CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 27890|Reply: 0

[Pulau Pinang] Produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta dirampas

[Copy link]
Post time 27-1-2026 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta dirampas

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Januari 27, 2026 @ 7:44pm




Antara produk kesihatan tidak berdaftar yang dirampas Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Kedah. - Foto ihsan JKN Kedah



ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah merampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta hasil pemeriksaan terhadap 11 premis di sekitar negeri ini, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Nor'Aishah Abu Bakar berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati produk kesihatan yang dijual disyaki mengandungi racun berjadual.

Katanya, perbuatan itu melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.

"Hasil pemeriksaan, sebanyak 227 produk telah dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM13.4 juta.

"Produk berkenaan dikenal pasti sebagai ubat tradisional Cina keluaran tempatan yang mengandungi bahan terlarang seperti steroid, allopurinol serta bahan lain yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dr Nor'Aishah berkata selain produk kesihatan, pihaknya turut merampas tiga peranti digital dan tiga mesin pengilangan yang dipercayai digunakan dalam pengeluaran produk berkenaan.

Katanya, kesalahan yang dikesan melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 jika sabit kesalahan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata peniaga, pengedar serta penyedia platform e-dagang diingatkan supaya hanya mengendalikan produk kesihatan yang berdaftar dan mempunyai pelekat keselamatan hologram.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya menyemak status pendaftaran produk kesihatan melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) serta menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan penjualan produk kesihatan yang meragukan kepada pihak berkuasa berkaitan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1502227/produk-kesihatan-tidak-berdaftar-bernilai-rm134-juta-dirampas





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 08:02 PM GMT+8 , Processed in 1.224907 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list