CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10665|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak rangka strategi jangka panjang ekosistem penerbangan berupaya hadapi cabaran masa depan

[Copy link]
Post time 28-1-2026 10:51 AM | Show all posts |Read mode


Lee ketika menyampaikan ucaptama pada APACE 2026 di BCCK hari ini.

KUCHING: Sarawak sedang merangka strategi jangka panjang ekosistem penerbangan yang berupaya menghadapi cabaran masa depan bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu.

Demikian kata Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“Kajian kebolehlaksanaan yang sedang dijalankan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu itu bukan sekadar pembinaan lapangan yang lebih besar, tetapi untuk memposisikan sektor penerbangan Sarawak bagi tempoh 30 hingga 50 tahun akan datang.

“Kita mesti menilai kapasiti yang diperlukan Sarawak pada masa depan, bagaimana mereka bentuk untuk teknologi pesawat akan datang serta memastikan kelestarian dan ketahanan diterapkan dari awal,” jelas beliau.

Lee menegaskan sekali lagi, bahawa penerbangan adalah keperluan bagi Sarawak, memandangkan keluasan geografi negeri dan populasi yang tersebar, yang menghubungkan komuniti luar bandar dan pedalaman kepada perkhidmatan asas sambil menyokong perdagangan, pelancongan dan pelaburan.

Sebelum pandemik, lapangan terbang Sarawak mengendalikan lebih 10 juta penumpang setahun, secara tidak langsung jelasnya, menekankan kepentingan sektor ini kepada ekonomi negeri.

Beliau memberitahu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu itu dijangka bakal menjadi sebahagian daripada aerotropolis bersepadu, menyokong industri berkaitan penerbangan seperti penyelenggaraan, pembaikan dan pengubahsuaian (MRO), pembuatan aeroangkasa, logistik, latihan dan perkhidmatan pensijilan.

“Perancangan mesti mengambil kira teknologi pesawat masa depan, digitalisasi dan keperluan kelestarian, bukan sekadar bertindak selepas menghadapi kekangan,” jelasnya.

Beliau menambah pengalaman global menunjukkan lapangan terbang yang berjaya berkembang menjadi ekosistem ekonomi berpusatkan penerbangan, bukannya terminal yang berdiri sendiri.

Malah pada masa yang sama, menekankan komitmen Sarawak terhadap kelestarian termasuk potensi bahan api penerbangan mampan, reka bentuk lapangan terbang cekap tenaga dan operasi rendah pelepasan.

Selain itu, beliau menyorot kelebihan strategik Sarawak, termasuk rangkaian landasan Short Take-Off and Landing (STOL) dan penubuhan AirBorneo hasil pengambilalihan MASwings untuk mengukuhkan sambungan serantau dan luar bandar.

“Penerbangan menghubungkan komuniti luar bandar untuk tujuan kesihatan dan pendidikan, menyokong pelancongan, perdagangan dan pelaburan serta menjadi asas bagi tindak balas kecemasan dan ketahanan bencana,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan kedudukan strategik Sarawak dalam BIMP-EAGA menjadikan penerbangan tunjang integrasi serantau.

“Masa depan penerbangan akan memihak kepada mereka yang merancang awal, melabur dengan bijak dan bekerjasama secara terbuka,” tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.791848 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list