CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10182|Reply: 0

[Sarawak] Pihak bank harus proaktif tangani penipuan

[Copy link]
Post time 28-1-2026 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Tangani taktik penipuan melibatkan potongan wang secara automatik daripada akaun bank



Chiew semasa bertemu dengan mangsa penipuan dalam sistem perbankan.

"Saya mengambil contoh akaun bank seorang wanita yang merupakan mangsa penipuan melalui sistem dalam bank yang mana akaun beliau telah mengalami beberapa siri pemotongan wang secara automatik oleh sistem yang tidak diketahui selama beberapa hari berturut-turut pada penghujung Disember tahun lalu."

Tony Chiew Chan Yew
Pengerusi DAP Bintulu

BINTULU: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Bintulu Tony Chiew Chan Yew menggesa pihak bank mengambil langkah proaktif bagi menangani taktik penipuan melibatkan potongan wang secara automatik oleh sistem daripada akaun bank.

Perkara tersebut jelas beliau, masih berleluasa dan tiada penyelesaian terhadap penipuan dalam talian yang semakin kompleks dan mudah dilakukan oleh individu tidak bertanggungawab.

"Saya mengambil contoh akaun bank seorang wanita yang merupakan mangsa penipuan melalui sistem dalam bank yang mana akaun beliau telah mengalami beberapa siri pemotongan wang secara automatik oleh sistem yang tidak diketahui selama beberapa hari berturut-turut pada penghujung Disember tahun lalu," ujarnya dalam satu pendedahan hari ini.

Kebanyakan pemotongan haram itu katanya, berlaku pada waktu lewat malam dengan setiap transaksi mencecah ratusan ringgit sehingga menyebabkan jumlah kerugian keseluruhan mencapai RM8,000.

Chiew berkata, semasa membantu mangsa menyemak rekod telefon bimbitnya, beliau mendapati mangsa tidak menerima sebarang notifikasi teks pesanan ringkas (SMS) daripada pihak bank berkaitan transaksi tersebut.

Jelasnya, walaupun pihak bank telah mengeluarkan kad bank baharu kepadanya pada 30 Disember tahun lalu, masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

Malah jelasnya, selepas mangsa membatalkan kad tersebut pada 5 Januari, beliau masih terus menerima SMS yang menunjukkan akaun banknya mengalami potongan wang.

"Lebih membimbangkan, satu lagi kad prabayar yang digunakan anaknya juga mula menunjukkan rekod potongan walaupun baki di dalam kad tersebut adalah sifar," jelasnya.

Chiew kemudiannya sekali lagi pergi ke bank tersebut untuk menguruskan perkara itu di mana beliau mendapatkan penjelasan daripada kakitangan bank berhubung situasi tersebut dan kini sedang menunggu maklum balas serta tindakan lanjut daripada jabatan berkaitan di ibu pejabat bank.

Pihak bank katanya, mesti mengambil pendekatan yang lebih proaktif bagi menangani taktik penipuan yang semakin kompleks serta membina mekanisme pencegahan penipuan yang lebih berkesan bagi melindungi keselamatan dana dan hak pelanggan.

"Jika kejadian seumpama ini terus berlaku, ia pasti akan menjejaskan keyakinan serta kepercayaan orang ramai terhadap sistem perbankan tersebut," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.075600 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list