Trat yang terletak di tenggara negara itu pada Isnin lalu, menurut Pengarah Pejabat Pemuliharaan Hidupan Liar, Sukhee Boonsang.

Beliau memberitahu AFP bahawa matlamat program itu adalah untuk menguruskan populasi gajah liar memandangkan kadar kelahiran mamalia berkenaan di lima wilayah di timur Thailand, meningkat kira-kira lapan peratus setahun berbanding tiga peratus di wilayah lain.

"Jika dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan lebih banyak konflik antara manusia dan gajah dalam jangka masa panjang," katanya.

Doktor veterinar dan pegawai menggunakan senapang dart tanpa bius untuk memberikan vaksin itu minggu ini, menurut kenyataan pejabat pemuliharaan itu.

Jumlah gajah liar di Thailand meningkat daripada 334 pada 2015 kepada hampir 800 pada 2025, sementara ribuan lagi berada dalam kurungan.

Konflik antara manusia dan gajah mengakibatkan hampir 200 kematian manusia dan lebih 100 kematian gajah sejak 2012, menurut kenyataan itu.

Gajah Asia yang menjadi haiwan kebangsaan Thailand dikategorikan sebagai spesies terancam di peringkat global oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 04:45 PM | Show all posts
suntik monyet dengan anjing kucing liar jugak boleh ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list