|
View: 13701|Reply: 10
|
Bekas presiden FIFA, Sepp Blatter mahu peminat bola sepak boikot Piala Dunia di Amerika
[Copy link]
|
|
|
WASHINGTON – Bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter menyokong cadangan memboikot kejohanan Piala Dunia 2026 ekoran kelakuan Presiden Donald Trump dan pentadbirannya di dalam dan luar Amerika Syarikat(AS), lapor portal berita The New Arab semalam.
Blatter merupakan tokoh bola sepak antarabangsa terbaharu mempersoalkan kesesuaian AS sebagai negara tuan rumah.
Beliau merupakan presiden badan pentadbir bola sepak dunia itu dari 1998 hingga 2015 sebelum meletak jawatan di tengah-tengah siasatan terhadap kes rasuah
Blatter menyeru boikot itu dalam catatan dalam aplikasi X sekali gus menyokong komen Mark Pieth temu bual bersama akhbar Switzerland, Der Bund pada minggu lalu.
Pieth yang merupakan seorang peguam dan pakar jenayah kolar putih, mempengerusikan pengawasan Jawatankuasa Tadbir Urus Bebas terhadap pembaharuan FIFA sedekad yang lalu.
Dalam temu bualnya dengan Der Bund, Pieth berkata: “Jika kita mempertimbangkan semua yang telah kita bincangkan, hanya ada satu nasihat untuk peminat: Jauhi Amerika Syarikat! Anda akan melihatnya dengan lebih baik di televisyen.
“Sebaik sahaja tiba (di AS), peminat perlu menjangkakan bahawa jika mereka tidak menggembirakan hati pegawai, mereka akan terus dimasukkan ke penerbangan seterusnya untuk pulang,” tambahnya.
Dalam catatan di X, Blatter memetik Pieth dan menambah: “Saya fikir Mark Pieth betul dalam mempersoalkan Piala Dunia ini.”
AS akan menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai depan.
Kebimbangan komuniti bola sepak antarabangsa terhadap negara itu berpunca daripada sikap ekspansionis Trump di Greenland, larangan perjalanan dan taktik agresif dalam menangani pendatang dan penunjuk perasaan penguatkuasaan imigresen di bandar-bandar Amerika, terutamanya Minneapolis.
Salah seorang naib presiden persekutuan bola sepak Jerman, Oke Göttlich, memberitahu akhbar Hamburger Morgenpost dalam satu temu bual Jumaat lalu bahawa masanya telah tiba untuk mempertimbangkan secara serius untuk memboikot Piala Dunia. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Last fifa world cup kat us tahun 1996 ke tahun bila?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju patut negara2 islam pun tak payah promosi tak payah beli baju ke apa.. bodoh punya usa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
annoying atok rambut oren tu! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kita boikot US main jer...team lain main...nak nengok...jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Piala Dunia ke-15 pada 1994. Piala Dunia juga merupakan antara masa untuk menanam dan mengamalkan azam baru lepas kejohanan bola sepak terbesar di dunia berakhir (jangan tunggu Tahun Baru dan Awal Muharram baru ada azam baru).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berkecuali lagi bagus sebab tiada pasukan Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagipun takde pun pasukan kita |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Pilih untuk berkecuali.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dia suruh jgn pi stadium ja, suruh tengok TV. boikot ka tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|