CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9411|Reply: 11

Wanita menyampah dengan mak mentua, warning jangan sibuk nak bela cucu melebih-lebih

[Copy link]
Post time 13-1-2025 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Melahirkan zuriat ke dunia ini merupakan satu anugerah yang terindah buat seorang wanita.

Walaupun perjalanan yang menanti selepas itu penuh liku, naluri seorang ibu pasti lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak yang dikandungnya.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita memberikan teguran pedas mengenai peranannya sebagai seorang ibu dengan harapan dapat menghindari campur tangan pihak luar.



Menurut wanita itu, dia kurang gemar untuk menerima teguran dan nasihat berkaitan bayinya tanpa diminta.

"Aku secara peribadi memang tak suka kalau ada orang terpaling sayang dan jaga anak aku sampai membelakangkan aku sebagai mak.

"Budak tu duduk dalam rahim aku selama 9 bulan tau, dia adalah anak aku. Sedar diri tu sikit. Kau jangan nak melebih-lebih, kalau nak cakap banyak, pergi guna rahim tu untuk bersalin sendiri," ujarnya berang.

Ketidakpuasan hati wanita tersebut dipercayai ditujukan kepada keluarga mentuanya.

"Insiden ni berkaitan mak mentua aku yang terpaling tahu semua benda, aku dah pesan daripada awal dekat suami... budak ni aku yang lahirkan tau.

"Memang aku geram, dia (mak mentua) nak bergaduh dengan aku tapi pada waktu sama sayang anak aku... eh tak tahu malu ke?

"Kalau nak terpaling sayang pun anak aku tu, tunggu la aku mati dulu, ini maknya masih bernyawa. Kuncinya di sini berpada-pada, jangan nak melampau sangat berbanding ibu bapa budak tu.

"Ini dibuatnya macam kita tak sayang anak pula," kata wanita itu mengakhiri kata.

Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam situasi yang hampir serupa.

"Saya pernah juga terkena, masa tu baru awal berpantang, badan kurang bermaya, tiba-tiba dengar suami video call dengan keluarga dia. Banyak betul pesanan yang mereka bagi untuk anak, saya hanya mampu tahan telinga.

"Itu anak saya, saya tahu apa yang saya nak buat. Tak perlu nak terpaling mendidik. Simpan je pengalaman awak tu dekat diri sendiri, biar saya besarkan anak dengan cara saya.

"Ada sekali ni badan anak naik bintik merah sebab kena gigit nyamuk, kemudian mak mentua datang tengok anak, dia cakap begini... Ya Allah, kesiannya cucu aku. Sambil tu dia pandang saya macam saya gagal jaga anak," kata pelayar.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 06:03 PM | Show all posts
Edited by steadhome at 7-2-2025 10:13 PM

Adalah penting bagi keluarga untuk menyokong ibu bapa baharu, tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk membuat pilihan mereka sendiri tanpa merasa dihakimi atau terjejas.

Sprunki Game

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:47 PM | Show all posts
Laki kau pun dulu 9 bulan duk dalam rahim dia. Kalau dia tak jaga elek-elok tak berlaki lah kau. Kalau aunty tu tau orang mengata, mesti dia sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah apa pemouan tu cakap tapi kenalah ambil tindakan psikologi juga. Ko kawen bkn dgn lelaki je, but also the whole family. Long term relationship tu. Kalau SG, ambil je ilmu yg boleh pakai, yg x leh pakai tu masuk telinga kiri keluar tinge kanan. Pastu pura2 la skit. Nak x nak, mmg tpaksa belakon skit, as long as perkara tu acceptable lagi, baru jd mak ni pon x leh ego sgt. sbb xtau akan dtg mcm mana.

At least pempuan tu patut bsyukur family in law ambil berat. Ada kes yg SG baca siap nenek double standed kat cucu sendiri, lg sedih wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:14 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 15-1-2025 09:16 PM

nasibbaik tak ada menantu perempuan
based on bacaan ni, toksik nyaaa
ghisau dapat menantu macam ni
nampak mcm sangat benci MIL
macam mana ko boleh sayang anaknya
tapi benci mak kpd batang tubuh yg siang malam ko peluk ko belai
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 08:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2026 08:37 AM | Show all posts
mcm mental je, menantu dia ni....
ke ko ni jenis yang tak bersyukur...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 12:21 PM | Show all posts
sakit meroyan ke?
bukannya mak mentua ko bawa calon bini baru utk anak dia  pun

bende kecik cmni pun stress?, pi la kawin dgn org kt gaza ke , mak pak mentua mati dh kene bom, ko lahir anak atas lantai je , takde sapa2 nak kaco ko..

yang ko kawin dgn laki ko yang masih ada mak pak tu buat apa?, tak reti cari lelaki2 bujang umur 60,70 tahun katas buat laki ke? laki cmni la takde mak pak mentua lagi

ni dh kawin nk hidup sorg, kene tego sket ngajing kt mak mentua sendiri..cm siyal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2026 01:25 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 15-1-2025 08:48 PM
Betullah apa pemouan tu cakap tapi kenalah ambil tindakan psikologi juga. Ko kawen bkn dgn lelaki je ...

Bila bca curhat ni, iol dpt rsa mungkin sheol ni yg below 25 yrs old, jenis khwin psl fear of missing out/fomo pstu jenis kpla btu, x boleh trima sgala nsihat sbb dia rsa dia je yg btul. Sat lgi msti jnis yg trus txt kwn2 lps tu mngutuk mrtua smpai x ckup tanah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 01:37 PM | Show all posts
batmana replied at 21-7-2026 12:21 PM
sakit meroyan ke?
bukannya mak mentua ko bawa calon bini baru utk anak dia  pun

Ni msti pompuan anak2 jaman now below 25 y-o, sat lgi msti txt kwn2 or post kat Thread btapa "jahatnya" mrtua sheol pstu rmai anak2 jaman now yg support sheol smpai sheol kmbang staman
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 01:39 PM | Show all posts
rain2169 replied at 21-7-2026 08:37 AM
mcm mental je, menantu dia ni....
ke ko ni jenis yang tak bersyukur...

Sat lgi mertua sheol jdi jahat btul2, mmbanding2 kn cucu, msti ada news bru lgi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 02:17 PM | Show all posts
"Saya pernah juga terkena, masa tu baru awal berpantang, badan kurang bermaya, tiba-tiba dengar suami video call dengan keluarga dia. Banyak betul pesanan yang mereka bagi untuk anak, saya hanya mampu tahan telinga"

Hukaloh, kasi pesanan je pun, ni msti khwin muda & xde pngalaman. Lainlah klau kna kutuk, bru boleh marah. Klau kasi pesanan pun x boleh, x boleh hidup lh mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.062875 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list