Betul. Paling ideal, lepas hari besar masing-masing macam Hari Merdeka, Hari Malaysia, Hari Raya Puasa/Haji, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Azam lepas PRU, segala peristiwa besar termasuk tragedi banjir pun OK juga.
Lagu ini hanya sesuai diperdengarkan atau dimainkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kebangsaan Malaysia (31 Ogos), Hari Malaysia (16 September) dan Hari Kebangsaan Singapura (9 Ogos) tetapi tidak pada sambutan Tahun Baru dan Awal Muharram. Hari-hari pun boleh ada azam baru.
Macam biasa, Hari Merdeka akan disambut pada 31 Ogos (jangan tanya bila Hari Merdeka) ini. Musim Hari Merdeka ini pasang azam baru lepas Hari Merdeka pula.
Betul. Bila-bila masa pun boleh ada azam baru terutama lepas hari besar masing-masing macam Hari Merdeka, Hari Malaysia, Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Paling penting, elakkan bertanya azam Tahun Baru dan Awal Muharram.
Piala Dunia 2026: Kesemua 104 Perlawanan Akan Disiar Di RTM & Unifi TV
Difahamkan, Unifi TV akan menayangkan kesemua 104 perlawanan secara langsung.
Peminat bola sepak tempatan bakal menikmati tayangan penuh 104 perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi hasil kerjasama strategik bersama tiga syarikat telekomunikasi utama negara
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama melibatkan Unifi, CelcomDigi dan U Mobile itu akan memperluas akses rakyat kepada kandungan sukan bertaraf dunia tanpa kos tambahan.
"Sebentar tadi, RTM selaku stesen penyiaran awam di bawah Kementerian Komunikasi telah secara rasminya mengumumkan jalinan kerjasama strategik bersama dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Unifi, CelcomDigi dan U Mobile.
"Hari ini, sukacita saya umumkan bahawa kesemua 104 perlawanan akan ditayangkan dalam RTM dan Unifi TV," katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri pada Rabu.
Difahamkan, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memperluas akses kandungan berkualiti selain memanfaatkan sukan sebagai medium perpaduan nasional
Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ashwad Ismail memaklumkan penglibatan penaja korporat membantu kerajaan meminimumkan kos mendapatkan hak penyiaran kejohanan berprestij berkenaan.
Sebelum ini, Fahmi turut memaklumkan siaran Piala Dunia 2026 akan boleh ditonton menerusi pelbagai platform termasuk MyTV, RTM Klik dan Unifi TV bagi memastikan capaian lebih menyeluruh kepada rakyat.
Dalam pelaksanaan siaran nanti, Unifi TV akan menayangkan kesemua 104 perlawanan secara langsung manakala RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar aksi sama ada secara langsung atau siaran tertunda mengikut jadual ditetapkan.
Edisi 2026 bakal menyaksikan United States, Mexico dan Canada menjadi tuan rumah bersama dengan aksi pembukaan dijadual berlangsung di Mexico City pada 11 Jun, manakala final akan berlangsung di New Jersey pada 19 Julai.
P/S: Musim Piala Dunia adalah masa untuk menanam dan memasang serta mengamalkan azam baharu lepas kejohanan tersebut.
RTM bawakan tiga kisah pengorbanan keluarga sempena Aidiladha
RTM membawakan tiga telefilem istimewa sempena sambutan Aidiladha tahun ini.
SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tiga telefilem istimewa sempena sambutan Aidiladha tahun ini yang mengetengahkan tema pengorbanan, kasih sayang dan kekuatan institusi keluarga.
Menurut agensi itu, setiap fasa kehidupan berkeluarga menuntut kesabaran mental dan fizikal selain memerlukan sikap tolak ansur serta komunikasi berterusan bagi membina hubungan yang bahagia.
"Sambutan Aidiladha turut mengingatkan umat Islam terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang sarat dengan nilai kepatuhan, keikhlasan dan kesediaan melepaskan sesuatu yang disayangi demi tuntutan lebih besar.
