|
|
[Tempatan]
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
[Copy link]
|
|
|
Semarakkan musim haji 1447H, TV AlHijrah angkat tema Arafah Puncak Munajat dengan pendekatan lebih segar & dekat di hati

SAAT jutaan insan melangkah menuju Makkah dan berkumpul di Padang Arafah, ada jiwa-jiwa di tanah air yang hanya mampu memandang dari jauh… namun tetap berharap, suatu hari nanti, nama mereka juga akan dipanggil sebagai tetamu-NYA.
Menyedari getaran rasa itu, TV AlHijrah kembali menyusun langkah, membawa suasana musim haji lebih dekat ke ruang tamu dan lebih penting, ke dalam hati.
Sempena Haji dan Aidiladha 1447H, stesen ini tampil dengan rangkaian program khas yang bukan sekadar tontonan, tetapi perjalanan rohani yang menyentuh jiwa.
Mengangkat tema Arafah: Puncak Munajat & Harapan, pendekatan kali ini terasa lebih mendalam. Ia bukan sekadar tentang perjalanan fizikal ke Tanah Suci, tetapi perjalanan pulang seorang hamba kepada Penciptanya, tentang taubat yang dirintih, doa yang dipanjatkan dan harapan yang tidak pernah putus.
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Hasan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Namanzee Harris, musim haji sentiasa menjadi nadi penting dalam kandungan stesen tersebut. Ketika manusia mengenakan ihram serba putih, dunia diingatkan bahawa semua kembali sama di sisi Allah tanpa pangkat, tanpa darjat, hanya amal menjadi ukuran.

Atas kesedaran itu, mereka mahu memastikan rakyat Malaysia tetap dapat merasai denyut musim haji, walaupun berada ribuan kilometer jauh dari Tanah Suci.
Lebih menarik, pendekatan kali ini disesuaikan dengan selera penonton masa kini lebih ringkas, padat dan mudah dihadam, tanpa mengorbankan nilai dan adab dalam penyampaian.
Jika dahulu program keagamaan cenderung panjang dan formal, kini ia hadir dengan nafas baharu.
Interaktif haji
Kandungan disusun lebih segar, menggabungkan laporan lapangan, kapsul pendek, interaksi digital serta paparan semasa dari Makkah yang menjadikan pengalaman menonton lebih hidup dan dekat.
Antara program yang mencuri perhatian ialah Interaktif Haji yang sudah bersiaran sejak 20 April, setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 malam.
Program tersebut membuka ruang kepada penonton untuk memahami ibadah haji secara lebih jelas dan praktikal, di samping memberi peluang bertanya soalan secara langsung.
Disusuli Kisah Mutawif bermula 30 April, penonton dibawa menyelami sisi insan yang sering berada di belakang tabir.
Mereka bukan sekadar pembimbing perjalanan, tetapi peneman saat lelah, penenang ketika gelisah figur yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada kelancaran ibadah para jemaah.

Mulai 11 Mei, Diari Labbaikallah pula menjadi jendela harian dari Tanah Suci, merakamkan detik sebenar jemaah Malaysia, cabaran yang dihadapi serta momen-momen yang jarang terlihat di mata umum.
Kemuncaknya sudah tentu pada 26 Mei menerusi Munajat Arafah jam 5 petang sebuah siaran yang sarat dengan tausiyah, zikir dan alunan ayat suci al-Quran dalam suasana penuh keinsafan.
Pada hari yang sama, siaran langsung Khutbah Arafah 2026 turut dibawakan kepada penonton di Malaysia melalui platform digital rasmi mereka.
Menjelang Aidiladha, perjalanan rohani berkenaan diteruskan dengan Peristiwa Hari Tasyrik pada 28 hingga 30 Mei.
Program itu mengajak penonton memahami hikmah di sebalik hari-hari yang sering dipandang biasa, sedangkan ia adalah waktu untuk memperbanyakkan zikir, mensyukuri nikmat dan mengingati pengorbanan agung para nabi.
Sepanjang musim haji, rancangan pagi Assalamualaikum turut menampilkan segmen khas setiap hari, manakala Berita AlHijrah membawakan laporan harian berdasarkan sumber sahih termasuk daripada Lembaga Tabung Haji dan pihak berkuasa Arab Saudi.

