CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Raline

[Tempatan] Bekas suami Jahidah dibenar tangguh hukuman penjara 10 tahun

[Copy link]
Post time 28-4-2026 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya tuhan ada lg mangsa setan ni???? Ada pakai ayat ke bg org mudah terpana dgn dia sampai loyer pun sangkut sangap juga kata dia difitnah? Aiol ni takut nak doakan org yg bukan2 nauzubillah tp kali ni mmg harap sgt la dia dpt balasan yg seteruk2nya dlm masa yg panjang cuma biar dia sedar jgn koma mcm jahidah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2026 12:02 PM | Show all posts
IzzahF replied at 28-4-2026 11:19 AM
kalo baca yg IO tu tulis..setiap kali jatuh hukum tu dia mmg buat rayuan, mntak tangguh la...minta ...

ni aku risau ntah2 die ada simpan video XXX bini-bini dia ke. tu yg bini-bini dia senyap je walaupun dah kena belasah kena rompak dgn jantan tak guna ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 12:20 PM | Show all posts
annehuda replied at 28-4-2026 12:02 PM
ni aku risau ntah2 die ada simpan video XXX bini-bini dia ke. tu yg bini-bini dia senyap je walaup ...

tu la ai baca ramai juga tulis bini2 diam2 je...mmg ramai yg kena belasah kena rompak. ada yg dah report lepas tu cancel report. yg bini 1st tu pun dah dicacatkan siap2..
yg paling latest ada org ckp mmg dah ada org komen siap2 tak takut ke dgn laki mcm ni? dia bole jawab dia ok je...tak psl org gali balik komen2 dlu. org komen pun sbb rasanya dia la yg teman laki tu turun naik mahkamah dan jd penjamin masa kes jahidah


nahhh skrg dia plak yg lebam..yg report pun abg dia. rasanya sbb dah confiden sgt dlu tu kan tu yg termalu smapai sudah tak report...tahan je smpai gugur anak dlm perut
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 02:19 PM | Show all posts
pemukul bini bersiri

pemburu cikpit bersiri




to all the ladies, jadikan kes ni sbg pengajaran

and i agreed dgn cadangan forummer di atas

wajibkan cek jika ada kes polis sblm nikah


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 28-4-2026 12:20 PM
tu la ai baca ramai juga tulis bini2 diam2 je...mmg ramai yg kena belasah kena rompak. ada yg dah  ...

Pompuan kan suka imej2 badboy gitu. Baru ada adrenalin dlm hidup. Kawin dgn lelaki nerd & skema mana best. X dak challenge.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 03:02 PM | Show all posts
mahkamah pun lenient sangat. apa justification nak bagi tangguh hukum orang tu dah banyak kali buat kot bersiri2. takkan semua bini2 dia tu aniaya diri sendiri & tuduh jantan tak guna ni. bodoh mana nak cederakan diri sampai koma gitu.

harapnya hakim2 semua bijak sikit la buat keputusan tu, takkan asal orang merayu sikit terus kesian bagi tangguh hukum. ni orang lain lak jadi mangsa. ko tak rasa bersalah ke weii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2026 03:21 PM | Show all posts
Edited by supernaturalee at 28-4-2026 03:25 PM
cikdot replied at 28-4-2026 03:02 PM
mahkamah pun lenient sangat. apa justification nak bagi tangguh hukum orang tu dah banyak kali buat  ...

kannn
tah ape merit yg meluluskan untuk tangguh tu



1 more thing,

klu baca ape yg ditulis di wall FB IO kes ni

katanya jatey ni pukul tanpa guna senjata

i was like...seriously???

yg guna rod tingkap , batang paip lah, tah ape ke lagi brg dlm rumah tu yg die guna

ke dah lap atau buang semua senjata tu


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 03:27 PM | Show all posts
Syed rogol dan dia ni macam mana boleh ditangguhkan hukuman? Padahal buat benda jahat. Orang jahat patutnya jangan dilepaskan. Biar dalam penjara sampai mereput.

Ni boleh pulak keluar, siap lepaskansementara. Lepastu sempat pulak meramaikan keturunan penjahat. Lepastu meramaikan mangsa pulak.

Apa nak jadi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2026 04:32 PM | Show all posts
Jantan keparat ni aim dia pompuan acik gomen ek?

Jahat gile!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 04:44 PM | Show all posts
lawyer yang backup kata dia difitnah
tapi terang2 kaki pukul
kalau lah korang islam
apa ek hukumannya membela org terang2 salah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 28-4-2026 12:02 PM
ni aku risau ntah2 die ada simpan video XXX bini-bini dia ke. tu yg bini-bini dia senyap je walaup ...

Itu la senjate dia..  

Konfem ade punye.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 28-4-2026 09:15 AM
boleh baca apa IO kes dia tulis apa..

https://www.facebook.com/share/p/1Am7cYqiFV/

Kat komen2 io cakap dia ni 6 kali kahwin ada yg berdaftar dan tidak
Masa kawen jahidah dulu kiranya berpoligami kan sbb bini2 sblm tu lum cerai pun lg kan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Blu3butter replied at 28-4-2026 11:56 AM
Ya tuhan ada lg mangsa setan ni???? Ada pakai ayat ke bg org mudah terpana dgn dia sampai loyer pun  ...

