CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 3453|Reply: 32

Serba-Salah.... Minta Pendapat Kawan2

[Copy link]
Post time 21-4-2011 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Ceritanya bermula begini....
Beberapa bulan lalu saya ada beli barang dari seorang kakak ni (Y). saya kenal dia dari FB dan berminat nak beli barang dari dia sebab keperluan + kak Y ni sakit dan perlukan sumber kewangan. jadi sambil membeli, saya boleh bantu dia.

saya tak pernah kenal dia face to face, cuma by sms. barang yang dibeli, adik dia hantar ke rumah. no problem.

dalam sebulan lebih kemudian, akak ni ada sms, minta tolong sangat-sangat bantuan untuk anak dia masuk sekolah. masa tu awal tahun, sekolah baru buka. selepas diskas dengan husband, saya transfer jumlah wang yang saya rasa mencukupi untuk bayar yuran sekolah dan beli peralatan sekolah 2 orang anak kak Y (seorang nak masuk form 1, seorang masuk darjah 1).

hampir sebulan kemudian, akak y sms lagi. minta bantuan lagi. sebab dia cakap masa tu dia asyik kena masuk hospital. jadi susah nak jual barang dan tak ada income masuk. rasa kasihan pula sebab dia minta tolong untuk duit makan saja. RM50 pun tak apa. Jadi saya pun transfer sedikit wang lagi.

tak lama lepas tu, dia sms lagi. kali ni tanya, nak tak beli barang-barang jualan dia. dia nak tolak dengan harga kos saja. sebab sangat kesempitan wang masa tu. kali pertama dia sms, saya tak sempat reply sebab busy pindah rumah. kali kedua, saya dah mula serba-salah. selepas diskas lagi dengan husband, saya bersetuju beli barang-barang akak Y. barang sampai ke rumah, ok tak ada masalah.

saya ni online seller. jadi saya fikir, di samping jual barang2 saya, saya nak tolong jual semula barang2 yang saya ambil dari kak Y dan untung dari jualan tu saya nak bagi pada dia. kiranya saya ambil kos yang saya keluarkan saja. Tapi sebab agak sibuk, saya belum sempat lagi jual barang2 ni. masih tersimpan dalam ofis saja.

dan hari ni kak Y sms lagi, minta tolong lagi. saya dah mula serba-salah. sebab macam tak boleh tolong dia kali ni atas beberapa sebab - bulan lepas kereta masuk workshop, kena RM4K++. semalam pula saya & adik-beradik dah setuju utk extend bumbung kat rumah di kampung. jadi dah keluar lagi duit.

jadi, sampai sekarang rasa macam tak best je dalam hati ni. macam mana saya nak tolong kak Y?

Kak Y pernah kata, dia tak dapat bantuan dari pihak berkenaan. masalah dia pernah keluar dalam paper tapi mungkin bantuan setakat itu saja. pasal adik-beradik, saya tak pasti. dia tinggal dengan emaknya. Kak Y ni ibu tunggal dengan 3 orang anak.

jadi, apa patut saya lakukan? nak sms cakap tak boleh nak tolong pun rasa tak sampai hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 01:47 PM | Show all posts
akak ni macam cuba amik kesempatan jer kat yu...... tahu ler susah, tp tiap2 bulan sms minta bantuan.... bleh caya ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 01:53 PM | Show all posts
Reply 2# carly_lah

secara jujur, saya tak lari dari rasa macam ni juga. tapi saya cuba fikir positif.

mungkin kak y memang betul2 terdesak dan dia ada minta bantuan dari orang lain juga. tapi tak dapat respon.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 01:55 PM | Show all posts
kali ke-2 tolong 2 dh nampk dh...........jgn mudah kesian...org2 cam nie byak skrng nie...selidik waris2 dia...bgi tau maslh dia ke waris2 dia....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 01:56 PM | Show all posts
x yah la layan... lgpun yu mmg x kenal dia kan.... dan 1 lg, ramai jer manusia mulut manis kat dunia nih... hati2 yer....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:09 PM | Show all posts
cemanalaaa buleh senang2 transfer duit kat org tanpa tau asal usul org tu...betul ke ade anak..dan betul ke perlukan sgt pertolongan dr kaka??...

dr kaka tulun org yg xtau ckp syukur..dan sentiasa mintak...dan mintak..adalah lebih baik kaka tulun anak2 yatim kat pusat kebajikkan sana...lagi berfaedah rs nyer...anak2 yatim kat sana xreti nak mintaaaaaa...mintaaaa je kejenyaa...dorg pun tau malu kaka oii...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:10 PM | Show all posts
kaka tt...

iols pun dlm kesusahan ni...buleh xtransfer duit dlm akaun iolss...


