CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9091|Reply: 0

[Sabah] YPNM Sabah gesa kerajaan timbang semula reformasi UPSR

[Copy link]
Post time 28-1-2026 12:18 PM | Show all posts |Read mode


DAVID

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah menggesa kerajaan agar menilai semula sebarang perubahan berkaitan reformasi pendidikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang boleh menjejaskan kestabilan sistem pendidikan sedia ada.

Pengerusi Yayasan Pengguna Nasional Malaysia (YPNM) Sabah, David Chan, berkata pihaknya menerima pelbagai maklum balas daripada ibu bapa dan penjaga pelajar mengenai isu ini.

Katanya, ramai yang menyuarakan kebimbangan terhadap perubahan dasar pendidikan yang kerap, sekali gus memberi kesan kepada pengurusan kehidupan seharian keluarga.

“Perubahan ini memaksa ibu bapa menyesuaikan jadual harian, termasuk waktu bekerja sama ada secara syif atau separuh masa, selain memberi tekanan terhadap perancangan kewangan isi rumah.

“Keadaan itu lebih dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang kini berdepan peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, perubahan mendadak dalam struktur penilaian serta sistem persekolahan bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah menambah tekanan kepada ibu bapa dan murid.

Sehubungan itu, David menegaskan bahawa kestabilan dan kesinambungan dasar pendidikan amat penting bagi memastikan perkembangan akademik dan emosi kanak-kanak berada pada tahap optimum.

“Murid memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan, manakala ibu bapa pula memerlukan kepastian bahawa dasar pendidikan tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa rundingan menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan mengadakan libat urus menyeluruh bersama ibu bapa, guru dan pakar pendidikan sebelum melaksanakan sebarang perubahan dasar utama.

Selain itu, katanya, setiap reformasi pendidikan perlu mengutamakan kesejahteraan murid serta kesinambungan pembelajaran, di samping menyediakan tempoh peralihan yang munasabah dan garis panduan yang jelas bagi mengelakkan kekeliruan di peringkat sekolah dan keluarga.

David percaya dasar pendidikan yang dirancang secara teliti, inklusif dan konsisten mampu meningkatkan keyakinan rakyat serta melahirkan generasi masa depan yang lebih berdaya saing dan seimbang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.483915 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list