CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 2

Dah boleh tinggalkan amalan sapu bedak di bahagian sulit bayi... Memang wangi, tapi bahaya menanti!

[Copy link]
Post time 29-7-2025 02:38 PM | Show all posts |Read mode





PENGGUNAAN bedak talkum pada kemaluan bayi suatu ketika dahulu dianggap amalan biasa bagi mengelakkan ruam selain mahu mewangikan bahagian tersebut.


Malah bagi sesetengah ibu, amalan menyapu bedak di punggung, lipatan paha dan kawasan sulit bayi juga dianggap sebagai tanda kasih sayang.


Namun, perkembangan ilmu perubatan kini membongkar risiko terutama untuk bayi perempuan yang selama ini tidak diketahui ramai.


Talkum merupakan mineral semula jadi yang terdiri daripada magnesium, silikon dan oksigen.


Dalam bentuk serbuk, ia menyerap kelembapan dan membantu mengurangkan geseran menjadikan bahan ini sering digunakan dalam bedak bayi dan pelbagai produk kosmetik.


Masalah timbul apabila talkum semula jadi berpotensi tercemar dengan asbestos iaitu bahan yang disahkan sebagai penyebab kanser.


Apabila disapu di kawasan kemaluan, partikel halus talkum boleh memasuki faraj dan seterusnya sampai ke ovari.


Situasi ini boleh mencetuskan keradangan kronik dan beberapa kajian mendapati ini mungkin mendorong kepada pertumbuhan sel kanser ovari.




Bagaimanapun, dapatan kajian mengenai isu ini masih bercampur aduk kerana beberapa kajian retrospektif menunjukkan peningkatan risiko antara 20 hingga 30 peratus.


Tetapi kajian prospektif yang mempunyai kaedah lebih kuat tidak dapat mengesahkan kaitan secara konsisten.


Berdasarkan penilaian International Agency for Research on Cancer (IARC), penggunaan talkum di kawasan kemaluan mungkin menyebabkan kanser kepada manusia (Kumpulan 2B) atau possibly carcinogenic to humans.


Bagaimanapun, amalan zaman dahulu itu tidak semestinya salah kerana ia berdasarkan pengetahuan pada masa itu.


Namun hari ini, kita lebih peka dan mampu membuat pilihan yang lebih selamat memandangkan dunia semakin maju.


Menurut Public Health Malaysia, terdapat tiga langkah yang boleh dilakukan:


1. Elakkan penggunaan bedak talkum di kawasan kemaluan, terutamanya untuk bayi dan wanita.


2. Pilih alternatif yang lebih selamat tanpa kandungan talkum.


3. Ikuti perkembangan terkini saranan kesihatan awam dan panduan pakar.


Maklumat ini penting untuk dikongsikan, terutamanya kepada ibu muda, pengasuh atau sesiapa sahaja yang masih menggunakan bedak talkum tanpa mengetahui risiko sebenar dan bahaya bedak talkum


Sumber : –  mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Certain baby ada allergic
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tengok dulu sesuai ke tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644akku
Views : 505 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 1415 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11576 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 19475 Replies : 44

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.895536 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list