CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13553|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keputusan representasi kes klinik tidak berdaftar ditentukan 13 Mac ini

[Copy link]
Post time 29-1-2026 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan representasi kes klinik tidak berdaftar ditentukan 13 Mac ini

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
29 Januari 2026 12:00pm




Kedua-dua wakil syarikat berkenaan hadir ke mahkamah pada pagi Khamis.





GEORGE TOWN - Mahkamah Sesyen 2 di sini menetapkan 13 Mac depan sebagai tarikh keputusan reprentasi bagi pihak pembelaan berhubung kes saman Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap dua syarikat menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta tidak berdaftar secara sah.

RR Beaute Solution Sdn Bhd dan Akademi Latihan CTA Sdn Bhd masing-masing diwakili oleh dua pekerja iaitu pembantu tadbir dan pembantu peribadi syarikat tersebut.


Prosiding kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa KKM, Dr Mohd Fikri Mohammad Fishoul dan Shamsul Nizam Kassim manakala tertuduh diwakili peguam, V Joseph.

Menurut Mohd Fikri, pihak KKM belum menerima representasi daripada pihak pembelaan untuk dirujuk kepada mahkamah sebelum keputusan kes dibuat.


Joseph kemudiannya memohon maaf dan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya belum mendapat beberapa dokumen sebagai eksibit untuk dimasukkan ke dalam reprentasi.

"Pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat mengemukakan reprenstasi pada hari ini kerana belum mendapat beberapa dokumen antaranya rekod pesakit, borang janjitemu, resit klinik, borang Indah Water Konsortium, baucar pembayaran dan dokumen perjanjian sewa premis.

"Oleh itu, kami memohon satu tarikh lain untuk pihak pendakwaan menyediakan kesemua dokumen tersebut sebelum kami menyediakan representasi," katanya.


Mohd Fikri kemudiannya berkata, pihak pendakwaan tiada halangan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang dipohon kepada pihak pembelaan.

"Kami sudah menyerahkannya sebelum ini tetapi dalam bentuk album gambar.

"Kami tiada halangan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang dipohon iaitu dalam bentuk fizikal jika itu yang dipohon pihak pembelaan.

"Kesemua dokumen berkenaan boleh disiapkan dalam tempoh seminggu," katanya.

Hakim, Irwan Suainbon berkata, reprentasi tersebut perlu diserahkan ssbelum 13 Mac untuk mahkamah menentukan keputusan reprentasi berkenaan.


Sebelum ini media melaporkan, KKM menyaman dua syarikat kerana didakwa menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta tanpa di Mahkamah Sesyen di sini.

Pemilik syarikat itu yang didakwa dimiliki oleh seorang pempengaruh media sosial dan suaminya namun tidak hadir ke mahkamah dalam prosiding pada November tahun lalu.

Mereka hanya mewakilkan wakil syarikat yang mana, kedua-dua wakil syarikat mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua syarikat didakwa menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh syarikat terbabit pada 22 Oktober 2024, kira-kira jam 10.15 pagi di premis di Jalan Rangoon di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta yang sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM500,000.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pasangan pempengaruh terkenal yang didakwa terbabit dalam kegiatan perubatan estetik tidak berdaftar serta program bimbingan kewangan berisiko tinggi, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna dan integriti kewangan awam.

https://www.sinarharian.com.my/article/765992/berita/semasa/keputusan-representasi-kes-klinik-tidak-berdaftar-ditentukan-13-mac-ini


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644akku
Views : 505 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 1415 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11576 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 19475 Replies : 44

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.366696 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list