Di sebalik kemeriahan majlis yang berlangsung, terselit momen yang benar-benar menyentuh hati apabila seorang insan biasa, Mohd Yusof Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’, diumumkan menerima tajaan dua tiket umrah oleh Zulkifli atas keprihatinannya dalam membantu insan lain tanpa mengharapkan sebarang balasan.
P/S: Aidiladha adalah antara masa untuk memasang dan mengamalkan sendiri azam baru selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Azam tahun baru nak doa bersungguh² Allah swt makbulkan hajat nak pergi haji tahun depan. Sudah dua tahun rayuan gagal.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TM Seen as Key Player in Securing Malaysia’s 2026 World Cup Broadcast Rights

Kuala Lumpur 23 April 2026 (The Capital Post) – Telekom Malaysia (TM) could play a crucial role in helping Malaysia secure broadcasting rights for the 2026 FIFA World Cup, as discussions intensify over how to ensure wider public access to the global football tournament.
Industry observers noted that acquiring the rights for the World Cup has become increasingly challenging due to rising costs and competitive bidding among broadcasters worldwide. The 2026 tournament, which will be jointly hosted by the United States, Canada and Mexico, is expected to attract significant global viewership, further driving up the value of media rights.
In Malaysia, concerns have been raised over whether local broadcasters can afford the high costs involved in securing the rights independently. TM, with its financial capacity and experience in media and telecommunications, is viewed as a potential partner that could help bridge the funding gap.
Analysts suggest that collaboration between TM and existing broadcasters could enable a shared rights model, ensuring that matches remain accessible to a broad audience, including through free-to-air platforms. Such partnerships have previously been used in other markets to manage the rising costs of major sporting events.
The move is also seen as important in maintaining public access to major international tournaments, as football remains one of the most widely followed sports in Malaysia.
With negotiations ongoing, stakeholders are expected to explore various funding and distribution models to secure the rights while balancing commercial viability and public interest.-The Capital Post
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dunia terpaksa bayar harga tambahan

