CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: olaoli

fatine dah cerai ke?

  [Copy link]
Post time 17-4-2011 12:31 AM | Show all posts
http://eforum6.cari.com.my/viewt ... =1634883&page=1

semoga dia kembali ke pangkal jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2011 08:24 PM | Show all posts
ngerinya tengok gambar..dia masukkan tiub plastik ke nak wat hapam tu
damsel_fiji Post at 16-4-2011 23:42



harap habang fatine tak berniat nak buat...
dah la lelaki makin kurang d donia nan fana nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 09:40 AM | Show all posts
utk tatapa kiter sume di hujung minggu yg sejuk nih
alfrina Post at 16-4-2011 10:30

azab gila gambar tu...

Anda ingin melawan takdir tuhan?

Mungkin pembaca sekalian bukan salah seorang daripada mereka yang ingin melawan takdir. Namun, bagi mereka yang melawan takdir, inilah yang mereka buat. Pembedahan penukaran jantina!

Ramai mendakwa pembedahan penukaran jantina adalah pembedahan paling menjerihkan untuk mana-mana doktor melakukannya. Manakan tidak, doktor yang lazimnya adalah lelaki melihat sendiri bagaimana alat kelamin ‘jantan’ dipotong dengan tangan mereka sendiri. Hisshh..seram.

Pembedahan penukaran jantina pada masa kini lebih terarah kepada golongan pondan atau mak nyah yang mahu mereka kelihatan 100 peratus wanita tulen. Hasilnya memang memuaskan namun azabnya tuhan sahaja yang tahu. Sebenarnya, azabnya bermula selepas selesai pembedahan. Bayangkan, si pondan atau mak nyah ini tidak mampu untuk buang air kecil secara normal. Cuba pembaca bayangkan.!

Sejarah pembedahan jantina ini walaubagaimanapun bermula dengan golongan sida-sida milik maharaja China yang diwajibkan memotong anggota kelamin mereka. Mereka diwajibkan berbuat demikian bagi menjaga maruah gundik-gundik istana yang mereka jaga dan awasi.

Antara individu paling terkenal yang pernah mengalami pembedahan pemotongan jantina adalah Laksamana Cheng Ho atau Laksamana Zheng He. Sejak kecil, Cheng Ho tidak mempunyai jantina sepertimana manusia normal. Ini menyebabkan Cheng Ho tidak berkahwin dan tidak mampu untuk mendapat zuriat. Miskipun batin Cheng Ho terseksa, namun ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Disebabkan mengalami proses pembedahan pembuangan jantina sejak kecil, ketinggian Cheng Ho dikatakan tumbuh sehingga mencapai 7 kaki(lebih kurang 200cm tinggi). Cheng Ho juga terlindung daripada maksiat zina dan seumpama dengannya.
   

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 09:50 AM | Show all posts
azab gila gambar tu...
Anda ingin melawan takdir tuhan?Mungkin pembaca sekalian bukan salah seora ...
alahai Post at 18-4-2011 09:40



   tepek la kasi kongsi sume....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:05 AM | Show all posts
tepek la kasi kongsi sume....
alfrina Post at 18-4-2011 09:50



    lepas LPF ke gambar2 tu semua?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:14 AM | Show all posts
lepas LPF ke gambar2 tu semua?
alahai Post at 18-4-2011 10:05



ntah... try n error je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2011 05:08 AM | Show all posts
Fatine masih Islam
KISAH anak Melayu ini pernah menggemparkan negara selepas dia nekad berhijrah ke Britain dan berkahwin dengan lelaki pilihannya di sana.

Apa yang membuatkan kisahnya menarik ialah nama asalnya Mohd. Fadzil Min Bahari sebelum ditukar kepada Fatine Young. Fatine dikatakan menjalani pembedahan menukar jantina semasa di sana.

Awal minggu ini, nama mak nyah kelahiran Kuala Lumpur ini disebut-sebut lagi dalam media tempatan, di Malaysia mahupun Britain.

Menurut laporan Daily Mail, Fatine, 38, kini telah meninggalkan suaminya, Ian James Young, 32, selepas dua minggu lelaki Inggeris itu bersusah payah mendapatkan hak untuk Fatine menetap di Britain.

“Isteri saya meninggalkan saya tanpa alasan selepas saya membelanjakan 12,000 pound sterling (RM59,061) bagi membantunya mendapatkan visa,” kata Ian.

