|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x

'Sorakan Piala Dunia usah sampai mengganggu jiran'

Sukan bola sepak sebenarnya ‘universiti kehidupan’ sarat pengajaran moral mahal. Sekurang-kurangnya, ada tiga falsafah utama boleh dinilai untuk dijadikan teladan hidup. - Foto AFP
BOLA sepak sering disebut sebagai magis dunia. Setiap kali kejohanan besar seperti Piala Dunia bermula, kita dicanangkan dengan slogan indah - sukan ejen penyatuan. Ia bahasa sejagat mampu meruntuhkan apa juga dinding perbezaan sesama manusia.
Namun, di sebalik keghairahan 'demam Piala Dunia', ada satu persoalan jujur perlu tanyakan pada diri sendiri adakah sukan ini benar-benar menyatukan kita atau tanpa sedar, perlahan-lahan meretakkan hubungan kemanusiaan.
Beberapa tahun lalu, penulis melalui satu malam sangat melelahkan dan merobek emosi. Berkali-kali terjaga daripada tidur dalam keadaan jantung berdegup kencang, terkejut akibat jeritan padu 'gol' memecah keheningan malam dari blok apartment kediaman.
Apabila penulis membuka pintu rumah, rupa-rupanya beberapa jiran sudah pun berdiri di koridor dengan wajah kelat, mengantuk dan sarat rasa berang.
Hak kami untuk melelapkan mata selepas penat seharian, dirampas begitu sahaja demi kepuasan sekumpulan manusia mementingkan diri.
Malam itu mengajar insan satu perkara erti empati kian pudar. Bola tetap bola, hobi tetap hobi, namun adab sesama manusia tidak boleh sesekali dikorbankan demi keseronokan 90 minit di padang.
Di sebalik hilai tawa dan sorakan pada jam 3 pagi, cuba bayangkan nasib anak-anak kecil terpaksa bangun seawal pagi esoknya untuk ke sekolah.
Fikirkan ada ibu bapa, penjawat awam dan pekerja terpaksa memandu dalam keadaan mengantuk ke tempat kerja.
Paling memilukan, bayangkan perasaan warga emas uzur serta insan sedang bertarung dengan kesakitan, sangat mengharapkan sedikit ketenangan malam untuk berehat, tetapi hak mereka dinafikan jeritan 'gol'.
Sukan bola sepak sebenarnya 'universiti kehidupan' sarat pengajaran moral mahal. Sekurang-kurangnya, ada tiga falsafah utama boleh dinilai untuk dijadikan teladan hidup.
Pertama, bola sepak mengajar kita kalah dan menang adat perjuangan. Kita sering melihat bagaimana pasukan ketinggalan, namun tidak menyerah kalah.
Mereka masuk semula ke padang, mengatur strategi dan berjuang bermati-matian sehingga wisel penamat. Ini adalah refleksi kehidupan apabila kita jatuh, wajib bangkit semula.
Kedua, pemain sehebat mana sekalipun tidak mampu menjulang piala sekiranya dia bermain mementingkan diri.
Kejayaan hanya tercipta apabila setiap posisi daripada penjaga gol sehingga penyerang saling percaya dan bekerjasama. Ego individu harus dileburkan demi kemaslahatan sebuah pasukan.
Ketiga, di atas padang, provokasi dan perang emosi sering terjadi dalam keghairahan memburu kemenangan. Namun, sebaik sahaja perlawanan tamat, pemain saling bersalaman, bertukar jersi dan berpelukan. Mereka boleh berbeza pendapat dan bersaing hebat dalam skop permainan, tetapi di luar padang mereka saling menghormati.
Sungguh terkilan rasanya apabila indahnya nilai ketabahan, kerjasama dan penghormatan ditunjukkan pemain ini, gagal kita terjemahkan sebagai penyokong di luar padang.
Malah dalam dunia digital hari ini, keadaannya menjadi lebih parah apabila ruang komen di media sosial bertukar menjadi lubuk toksik penuh dengan caci maki dan pergaduhan.
Slogan 'sukan menyatukan manusia' akhirnya bertukar menjadi retorik kosong dan hipokrit, sekiranya keghairahan penyokong pasukan menjadi punca hilang adab, hilang hormat dan putus silaturahim. Bola sepak akan menjadi penyatu sekiranya diraikan dengan akal, jiwa dan sekeping hati tahu menghormati manusia lain.
Sharifah Yun Othman, Mahasiswi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berpada-pada layan Piala Dunia, jangan hanyut judi
DEMAM Piala Dunia kembali melanda. Temasya empat tahun sekali memang ditunggu-tunggu 'kaki bola', termasuk Belalang.
Cuma Belalang nak ingatkan kepada semua menyokong pasukan pilihan masing-masing kena pandai bawa diri. Bersorak dan 'melompat' memang menyeronokkan, tetapi jangan sampai mengganggu rutin harian.
Ada kerja dan tanggungjawab perlu dijaga, usah terlalu taksub mengejar perlawanan sehingga kehidupan jadi tak tentu hala.
Dalam ghairah meraikan gol, hormatlah jiran tetangga. Sorakan awal pagi mungkin menggembirakan kita, tetapi boleh mengganggu ketenteraman orang lain.
Paling penting, jauhi perjudian sering menumpang kemeriahan kejohanan besar. Jangan kerana taasub Piala Dunia, wang simpanan melayang.
Nikmati Piala Dunia sebagai hiburan dan medan perpaduan. Sokong dengan semangat, jangan sampai lupa diri.

Rema membuat persembahan ketika acara pembukaan sebelum perlawanan Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2026 antara Amerika Syarikat dan Paraguay di Stadium Los Angeles pada 12 Jun 2026 di Los Angeles, California. - Foto AFP |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tahun baru 2025
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|