SELAT Hormuz kini menjadi simbol kepada dunia yang berbahagi. FOTO Reuters
Konflik Amerika Syarikat (AS) dan Iran masih belum berakhir dengan perjanjian gencatan senjata fasa kedua masih belum diputuskan.
Namun, dalam tempoh gencatan senjata fasa pertama yang dilanjutkan ini, Iran secara rasmi mengesahkan kutipan hasil pertama daripada 'sistem tol' yang dikenakan ke atas kapal-kapal komersial yang melintasi Selat Hormuz.
Langkah ini, yang disifatkan oleh Tehran sebagai 'yuran perkhidmatan navigasi dan jaminan keselamatan' bukan sahaja mencabar norma undang-undang laut antarabangsa yang telah bertahan selama berdekad-dekad, malah ia secara efektif meletakkan 'tanda harga' pada kebebasan navigasi di salah satu laluan paling kritikal di dunia.
Laporan dari agensi berita pusat di Tehran mengesahkan bahawa beberapa kapal tangki, terutamanya yang membawa muatan ke arah Timur, telah mula melunaskan bayaran tol mengikut kadar yang ditetapkan secara unilateral. Namun, apa yang membimbangkan komuniti perkapalan antarabangsa bukanlah kewujudan tol itu semata-mata, tetapi mekanismenya.
Kadar tol ini ditentukan berdasarkan algoritma kompleks yang mengambil kira jenis kargo, jumlah tan berat, dan faktor yang paling kontroversi - tahap risiko.
Dalam amalan di lapangan, istilah risiko ini dilihat sebagai instrumen politik. Kapal-kapal yang dikaitkan dengan negara yang mempunyai hubungan tegang dengan Iran dilaporkan dikenakan kadar premium yang jauh lebih tinggi.
Ini mewujudkan satu sistem diskriminasi maritim yang memaksa pemilik kapal untuk 'membeli' keselamatan mereka bagi mengelakkan penahanan atau pemeriksaan mengejut oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Walaupun sistem tol ini telah beroperasi, Selat Hormuz masih belum mencatatkan jumlah perjalanan kapal seperti zaman sebelum peperangan meletus.
Laluan yang dahulunya sesak dengan kapal tangki gergasi kini kelihatan lengang. Hal ini disebabkan oleh premium insurans yang melambung tinggi.
Syarikat insurans maritim kini mengenakan kadar yang sangat mahal bagi kapal yang merancang untuk melalui Hormuz, menyebabkan banyak operator lebih rela memilih laluan darat melalui saluran paip di Arab Saudi atau menggunakan kapal yang lebih kecil yang kurang menarik perhatian.
Kesan domino daripada kutipan tol ini paling dirasai di Asia. Sebagai pengimport utama tenaga dari Teluk Parsi, gergasi ekonomi seperti China, India, Jepun dan Korea Selatan terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos logistik yang mendadak.
Harga minyak mentah Brent kini tidak lagi hanya dipengaruhi oleh kuota OPEC+, tetapi juga oleh ketidaktentuan kadar tol di Hormuz.
Penganalisis ekonomi memberi amaran tol ini adalah 'cukai tenaga' yang akan memacu inflasi global. Setiap dolar tambahan yang dikenakan sebagai tol akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna akhir.
Di Asia, kenaikan harga petrol dan tarif elektrik dijangka meningkat antara 8 peratus hingga 15 peratus menjelang akhir suku kedua 2026 sekiranya struktur tol ini kekal.
Selain itu, kelewatan birokrasi di pintu masuk selat bagi tujuan pengesahan pembayaran telah mengganggu rantaian bekalan yang menjadi nadi industri pembuatan Asia.
Secara geopolitik, tindakan Iran ini telah mencetuskan krisis kewibawaan bagi kuasa-kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat (AS).
Washington, melalui Armada Kelima di Bahrain, menyifatkan kutipan tol ini sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap Konvensyen Undang-Undang Laut PBB (UNCLOS) yang menjamin hak laluan transit.
Namun, tindak balas ketenteraan adalah berisiko tinggi. Walaupun AS dan sekutu Eropah menawarkan pengiringan bersenjata, tindakan merempuh zon pemeriksaan Iran tanpa membayar tol boleh mencetuskan konfrontasi terbuka yang mampu melumpuhkan terus pasaran minyak dunia.
Selat Hormuz kini menjadi simbol kepada dunia yang berbahagi. Era di mana laluan laut antarabangsa dianggap sebagai 'harta bersama global' yang bebas dan percuma nampaknya semakin pudar.
Iran membuktikan bahawa kedudukan geografi yang strategik, jika digabungkan dengan keberanian politik, mampu mengubah undang-undang antarabangsa mengikut acuan wilayah.
Bagi komuniti antarabangsa, pilihan yang ada kini amat terhad. Sama ada mereka terus membayar tol dan menerima kenaikan kos sara hidup atau mereka perlu merangka satu peraturan maritim baharu yang mampu mencabar kawalan Iran tanpa mencetuskan peperangan skala besar.
Apa yang pasti, setiap titisan minyak yang mengalir ketika ini mempunyai harga tambahan. 'Terima kasih' kepada Presiden AS dan Israel yang mencabar kedaulatan Iran yang kini terpaksa dibayar oleh seluruh dunia.
Penulis Pengarang Berita Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TM dilaporkan sedang adakan perbincangan mendapatkan Hak Penyiaran Piala Dunia FIFA 2026

