Lelaki meninggal dunia selepas rebah tepi jalan
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
27 Januari 2026 08:55pm

Lelaki ditemukan meninggal dunia di tepi jalan dekat sebuah pasar raya di Sungai Petani. Foto PDRM
SUNGAI PETANI - Polis meminta orang ramai mengesan mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri yang dikesan meninggal dunia di tepi jalan dekat sebuah pasar raya di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, tiada dokumen berkaitan ditemui dan mangsa dipercayai berusia anggaran 40-an berdasarkan pemerhatian luaran dan bentuk fizikal.
"Panggilan kecemasan diterima sekitar 4.30 petang.
Kita meminta orang ramai atau waris tampil membuat pengecaman bagi membantu urusan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata, identiti dan bangsa mayat terbabit, masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi 11 saat memaparkan anggota polis sedang mengawal lalu lintas berdekatan lokasi seorang lelaki dikatakan rebah dekat sebuah pasar raya di sini.
https://www.sinarharian.com.my/article/765781/berita/semasa/lelaki-meninggal-dunia-selepas-rebah-tepi-jalan
|