CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9767|Reply: 0

[Sarawak] Pemuda PBB sangkal tafsiran literal MA63, pertahan hak perlembagaan Sarawak

[Copy link]
Post time 28-1-2026 11:28 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata pentafsiran literal semata-mata Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bermakna mengabaikan undang-undang sedia ada serta hak perlembagaan Sarawak.

Pemuda PBB dalam satu kenyataan berkata pendekatan sedemikian menjejaskan semangat MA63 dan memesongkan keseimbangan hubungan Persekutuan - Kerajaan Sarawak.

"Menolak MA63 melalui tafsiran literal semata-mata bermakna mengabaikan undang-undang sedia ada dan hak perlembagaan Sarawak.

"Kami kesal dengan pandangan Menteri (di Jabatan Perdana Menteri -Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said) yang terlalu sempit terhadap MA63, iaitu melihatnya semata-mata sebagai teks tanpa mengambil kira konteks, tujuan serta kepentingan perlembagaannya.

"Peribahasa 'Jangan kerana pokok, hutan tidak terlihat'_amat bertepatan dalam hal ini," ujarnya sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mendakwa MA63 tidak mengawal selia sumber minyak dan gas bagi Sarawak.

Pemuda PBB menegaskan MA63 ialah dokumen asas penubuhan Malaysia, yang menyatukan Sarawak, Sabah (ketika itu Borneo Utara), Singapura dan Tanah Melayu sebagai rakan setara dalam Persekutuan.

Ketiadaan peruntukan khusus mengenai minyak dan gas dalam MA63 tidak bermakna undang-undang Sarawak serta kerangka perlembagaan berkaitan tanah dan sumber asli boleh diketepikan, tambahnya.

"Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak (OMO) 1958 masih berkuat kuasa dan tidak pernah dimansuhkan oleh Badan Perundangan Sarawak.

"Digubal sebelum pembentukan Malaysia, ordinan ini terus mengawal selia aktiviti minyak dan gas di Sarawak serta dilindungi secara perlembagaan," katanya.

Memandangkan penolakan sempit MA63 oleh menteri serta jawapan yang tidak lengkap terhadap persoalan yang dikemukakan kepadanya, Pemyda PBB mengemukakan soalan-soalan berikut dan menuntut penjelasan demi rakyat Sarawak.

"Adakah Kerajaan Persekutuan telah memberi persetujuan atau sokongan rasmi terhadap cabaran undang-undang PETRONAS ke atas Kerajaan Sarawak?

"Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengiktiraf hak Sarawak serta peranan PETROS sebagai pengagregat gas, mengapa PETRONAS masih perlu memfailkan cabaran undang-undang? Adakah pengiktirafan beliau tidak membawa sebarang wibawa?

"Bolehkah Putrajaya menjamin bahawa penyelesaian secara muafakat, iaitu penglibatan dan rundingan berterusan, akan kekal sebagai pendekatan utama dalam pertikaian masa hadapan berkaitan hak minyak dan gas Sarawak, berbanding tindakan mahkamah?" soalnya.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak menegaskan akan terus berdiri teguh bersama Yang Amat Berhormat Premier dalam melindungi dan mempertahankan hak-hak Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.039844 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list