IO pun tak dapat nak tau apa ilmu dia amalkan

Haa kawan satu penjara pun sanggup jamin dia wehh
Peguam pun bermatian2 nak bekap dia
Bahaya ni jgn natap mata dia lelama takut acik2 porem plak sanggup bertumbuk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2026 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 28-4-2026 10:23 PM
IO pun tak dapat nak tau apa ilmu dia amalkan

Haa kawan satu penjara pun sanggup jamin dia wehh

Sama2 jahat pun blh tunduk dgn dia... Hebat. Bukan kaleng2 dah ni ilmu apa dia pakai
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2026 10:17 AM | Show all posts
Edited by akuMNdia at 29-4-2026 10:19 AM

Harap lepas ni jgn bagi dia keluar langsung sampai ajal tiba.


Suspek pukul isteri direman 7 hari



Sungai Petani: Suspek yang ditahan polis kerana memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran di Ambangan Height, Khamis lalu direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Permohonan reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Azlan Basri mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

Wanita berusia 39 tahun yang juga penjawat awam itu keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

Polis turut mengesahkan suspek adalah individu sama yang terbabit dalam kejadian mencederakan wanita di Johor Bharu Selatan dan dikesan polis pada tahun 2021.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2026 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rdizz at 29-4-2026 10:30 AM
akuMNdia replied at 29-4-2026 10:17 AM
Harap lepas ni jgn bagi dia keluar langsung sampai ajal tiba.




Geram dekat hakim yg memberikan penangguhan masuk penjara tu, dah jatuh 10 tahun ke dlm tapi boleh biar bebas, kes kat johor tu bkn sikit2, jadi mayat hidup dah sorang pompuan. Kes 2021, 2023 dpt hukuman, boleh bebas sampai 2026 sampai pukul org lagi

Kali ni biar dpt hukuman lagi keras bagi kena rotan sekali, cuma risau nnti loyar pndai putar belit bela jadi ringan pulak hukuman. Ni kena reman, ada pompuan bodo mana nk p jamin pulak, hakim pun bodo bagi boleh jamin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2026 05:15 PM | Show all posts
Edited by akuMNdia at 29-4-2026 05:16 PM

semua salah teka berapa kali dia pernah kahwin..

Suspek pukul isteri hamil hingga keguguran pernah berkahwin 9 kali, ada 11 anak      


ADZLI bercakap pada sidang media mengenai kes lelaki memukul isteri hamil sehingga keguguran di IPK Kedah.

Alor Setar: Suspek yang memukul isterinya yang hamil sehingga mangsa keguguran di Ambangan Heights, Sungai Petani, Khamis lalu, didapati pernah berkahwin sebanyak sembilan kali dan mempunyai 11 anak.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kesemua perkahwinan suspek adalah membabitkan pasangan yang bekerja sebagai penjawat awam di beberapa negeri.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan awal mendapati suspek ketika ini hanya mempunyai tiga isteri, manakala enam wanita lain berstatus bekas isteri selepas mereka berpisah.

"Kejadian terbaru membabitkan suspek berusia 43 tahun itu berlaku Khamis lalu, dan laporan awal dibuat abang mangsa berusia 45 tahun yang mendapat tahu daripada pihak hospital bahawa adiknya dipukul suami.

"Pada 26 April lalu, mangsa sendiri membuat laporan dan mengadu sakit teramat sangat dan pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang rusuk kiri dan kanan serta tulang belakang serta mengalami keguguran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Adzli berkata, mangsa mendakwa dipukul berulang kali dengan besi, penyangkut baju, getah paip dan batang besi langsir serta batang penyapu.
"Suspek adalah individu sama terbabit dengan kes yang pukul isteri di Johor Baharu dan dia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara, namun dia dalam proses rayuan dan masih dalam jaminan mahkamah sebanyak RM7,000.

"Sebaik sahaja suspek dikenal pasti, kita tubuhkan dua pasukan mengesannya iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sebelum dia berjaya ditahan di sebuah inap desa di bandar raya ini pada jam 4.45 petang semalam," katanya.

Adzli berkata, suspek dipercayai bersembunyi di inap desa terbabit dan polis turut merampas empat telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia negatif dadah.

"Suspek mempunyai empat rekod jenayah membabitkan jenayah pukul dan ugutan yang dilakukan terhadap isteri dan teman wanitanya sebelum ini.

"Selain itu suspek turut terbabit dalam kes menyembunyikan kelahiran pada 2018 dan kes masih dalam bicarakan di Alor Setar, " katanya.
Adzli berkata, siasatan awal ke atas suspek mendapati perkahwinannya yang terakhir adalah bersama mangsa di negara jiran.
Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 dan 326 Kanun Keseksaan.







Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2026 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 28-4-2026 04:44 PM
lawyer yang backup kata dia difitnah
tapi terang2 kaki pukul
kalau lah korang islam

Baran pulak aku bila lawyer dia claim kaki bantai ni difitnah.. konon x cukup bukti. Mahkamah dah sabitkan, mesti la ada bukti.

Rasa down gila bila benda macam ni terjadi. Justice system failed to protect another baby. Yg isteri2 tu level kesian tu rendah sikit sebab masing2 pilih jantan takgune sebagai suami. Kesian jugak dekat ahli keluarga yg terpaksa bantu jaga isteri2 si bangkai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2026 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 29-4-2026 10:40 PM

Galprens pun hado, dibantainya jgk
Yg ni kat nius tibitiga
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 12:41 PM | Show all posts
azimodin replied at 29-4-2026 05:35 PM
Baran pulak aku bila lawyer dia claim kaki bantai ni difitnah.. konon x cukup bukti. Mahkamah dah  ...

hanat betol ek

aku la kan jantan mcm ni biar dia kena seksa je hidup2
lawyer pun mmg setan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.094471 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list