"Dugaan seperti masalah kewangan, perbezaan pendapat dan cabaran mendidik anak menjadi medan untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Antara telefilem yang bakal disiarkan ialah 'Demi Janji Itu' di TV1 pada 27 Mei, jam 10.30 malam.
RTM membawakan tiga telefilem istimewa sempena sambutan Aidiladha tahun ini.
Drama lakonan Juhara Ayob itu mengisahkan Khadijah, seorang wanita tabah yang membesarkan anak tirinya selepas kematian suami.
Bagaimanapun, anak tirinya, Irfan sering memberontak dan terjebak dengan jenayah sebelum satu kejadian menyedarkannya untuk berubah.
Turut membintangi drama arahan Bade Azmi itu ialah Fadhli Masoot, Sobri Anuar, Amalina Arham, Aleeza Shadan, Dai Fuad, Kalpana Shree dan Azlan Azmi.
Selain itu, RTM turut menyiarkan drama 'Direbus Tak Empuk' di TV2 pada hari sama, jam 3 petang.
Telefilem tersebut menampilkan Adeline Tsen sebagai Ai Lin, seorang gadis Cina yang memeluk Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya.
Dengan sokongan sahabatnya, Zain lakonan Alif Muhaimin, Ai Lin cekal menghadapi cabaran hidup sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, drama 'Aidil Milik Adha' pula akan disiarkan di saluran Okey pada 27 Mei, jam 9.30 malam.
Karya itu dibintangi Wanss Ahmad, Kumika Kufaizul, Adriana Kamaruddin, Hafidzuddin Fazil dan Rosnah Johari.
Drama berkenaan mengisahkan perjuangan seorang ayah muda bernama Adha yang sanggup berkorban demi membesarkan anaknya selepas perkahwinannya dipisahkan keluarga isterinya.
Piala Dunia 2026 dijangka kejohanan paling 'mencemarkan'
PEMINAT bola sepak semakin resah melihat persiapan menjelang Piala Dunia 2026.
Acara sukan paling popular di dunia itu kini dibelenggu pelbagai kontroversi, sama ada harga tiket yang melampau mahal mahupun persoalan mengenai penyertaan Iran ketika presiden satu daripada negara tuan rumah, Amerika Syarikat (AS) mengugut jenayah perang terhadap negara itu.
Malah, kerisauan semakin memuncak berhubung peranan agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) yang mungkin terbabit dalam pengawasan kejohanan.
Ini terbukti apabila pemimpin Iran dan Russia baru-baru ini dinafikan visa untuk menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Ini diburukkan lagi apabila Piala Dunia 2022 gagal menunaikan janjinya terhadap pemuliharaan kelestarian alam sekitar.
Daripada pelepasan karbon akibat perjalanan udara hinggalah risiko berkaitan cuaca panas melampau, edisi Piala Dunia 2026 dijangka menjadi jauh lebih buruk.
Namun, di sebalik segala polemik politik itu, satu lagi krisis besar yang kurang diberi perhatian sebenarnya membawa ancaman jangka panjang iaitu kesan luar biasa kejohanan itu terhadap perubahan iklim.
Piala Dunia 2026 bukan sahaja dijangka menjadi kejohanan paling sarat kontroversi politik dalam sejarah moden, malah turut berada di landasan untuk menjadi Piala Dunia paling 'mencemarkan' pernah dianjurkan dengan jumlah pelepasan gas rumah hijau hampir purata dua kali ganda dalam sejarah.
Saintis secara konservatif menganggarkan kejohanan itu akan menghasilkan sekitar sembilan juta tan karbon dioksida bersamaan (CO2e).
Perjalanan udara sahaja menyumbang kira-kira 7.7 juta tan daripada jumlah itu iaitu lebih empat kali ganda purata kejohanan antara 2010 hingga 2022.
Penyelidik turut menyatakan anggaran terburuk bagi pengangkutan udara boleh mencecah 13.7 juta tan CO2, sekali gus menjanjikan pelepasan karbon Piala Dunia paling teruk setakat ini.
Sebahagian besar masalah itu berpunca daripada keputusan sendiri Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Badan bola sepak dunia itu memilih untuk menambah jumlah pasukan bertanding kepada 48 daripada 32 pasukan ketika Piala Dunia 2022 di Qatar.
