CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2154|Reply: 9

[Tempatan] Selamat Tahun Baru 2026!

[Copy link]
Post time 1-1-2026 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by borne at 1-1-2026 12:36 PM



Hukum Menyambut Tahun Baharu Masihi

Hukum menyambut tahun baharu Masihi pada asalnya adalah diharuskan, dengan syarat ia difahami sebagai amalan kebiasaan sosial (‘urf) dan bukan suatu bentuk ibadah atau ritual keagamaan. Keharusan ini terikat dengan kewajipan memelihara batas syariat, nilai moral dan adab ketimuran, serta menolak sebarang amalan yang bercanggah dengan perintah dan larangan agama.

Al-Allamah Syeikh Atiyyah Saqr, seorang ulama besar al-Azhar Mesir berpandangan bahawa ucapan selamat tahun baharu adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam bidaah tercela selagi tidak dikaitkan dengan keyakinan ritual keagamaan tertentu. Bahkan, peralihan tahun boleh dimanfaatkan sebagai ruang muhasabah diri, penilaian perjalanan hidup dan perancangan ke arah perbaikan diri.

Seiring dengan itu, seorang Muslim dituntut untuk menjauhi sebarang bentuk sambutan yang mengandungi unsur maksiat yang melalaikan seperti pengambilan arak, pergaulan bebas dan hiburan berlebihan, serta menghindari perbuatan yang bercanggah dengan syariat, undang-undang dan akhlak Islam.

Sebaliknya, malam tahun baharu wajar diisi dengan aktiviti berfaedah seperti ibadah berjemaah, majlis ilmu, doa dan pengisian rohani yang membina. Pada masa yang sama, ia menjadi kesempatan untuk mengajak diri dan keluarga bermuhasabah serta menetapkan azam baharu yang berteraskan pencarian reda dan rahmat Allah SWT.

Kesimpulannya, sambutan tahun baharu Masihi adalah dibenarkan dan hendaklah dizahirkan dengan kesyukuran dan keinsafan, selaras dengan pendekatan Islam yang menekankan kerendahan diri dan ketaatan kepada Allah, bukan pesta dan hiburan yang melampaui batas.

Rujukan:
- Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
- Nahdhatul Ulama

#ustazwadiannuar

https://www.facebook.com/share/p/1FNyu9dSCH/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik Sambut dengan azam nak rajin kemas rumah
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 02:11 PM | Show all posts
selamat tahun baru mofos.dgn ucapan....


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 02:22 PM | Show all posts
Kenapa hukumnya harus? Bukan ka ini jelas meniru gaya kapir, ka macam kes tapai juga sebab dah sebati dengan melayu boleh kasi waiver?

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-1-2026 02:22 PM
Kenapa hukumnya harus? Bukan ka ini jelas meniru gaya kapir, ka macam kes tapai juga sebab dah sebat ...

Aku pon sangsi gak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 11:21 PM | Show all posts

RTM dan Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia 2026 Di Malaysia

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebentar tadi mengumumkan Radio TV Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi sah Piala Dunia 2026. Pengumuman tiba 37 hari sebelum temasya sukan empat tahun sekali ini berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Sepak mula pertama ialah pada 11 Jun dengan ia berakhir pula pada 19 Julai depan.



Fahmi mengatakan siaran Piala Dunia 2026 boleh dinikmati menerusi TV percuma, TV digital MyTV, aplikasi RTM Klik dan Unifi TV. Ini adalah bagi memberikan akses menyeluruh ke seluruh negara. Sebagai penyiar rasmi, kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV. RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan secara langsung dan juga tertunda.

Fahmi tidak pula mengumumkan berapakah lesen yang dibayar oleh RTM dan Telekom Malaysia kepada FIFA untuk menjadi penyiar rasmi Piala Dunia di Malaysia. Sebelum ini muncul laporan FIFA meminta bayaran sekitar $50 juta (~RM 198 juta) untuk hak penyiaran Piala Dunia 2026 sebelum dikurangkan ke $35 juta (~RM 139 juta) yang masih terlalu tinggi dilihat masih lagi terlalu tinggi.

Piala Dunia 2026 kurang mendapat sambutan kerana kemelut ekonomi dan politik dunia. Dilaporkan minggu ini China dan India juga masih belum mempunyai penyiar rasmi walaupun mereka menyumbang hampir 22.6% jumlah penonton penstriman digital Piala Dunia 2022. FIFA meminta $100 juta daripada India tetapi gabungan Reliance-Disney hanya ingin membayar $20 juta yang ditolak oleh FIFA semalam.

