|
View: 13853|Reply: 21
|
Peraturan larang warga asing beli minyak masak peket bersubsidi berkuat kuasa 1 Mac - KPDN
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Peraturan larangan pembelian minyak masak peket bersubsidi oleh warga asing akan dikuatkuasakan bermula 1 Mac ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, KPDN terlebih dahulu akan mewartakan peraturan itu.
“KPDN akan mewartakan peraturan ini melalui peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan yang akan digubal di bawah punca kuasa Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Kita sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan kita akan menguatkuasakan larangan melalui kuat kuasa undang-undang itu pada 1 Mac 2026,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam pada itu, Armizan berkata, KPDN tidak menetapkan kuota pembelian minyak masak peket bersubsidi oleh warganegara dalam konteks isi rumah.
Menurut beliau, pengiraan kuota tersebut adalah bersandarkan kepada penggunaan 1.5 kilogram perkapita dan ia adalah kota penetapan had maksimum untuk setiap transaksi.
“Kalau ada isi rumah memerlukan lebih, kita tidak hadkan oleh anak, isteri, bapanya untuk membeli. Kita tidak pada peringkat ini menetapkan kuota berdasarkan isi rumah. Jadi tidak ada isu berbangkit jika ada keperluan tambahan,” katanya.
Menjawab soalan asal Abdul Latiff, beliau berkata, Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) merekodkan transaksi penjualan dan pembelian secara digital di keseluruhan rantaian pengagihan hingga kepada pengguna akhir.
Menurut beliau, aplikasi eCOSS juga membolehkan pelaksanaan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh warga asing melalui kuat kuasa undang-undang.
“Sebelum ini terdapat banyak gesaan untuk melarang pembelian oleh warga asing, namun pihak peruncit membangkitkan aspek praktikal iaitu mekanisme pelaksanaan larangan termasuk kaedah pemantauan dan penguatkuasaan.
“Dengan adanya sistem yang hanya membenarkan warganegara membuat pembelian yang diintegrasikan dengan butiran kad pengenalan, ia akan membolehkan peruncit dan penguatkuasa melaksanakan larangan dengan berkesan,” katanya.
Sumber:– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tukang jual bangla... depan mata dok jual kat kawan2 dia.bila kita tanya cakap stock habis situ gak aku maki.dan2 pulak eh ada katanya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat mydin xde pun minyak peket.
Lotuss pulak mmg xde dalam kamus kedai mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri babi ni aritu kata takde larangan
skang baru hegeh2 nak kuat kuasakan undang2 ke
bodoh tolol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hal minyak masak pun sangat struggle nak urus. Mansuhkan saja lah. Tak mati pun kalu tak dapat guna minyak packet tu. pilihan kedua halau semua warga asing pati celaka la. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
napalah makin lama makin ramai warga asing eh...bila nak berkurang pun tak tahu lah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg jual ni pun pekerja warga asing kt kedai,pekerja warga asing kt supermarket dan bbnu Msian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang dah guna apps ECOSS nak beli minyak subsidi ni. Had 3 peket sehari je.
Kene tunjuk bukti kt kaunter masa bayar. Warga asing memang dah tak boleh beli sb apps ni daftar guna IC. Bagus apps ni.
klu x sesuka je warga asing beli minyak subsidi ni.
Sakit hati tgk die org dpt kemudahan utk rakyat malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah
kalau tidak.. berleluasa indon2 ni memborong utk jualan gorengan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MyKad baharu ada QR imbas pembeli minyak peket pada 1 Jun
Oleh ZULKIFLI MANZOR
29 Januari 2026, 2:21 pm
KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh membeli minyak masak peket bersubsidi dengan mengimbas kod QR pada MyKad baharu yang akan diperkenalkan mulai 1 Jun depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, inisiatif itu sebahagian daripada usaha mengintegrasikan pelbagai mekanisme subsidi dan bantuan ke dalam satu platform bersepadu.
Menurut beliau, kaedah baharu tersebut akan turut membantu kerajaan dalam mengenal pasti dan merekod pembelian minyak masak paket bersubsidi.
“Memandangkan subsidi RON95 dan program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) telah berjalan dengan lancar, kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengintegrasikan dengan platform MyKasih sebagai pilihan tambahan bagi penjualan minyak masak peket.
“Pada masa hadapan, pembelian minyak masak peket boleh dilakukan hanya dengan mengimbas kod QR pada kad pengenalan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung pengagihan minyak masak paket bersubsidi kepada warga emas dan orang miskin di luar bandar.
Menjawab soalan asal, Armizan berkata, Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang dibangunkan KPDN bertujuan menambah baik pengurusan minyak masak kemasan peket bersubsidi satu kilogram melalui pendigitalan.
Menurut beliau, sistem itu mendaftarkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pengedaran termasuk syarikat kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong serta peruncit.
Kata beliau, ia turut merekodkan transaksi jual beli minyak masak peket bermula daripada syarikat kilang penapis sehingga peringkat pembelian oleh peruncit.
“KPDN akan sentiasa menambah baik pengurusan eCOSS sama ada melalui aplikasi Mobile eCOSS dan opsyen-opsyen lain bagi memastikan perekodan secara digital di setiap rantaian pengagihan bekalan dan transaksi jual beli,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bulan 6 kena tukar mykad baru eh, I see
elok la kut. minyak paket ni punye pasal, ada sorang acik ni nak beli kat kaunter haritu, dia dah install ecoss, tapi tak register lagi. pastu lama la cashier tu ajar acik tu buat. tapi tak sampai last step, acik tu dah hilang sabar, terus dia cancel tanak beli minyak paket, sambil mengomel, "Nak beli minyak pun susah, bab* punya menteri", terbahak-bahak iols gelak kat belakang 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-1-2026 12:51 PM
Kat mydin xde pun minyak peket.
Lotuss pulak mmg xde dalam kamus kedai mereka.
"saiya suda simpan...nanti kawan mari jual sama dia la"-bangla |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg baru install, yg pengesahan identiti tu, link terus dgn mydigital id.. kejap je setle daftar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Punyala lama dh merdeka tp benda simple mcm ni pun kne 69 tahun baru nk implement |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 30-1-2026 12:49 AM
YG KELAKARNYA...LAGI BENGONG...."Kaka Kaki... kasi tunjuk u IC la u mau bili itu minyak sama kita bangla kidai".WTH...WTF |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di pasar malam minyak paket dicampak ke kuali tanpa buang plastic |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
entahnya, kat kedai2 acheh tu sah2 la tukang jual indon
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabsidi bersasar ni polisi discriminative paling tak guna. Nak jadi negara komunis tapi nak maintain rasis. Orang Malaysia memang suka sangat lah benda2 macam ni. Benda dah tak betul dari awal tapi nak juga kasi jadi ini lah akibatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adusss nak kena tukar ic lg la ye... Malasnya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buat undang2 tak ada penguatkuasaan kerap tak guna
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|