Untuk mengetahui kesahihan berita tersebut, Jurnal menghubungi Fatine, Rabu lalu.

“Media di sini (Britain) banyak memutarbelitkan cerita. Malah ada pembohongan yang tidak masuk akal dilaporkan.

Halau

“Saya tidak pernah menyisihkan Ian, sebaliknya dia yang curang dan tak mengendahkan kebajikan saya.

“Makan minum saya pun dia tak ambil tahu. Cerita dalam akhbar itu tak betul dan berat sebelah,” ujar Fatine menerusi perbualan di Facebook.

Menceritakan kehidupan rumah tangganya, Fatine memberitahu, perkongsian hidup dengan Ian tidak seindah seperti yang orang sangka.

Cerita Fatine menjadi kontroversi setelah dia mengaku berkahwin dengan Ian yang juga pemilik sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah di Britain dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada Jun 2009.

Pada awal perkahwinan, pasangan homoseksual ini hidup bahagia namun menurut Fatine, lama-kelamaan Ian mula berubah lebih-lebih lagi selepas suaminya itu menjalin hubungan sulit dengan seorang perempuan lain.

“Ini bukan andaian atau spekulasi, saya sendiri tangkap mereka berdua di dalam rumah saya. Banyak kali dia halau saya dari rumah bila saya ungkit hubungannya dengan perempuan itu.

“Bayangkanlah betapa remuknya hati saya. Sudahlah nasib terkontang-kanting, kena halau pula dari rumah.

“Makan minum pun tak terjaga, kadang-kadang makan kadang-kadang tak. Bukan saya seorang yang tak makan, binatang peliharaan dia pun kelaparan sama.

“Kawan-kawan Melayu yang tinggal dekat Derby banyak membantu termasuk memberi saya makanan,” jelas Fatine yang bergaduh besar setiap kali soal orang ketiga dibangkitkan.

Sejurus perang mulut antara mereka malam itu, Ian keluar dari rumah. Kejadian itu membuatkan Fatine terfikir tiada gunanya lagi dia meneruskan perkahwinan itu.

“Keesokannya, saya pergi ke rumah ibu mertua dan menghantarkan anjing Ian. Sekurang-kurangnya ia ada tempat yang lebih selamat. Dua batu saya berjalan kaki kerana tidak ada duit walaupun sesen untuk menaiki teksi atau bas.

“Sampai di sana, saya cuba mengadu kepada ibu mertua tetapi dia macam tak mahu layan saya.

“Saya faham kerana macam mana keadaannya pun, ibu bapa pasti mahu menyebelahi anak mereka. Dan kerana itu, saya rasa itulah penamat hubungan kami,” cerita Fatine yang belum bercerai secara rasmi dengan Ian.

Selepas keluar dari rumah, Fatine menumpang di rumah kawan Melayunya di Woodville selama dua minggu sebelum datang ke Blackpool untuk memulakan hidup baru.

Cara hidup

“Sekarang saya tinggal bersama kawan dan masih mencari kerja tetap. Pada masa yang sama, saya menyediakan perkhidmatan mekap sebagai kerja sambilan tapi tidak banyak mendapat pelanggan.

“Selain itu, saya bekerja mencuci rumah orang dua kali dalam seminggu.

“Tak mengapalah, walaupun tak glamor janji ada rezeki,” ujarnya yang mendakwa ada menelefon ibunya di Kuala Lumpur sekali-sekala untuk bertanya khabar.

Kesal dengan laporan akhbar, Fatine tampil menyatakan kebenaran.

“Banyak akhbar, majalah dan televisyen di England menghubungi saya dan mahu saya membuat pengakuan. Malah banyak wang ditawarkan untuk cerita saya, maklumlah dekat sini ia sudah jadi isu hangat hingga menjadi topik perbualan di BBC Radio.

“Kalau ikutkan hati, saya nak ceritakan segala keburukan Ian seperti apa yang dia buat pada saya. Tapi atas nasihat pihak tertentu, saya tidak jadi membuat kenyataan media di sini.

“Saya bukan hendak tegakkan benang yang basah tetapi apa yang salah, sewajarnya diperbetulkan.

“Setakat ini semua akhbar di Britain melaporkan cerita dari sebelah pihak dan semua cerita itu pula telah diputarbelitkan.

“Misalnya, kos visa tak sampai 12,000 pound dan kami hanya memohon visa tiga kali, bukan lima kali seperti yang Ian dakwa.