P/S: Piala Dunia adalah masa untuk memasang dan mengamalkan sendiri azam baharu lepas kejohanan tersebut.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2026 11:27 PM | Show all posts

Astro Sedang Berbincang Untuk Turut Menyiarkan Perlawanan Piala Dunia 2026

Hari ini Menteri Komunikasi, Dato’ Fahmi Fadzil mengumumkan hak penyiaran Piala Dunia 2026 di Malaysia dipegang oleh Unifi TV dan RTM. Ia tiba hanya 37 hari sebelum temasya sukan bola sepak terbesar dunia ini bermula kerana ramai peminat mula risau terlepas menontonnya secara sah di Malaysia.




Selepas pengumuman dilakukan, pihak Astro mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka sedang melakukan perbincangan dengan pemegang hak penyiaran di Malaysia untuk menyiarkan perlawanan Piala Dunia menerusi Astro, NJOI dan Sooka bagi meluaskan capaian kepada jutaan penonton tambahan.

Mereka turut mengesahkan terlibat dengan bidaan hak penyiaran dengan FIFA tetapi tawaran mereka tidak diterima. Ini menamatkan hak penyiaran Piala Dunia yang dipegang Astro selama 20 tahun.  Astro turut menyatakan kos hak penyiaran antarabangsa meningkat akibat inflasi dan persaingan global. Ini tidak dibantu oleh aktiviti cetak rompak yang berleluasa, termasuk Piala Dunia 2018 dan 2022, mengurangkan nilai komersial hak siaran untuk platform sah.

Kini terpulang kepada Unifi TV dan RTM sama ada ingin membenarkan Astro menerima beberapa perlawanan piala dunia mungkin menerusi slow perlawanan terpilih yang diterima oleh RTM. Ini adalah situasi yang janggal bagi Astro kerana semasa Piala Dunia 2018, mereka menghalang perlawanan ditayangkan menerusi RTM jika ditonton menerusi Unifi TV.

P/S: Piala Dunia adalah masa untuk memasang dan mengamalkan sendiri azam baharu lepas kejohanan tersebut.  


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2026 09:37 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2026 12:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2026 10:13 AM | Show all posts

KTMB Sedia 186 Tren Tambahan Sempena Hari Raya Aidiladha, Tiket Mula Dijual 9 Mei

Perkhidmatan tambahan itu akan disediakan bagi tempoh 22 Mei hingga 7 Jun 2026.




Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan 186 tren tambahan melibatkan perkhidmatan ETS dan EMUPlus sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan cuti persekolahan akan datangPerkhidmatan tambahan ini akan disediakan bagi tempoh 22 Mei hingga 7 Jun 2026, sebagai usaha untuk menampung peningkatan permintaan penumpang.

Penyediaan tren tambahan ini adalah melibatkan kapasiti keseluruhan sebanyak 58,380 tempat duduk. Antara laluan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
  • KL Sentral – Ipoh – KL Sentral
  • KL Sentral – Butterworth – KL Sentral
  • KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral
  • KL Sentral – JB Sentral – KL Sentral
  • Klang – Ipoh – Klang (EMU Plus)
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pada 9 Mei 2026 (Sabtu), jam 12.00 tengah hari.
Butiran bagi operasi perkhidmatan ETS dan EMUPlus tambahan ini adalah seperti berikut:


Jadual Tren ETS tambahan yang bermula pada 22 Mei adalah seperti berikut:




KTMB sebelum ini telah mengumumkan pembukaan jualan tiket tren khas Ekspres Lambaian Aidiladha ke Pantai Timur pada 24 April laluPerkhidmatan khas tersebut melibatkan dua (2) perjalanan tren khas dengan jumlah keseluruhan sebanyak 912 tiket ditawarkan.

Sehingga kini, sebanyak 447 tiket telah berjaya terjual sekali gus menunjukkan sambutan positif daripada pengguna terhadap perkhidmatan khas yang disediakan.

Dalam masa sama, sebagai tawaran istimewa kepada pengguna sektor Pantai Timur, KTMB turut menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi tren ELA 1029 dari Tumpat ke KL Sentral untuk kategori tempat duduk Superior Seater melibatkan 274 tempat duduk terhad mulai 11 Mei 2026 jam 10.00 pagi, dengan harga tiket serendah RM56 selepas diskaun berbanding tambang asal RM80.

Orang ramai disaran untuk merancang perjalanan dan pembelian awal melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau di kiosk tiket di stesen terpilih.

Para pengguna juga disarankan untuk tiba awal di stesen bagi memudahkan urusan dokumentasi di pintu masuk.


P/S: Masa untuk memasang dan mengamalkan sendiri azam baru lepas Aidiladha dah kembali!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.612427 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list