FIFA juga memilih tiga negara tuan rumah iaitu Kanada, Mexico dan AS yang meliputi kawasan geografi amat luas.
Walaupun sistem kereta api di AS berada dalam keadaan baik, jarak perjalanan yang perlu ditempuh penyokong tetap menjadikan pilihan pengangkutan rendah karbon sukar dilaksanakan.
Pura-pura perjuangkan kelestarian hijau
Ada yang berhujah anggaran sembilan juta tan CO2 bagi Piala Dunia 2026 masih kecil berbanding 5.9 bilion tan CO2 yang dilepaskan AS sepanjang 2025 sahaja.
Itu memang benar, namun membiarkan FIFA terus merosakkan alam sekitar secara sengaja juga bermakna menerima amalan 'greenwashing' iaitu berpura-pura memperjuangkan kelestarian hijau tanpa melaksanakan langkah bermakna.
FIFA dilihat bergerak ke arah bertentangan ketika kumpulan kempen iklim semakin mencatat kemenangan dalam tindakan undang-undang terhadap pihak yang melakukan 'greenwashing'.
Hakikatnya, FIFA sudah lama dianggap simbol utama 'greenwashing'. Contoh paling jelas ialah Piala Dunia 2022 di Qatar.
Menjelang kejohanan itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino menggesa peminat bola sepak 'mengangkat kad hijau FIFA untuk planet ini' dengan meminta mereka merakam pesanan ringkas mengenai usaha menyelamatkan alam sekitar dan memuat naiknya secara dalam talian.
Retorik hambar itu sebahagian daripada 'sasaran' Infantino untuk menjadikan Piala Dunia 2022 sebagai kejohanan 'neutral karbon'.
Hakikatnya, Piala Dunia Qatar 2022 menjadi 'bom karbon' dalam bentuk kejohanan sukan. Ia memerlukan lebih 1,000 penerbangan keluar masuk setiap hari, menggunakan sistem penyahgaraman air yang memerlukan tenaga tinggi dan bergantung kepada skim pengimbangan karbon yang dipersoalkan keberkesanannya.
Malah benih rumput untuk padang bola sepak yang digunakan juga diterbangkan dari Amerika Utara menggunakan pesawat dengan kawalan suhu khas.
Selain menyebabkan peningkatan pelepasan gas rumah hijau yang boleh menyebabkan kematian pramatang. Pakar, Tim Walters berhujah, Piala Dunia kali ini berpotensi menjadi acara sukan paling membawa maut dalam sejarah.
Ia mencerminkan apa yang beliau sifatkan sebagai 'misanthropy' FIFA atau naluri membenci, tidak suka atau tidak percaya terhadap manusia secara umum, kelakuan mahupun perwatakan mereka.
Pelbagai situasi yang tidak masuk akal turut timbul. Ketika Piala Dunia 2022, stadium-stadium terletak agak berdekatan dan dihubungkan dengan metro serta bas.
Sebaliknya, pada Piala Dunia 2026, skuad Bosnia dan Herzegovina bersama penyokong dan keluarga mereka perlu bergerak lebih 5,000 kilometer (km) dari Toronto ke Los Angeles sebelum ke Seattle.
Kem latihan mereka pula terletak di Salt Lake City, sekali gus menambah lagi jejak karbon perjalanan.
Algeria pula dijangka menempuh kira-kira 4,800km perjalanan dari Kansas City ke San Francisco dan kembali semula. Republik Czech pula memulakan aksi di Guadalajara sebelum ke Atlanta dan seterusnya ke Mexico City dengan jumlah perjalanan melebihi 4,500km.
Untuk rekod, Piala Dunia 2026 akan menyaksikan tiga majlis pembukaan berasingan di ketiga-tiga negara tuan rumah iaitu Mexico, AS dan Kanada dengan barisan bintang muzik antarabangsa menghangatkan sambutan kejohanan.
FIFA yang mengesahkan itu antara artis yang akan membuat persembahan, termasuk Katy Perry, Future, Alanis Morissette, Michael Buble, J Balvin dan Lisa. - AGENSI