CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9244|Reply: 17

[Tempatan] Indeks Persepsi Rasuah 2023, Malaysia naik ke tangga 57

[Copy link]
Post time 31-1-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 31-1-2024 04:35 PM

Indeks Persepsi Rasuah 2023, Malaysia naik ke tangga 57

Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN

30 Januari 2024, 8:21 pm




PUTRAJAYA- Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 apabila mencatatkan kenaikan sebanyak empat tangga iaitu daripada 61 ke 57 menerusi 180 negara yang dinilai.

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas CPI 2023 diumumkan oleh Transparency International – Malaysia (TI-Malaysia) hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Malaysia juga berjaya memperbaiki skornya daripada 47 ke 50 dengan menyaksikan peningkatan tiga mata setelah penurunan berturut-turut semenjak 2019.

“Menurut TI-Malaysia, antara sebab-sebab yang menyumbang kepada peningkatan skor itu adalah kerana siasatan, tangkapan serta sabitan kes-kes berprofil tinggi SPRM sepanjang tempoh dua tahun lalu.

“SPRM komited dan bertekad meneruskan usaha pencegahan dan operasi bagi menghapuskan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam bidang kuasanya sebagai agensi penguat kuasa tunggal yang diamanahkan untuk membasmi rasuah di Malaysia,” katanya tadi.

Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak agar meneruskan kerjasama serta memainkan peranan masing-masing selain mempunyai iltizam politik untuk menambahbaik strategi pencegahan dan pengurusan tata kelola baik.

Katanya, ia demi mencapai hasrat kerajaan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 dalam pengukuran CPI menjelang 2033. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 03:45 PM | Show all posts
Ada yang salah ... index persepsi X sejalan dengan fakta semakin banyaknya case rasuah yang diberitakan  ...Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 03:49 PM | Show all posts
tahniah PMX...membendung rasuah amalan mulia
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 03:55 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 31-1-2024 04:08 PM
nusaraya replied at 31-1-2024 03:45 PM
Ada yang salah ... index persepsi X sejalan dengan fakta semakin banyaknya case rasuah yang diberita ...

ko dengki ke indon masih jadi negara top rasuah dunia.hehehe


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa suruh tamatkan pencen penjawat awam, kan dah terpaksa makan rasuah demi meneruskan kelangsungan hidup,  adan uke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 04:14 PM | Show all posts
tahniah Madanon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2024 04:18 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 31-1-2024 04:21 PM
kakikuDibibirmu replied at 31-1-2024 04:12 PM
Siapa suruh tamatkan pencen penjawat awam, kan dah terpaksa makan rasuah demi meneruskan kelangsunga ...

Ada 2 jenis rasuah ...

1. Rasuah untuk kelangsungan hidup
2. Rasuah kerana Tamak ..

Kalau ini masuk kategori apa ?

[youtube]Io1xnbpyPcQ[/youtube]


[youtube]w-MBE9mLBZk[/youtube]



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara nak bagi naikkan ranking  cPI senang jer iaitu gugurkan smua kes sakau sama cam kes47 prima facie tu dpt. So next year mungkin msia dapat no syatu , negara zero sakau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 31-1-2024 04:12 PM
Siapa suruh tamatkan pencen penjawat awam, kan dah terpaksa makan rasuah demi meneruskan kelangsunga ...

Betul..I can foresee this problem coming...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 31-1-2024 04:18 PM
Ada 2 jenis rasuah ...

1. Rasuah untuk kelangsungan hidup

Tamak tahap  kronik
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 31-1-2024 04:12 PM
Siapa suruh tamatkan pencen penjawat awam, kan dah terpaksa makan rasuah demi meneruskan kelangsunga ...

Ini bakalan berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 10:17 PM | Show all posts
sebenarnya rezeki allah bagi tu cukup
kita je yang nak lebih


aku quote seorg bekas banduan yang kena penjara dan sebatan sebab rasuah


tahniah malaun
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 10:36 PM | Show all posts
Tahniah......
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:10 PM | Show all posts
wowwoowwooooww
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 12:41 PM | Show all posts
Rindu era Najibbbbbbb
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Persepsi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 10:05 AM | Show all posts
Era leberal rekod bersih
ERA LEBAI MEROSOT...

KAH KAH KAH
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2026 10:27 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.104471 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list