Telekom Malaysia (TM) dilaporkan muncul sebagai salah satu badan yang sedang mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia FIFA 2026.
Perkembangan ini memberi petunjuk baharu ketika masih belum ada pengesahan rasmi mengenai stesen penyiar untuk acara sukan terbesar di dunia tersebut untuk penonton di Malaysia.
Rundingan yang difahamkan sedang berjalan tersebut melibatkan potensi kerjasama antara platform siaran Unifi TV milik TM bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membuat bidaan hak penyiaran secara bersama.
Walau bagaimanapun, proses tersebut masih di peringkat perbincangan dan kedua-dua entiti terus menilai kebolehlaksanaan struktur perkongsian tersebut, terutamanya dari aspek kos.
Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, perkara berkaitan hak siaran Piala Dunia 2026 masih belum dibawa ke peringkat Kabinet setakat ini.
Kementerian Belia dan Sukan juga dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada asalnya menetapkan tanda harga sebanyak AS$50 juta (sekitar RM197.5 juta). Nilai tersebut disifatkan terlalu tinggi untuk pasaran penyiar tempatan.
Harga tersebut kemudiannya dilaporkan telah dikurangkan kepada sekitar AS$35 juta (kira-kira RM138.3 juta). Namun syarikat penyiaran masih lagi menunjukkan langkah berhati-hati.
Kemungkinan penglibatan RTM dalam bidaan bersama TM ini juga mengundang persoalan umum berkaitan kewajaran penggunaan dana kerajaan untuk menampung kos siaran sukan.
Pemain industri yang sinonim dengan siaran antarabangsa seperti Astro setakat ini belum membuat sebarang pengumuman berhubung perancangan mereka.
Piala Dunia 2026 dijadualkan berlangsung merentasi Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perang Timur Tengah Menyebabkan Papan Litar Elektronik Semakin Mahal
Di kala komponen memori dan cip pemprosesan semakin mahal dan sukar untuk dibeli kerana pembangunan pesat teknologi AI, perang di Timur Tengah pula dilihat telah menyebabkan pemprosesan petroleum terpaksa dihentikan.
Salah satu kesan sampingan penutupan lokasi-lokasi pemprosesan petroleum ini tidak terhad kepada bekalan petrol global, tetapi juga bahan-bahan mentah sampingan yang diperlukan untuk menghasilkan pelbagai jenis komponen-komponen elektronik yang digunakan oleh banyak kelas peranti.
Yang dilihat paling terkesan setakat ini nampaknya ialah pengeluaran resin polyphenylene ether (PPE) dengan ketulenan tinggi. Bahan ini merupakan salah satu komponen kritikal untuk menghasilkan bahan permukaan penebat papan litar.
SABIC ialah syarikat yang bertanggungjawab untuk menghasilkan 70 peratus daripada bekalan bahan PPE ini, dan mereka beroperasi didalam kompleks pemprosesan petroleum Jubail yang telah dibom oleh tentera Iran baru-baru ini.
Insiden tersebut telah menyebabkan SABIC tida.k lagi boleh meneruskan pengeluaran PPE, dan ini menyebabkan bekalan bahan tersebut semakin merosot tanpa sebarang output baru untuk menggantikannya. SABIC juga dilaporkan bahawa mereka sedang bertemu dan berbincang dengan pelanggan-pelanggan mereka tentang kenaikan harga untuk bahan tersebut.
Sebelum insiden di kompleks pemprosesan Jubail berlaku, bahan PPE ini sudahpun memperlihatkan kenaikan harga kerana pengeluaran papan induk yang semakin meningkat. Menurut penganalisa Goldman Sachs, harga PPE memperlihatkan peningkatan 40 peratus dari bulan Mac ke April selepas serangan tersebut berlaku.
Walaupun begitu, kenaikan harga ini nampaknya diterima oleh sejumlah pelanggan SABIC seperti AMD, Daeduck Electronics, Samsung dan SK Hynix kerana mereka percaya bahawa dalam masa terdekat dan pertengahan ini, permintaan untuknya akan melangkaui kebolehan SABIC untuk menghasilkan bahan tersebut.
Jangkaannya ialah bahawa sepanjang tahun ini, harga papan litar dan papan induk juga akan semakin meningkat dan akan memberi kesan kepada banyak sektor teknologi, dari AI hinggalah ke pengguna.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|