(nak buat bayar kedit berboraksss dgn bf iolss...buleh cemtu??...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 02:14 PM | Show all posts
Reply 6# hunny_bunny

sebelum saya tolong dia masa kali pertama tu, saya tak adalah terus tolong macam tu je. saya ada tanya pada kawan2 di fb yang tinggal senegeri dengan dia dan memang kenal dia.

memang kak y ni ada penyakit yang sukar disembuh, memang dah tak boleh berjalan, pakai kerusi roda, tahu kisah dia yang kena tinggal hasben bila dia mula jatuh sakit, mak dah tua, bekas suami tak bagi nafkah untuk anak2, etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2011 02:16 PM | Show all posts
kak y ada blog. saya ada baca blog dia sesekali. dia memang ada cerita pasal keluar masuk hospital. gambar2 masa dirawat kat hospital

pasal dia ada laptop & internet, memang ramai yang pertikaikan. tapi kalau dengan cara tu saja dia boleh cari duit (jual barang online), takkan dia nak jual benda2 tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:17 PM | Show all posts
Reply  hunny_bunny
memang kak y ni 1) ada penyakit yang sukar disembuh, 2) memang dah tak boleh berjalan, 3) pakai kerusi roda, 4) tahu kisah dia yang kena tinggal hasben bila dia mula jatuh sakit, mak dah tua, 5) bekas suami tak bagi nafkah untuk anak2, etc.
funz_universe Post at 21-4-2011 14:14

confirm ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 02:19 PM | Show all posts
Reply 10# ruffleen

kalau ruffleen nak tengok blog dia, saya pm.

antara yang saya tanya, ialah seorang mod di cari dan ada beberapa forumer cari yang kenal dia. mereka ada dalam friendlist fb saya dan senegeri dengan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:20 PM | Show all posts
Reply  ruffleen
kalau ruffleen nak tengok blog dia, saya pm.
funz_universe Post at 21-4-2011 14:19

boleh gak...meh sini aku nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:21 PM | Show all posts
Reply 8# funz_universe


    iols pasti kaka ni ade dpt bantuan dr mana2 pusat kebajikkan...dan kaka pasti ke husband kaka y ni xmenanggun nafkah anak2 langsung???...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:21 PM | Show all posts
boleh percaya ke kak Y tu? macam mengambil kesempatan je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 02:26 PM | Show all posts
Reply 13# hunny_bunny

macam saya jawab dalam post no.11, saya ada risik2 dulu.

tambah pula, banyak komen2 kat fb dia (gambar barang jualan dia), yang simpati dengan keadaan kak y dan harapkan yang terbaik untuk kak y ni. dari komen mereka, mereka dah lama kenal kak y dan ada yang tinggal berdekatan dengan kak y.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:27 PM | Show all posts
Akak ni jual kerepek eh? kalau betul rasanya kat forum wanitamelayu pun ada jugak sorang... mungkin dia terdesak kut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2011 02:29 PM | Show all posts
Reply 16# want2bhappy

rasanya ada juga jual kerepek. kenal ke?

tujuan saya di sini bukan untuk minta orang lain pandang serong pada kak y. cuma kalau ada idea2 untuk bantu kak y, silalah beri.


sebelum ni saya ada plan untu tolong promote barang jualan kak y. tapi sebab masa terhad, plan tak dapat dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:29 PM | Show all posts
ni pendapat ikhlas dr iols...

kaka nak menderma dan membantu...tu mmg niat yg murni...tp sebagai org yg menerima bantuan dr kaka...iols rs dier patut juga malu...kenapa nak membebankan org yg xsepatutnyer??dr kiter ade rs nak menulun tetibe rs terbebanlaa dgn sikap dier yg asek meminta...dan kalo kaka rs serba salah maka kaka perlu juga bertegas...

lagi plak...ini bukan t.jwb kaka...dan kaka da membantu sedaya yg buleh...jgn la plak dier menggunakan kekurangan dier utk membebankan idop kaka...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:45 PM | Show all posts
TT penah jumpe kaka Y x? pegi la tgk real life die dr jauh cmne.. pastu face to face.. nk tolong org boleh, tp biar la berpada2.. kaka Y ni mcm amek kesempatan je... apa kate pegi tolong die daftar kat jabatan kebajikan mintak bantuan kewangan... atopon tolong daftarkn jualan die kat tmpt yg sah ke ape ke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 03:09 PM | Show all posts
TT penah jumpe kaka Y x? pegi la tgk real life die dr jauh cmne.. pastu face to face.. nk tolong org ...
fcl29 Post at 21-4-2011 14:45



    yangni saya setuju.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-9-2022 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.093200 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list