“Selain itu, saya masih berhutang dengan peguam yang menguruskan hal visa saya.

“Daily Mail ada menyatakan yang saya sekarang tinggal di Manchester dan hidup atas elaun kerajaan. Itu sama sekali tidak betul.

“Saya masih tinggal di Blackpool, bagaimana saya boleh menuntut faedah penganggur di Manchester? Ia sama sekali tak masuk akal,” jelasnya yang percaya suaminya itu bercerita kepada media kerana wang.

Biarpun perasaannya tertekan, Fatine sedar dia tidak boleh cepat mengalah. Baginya, hidup perlu diteruskan.

“Saya tahu Ian menderita tetapi saya juga begitu. Saya berkorban segalanya hingga menjadi pelarian di negara asing. Selama ini saya berdiam diri sahaja.

“Saya juga tahu ramai yang mempertikaikan cara hidup dan agama saya.

“Saya ingin tegaskan saya masih lagi seorang Islam. Saya tidak menyesal dengan apa yang terjadi. Ini semua adalah lumrah kehidupan dan merupakan pengalaman hidup yang perlu kita pelajari sesuatu daripadanya.

“Tuhan masih sayangkan saya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini,” Fatine mengakhiri perbualan yang berlangsung selama dua jam itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dia masih islam katanya..Alhamdulillah semoga dia kembali ke pangkal jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:37 PM | Show all posts
sebab dia tukar jadi pompuan tu lah dia menipu.

cara dia menipu tu sebijik macam cara pompuan ...
manap77 Post at 16-4-2011 11:15


dunia dah terbaik dah skang dude. ramai je jantan yg kawen ngan pompan kaya. goyang telur.kikis duit bini.

tu seme keja jantan la..... dah tuko **** jd apam pun masih ada sifat jantan jahanam gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 09:44 PM | Show all posts
dunia dah terbaik dah skang dude. ramai je jantan yg kawen ngan pompan kaya. goyang telur.kikis  ...
Mont.Blanc Post at 19-4-2011 12:37


tak pernah dengar pun. Hujah2 feminist memang lawak kekadang, tak pijak pada bumi nyata. Yang nyata, perempuan makin lama makin rosak, perogol dan pesalah laku seks perempuan pun makin banyak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:39 PM | Show all posts
Fatine masih Islam
KISAH anak Melayu ini pernah menggemparkan negara selepas dia nekad berhijrah ke ...
kodoklawa Post at 19-4-2011 05:08



    sedih plak baca cite si fatine ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:23 AM | Show all posts
tak pernah dengar pun. Hujah2 feminist memang lawak kekadang, tak pijak pada bumi nyata. Yang ny ...
manap77 Post at 20-4-2011 21:44


biasalah...perangai jantan mmg tak pernah ngaku yg kaum dia lagi rosak .... bahahahah !!! teruskan berfantasi yea dude....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:28 AM | Show all posts
aku harap kawan melayu fatine kat sana tu jgn berhenti membantu dan nasihat si fatine ni...mana tau Allah akan bukakn hati dia tuk bertaubat..inshallah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 08:00 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/pages/A ... ame/165470663511388


Menarik tak?? Bukan memalukan golongan Nyah je, ngan orang M'sia sekali. hmmm Dah kena cop penipu sebab nak dapat visa jek.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 08:30 PM | Show all posts
Menarik tak?? Bukan memalukan golongan Nyah je, ngan orang M'sia sekali. hmmm Dah kena cop pen ...
sultana Post at 21-4-2011 20:00



    nyah mana la yang dengki ngan fatin tu..siap buat grup kat facebook tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 09:25 PM | Show all posts
biasalah...perangai jantan mmg tak pernah ngaku yg kaum dia lagi rosak .... bahahahah !!! terusk ...
Mont.Blanc Post at 21-4-2011 11:23


laa takkan angin dah kot. kalau setakat terasa disebut feminist andartua tak pe lagi tapi takkan sebut prempuan pedofile terasa kot.hmmm tegigit lidah sndiri ye dak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 10:59 AM | Show all posts
laa takkan angin dah kot. kalau setakat terasa disebut feminist andartua tak pe lagi tapi takkan ...
manap77 Post at 21-4-2011 21:25


cam tu pulak jawapan ko dude? pulakkkk.....


note: pun bolehh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-5-2023 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.086379 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list