View: 4101|Reply: 49
|
Petronas yang taja bawa pulang rakyat Malaysia
[Copy link]
|
|
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang RM2 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi pasukan itu mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.
Sumbangan itu diberikan berikutan gesaan kerajaan baru-baru ini supaya sektor awam dan swasta bekerjasama untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia ke tanah air.
"Petronas berbesar hati untuk bersama-sama dengan TUDM dan syarikat Malaysia yang lain termasuk AirAsia Bhd dan Malaysia Airlines Bhd menjayakan usaha murni ini,” menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Petronas hari ini.
Petronas juga berkata, syarikat itu juga telah memindahkan semua warga kerja dan keluarga mereka dari Mesir dan sedang memantau perkembangan di negara itu.
Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyatakan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kelancaran operasi pemindahan rakyat Malaysia di negara bergolak itu.
Presiden UNI-MLC, Mohamed Shafie Mammal berkata, operasi pemindahan itu dijalankan dengan lancar tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik mereka yang berkenaan.
"Hanya seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa patriotik mampu mengambil tindakan yang sesuai untuk semua rakyatnya dan pihak yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Ops Piramid merupakan satu lagi kejayaan gagasan 1Malaysia.
Ops Piramid ialah operasi bagi membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir yang menyaksikan demonstrasi antikerajaan diadakan di beberapa bandaraya, ke Jeddah, Arab Saudi.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Kelihatan suami kepada PM yang paling kedepan meyambut kepulangan rakyat Malaysia. Makhluk2 kat belakang tu cuma mampu sengih jerr... |
|
|
|
|
|
|
|
oleh kerana petronas ni letak bawah kaki najib, the 2million is just a phone call away.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan taja, sumbangan je tu... kosnya jauh lebih tinggi dari itu...
banyak korporat lain pun sumbang, tp petronas bijak, pro dia hebahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Guinness Book World Records tertinggal ker kes nie?....kita dah ada perdana menteri wanita pertama kat malaysia nih? |
|
|
|
|
|
|
|
A hero welcome........?
Sungguh pelik........ |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden UNI-MLC, Mohamed Shafie Mammal berkata, operasi pemindahan itu dijalankan dengan lancar tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik mereka yang berkenaan.
"Hanya seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa patriotik mampu mengambil tindakan yang sesuai untuk semua rakyatnya dan pihak yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
bila sepanjang masa bersikap perkauman, sesekali buat untuk semua tak kira siapa memang boleh dianggap satu kejayaan besar... |
|
|
|
|
|
|
|
beritanya kata begini...
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang RM2 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi pasukan itu mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.
tapi gambarnya begini...
mana pergi pesawat hercules? gambar belakang tu pesawat MAS....
p.s.: penyayang sungguh makcik berbaju pink itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
bila sepanjang masa bersikap perkauman, sesekali buat untuk semua tak kira siapa memang boleh di ...
petola Post at 9-2-2011 08:57 
iyerlah tu pemimpin berjiwa rakyat... nasib baik ada rakyat dah balik baru kerajaan buka mata.
kalau betul2 ikhlas kenapa orang yang dah balik sendiri tak terima bantuan pun? |
|
|
|
|
|
|
|
beritanya kata begini...
tapi gambarnya begini...
mana pergi pesawat hercules? gamb ...
zidlan Post at 9-2-2011 08:57 
Rosmah paling di depan |
|
|
|
|
|
|
|
2 juta tu celah gigi je bagi petronas... hangpa tau tak berapa juta dia taja mercedez gp? |
|
|
|
|
|
|
|
Rosmah paling di depan
hack3line Post at 9-2-2011 09:02 
Menteri Mentor Malaysia....  |
|
|
|
|
|
|
|
2 juta tu celah gigi je bagi petronas... hangpa tau tak berapa juta dia taja mercedez gp?
cecari Post at 9-2-2011 09:05 
3 juta? |
|
|
|
|
|
|
|
Mati mati aku ingat najib ikhlas suruh TUDM bawak balik! 
Taja rupe rupe nye!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Mati mati aku ingat najib ikhlas suruh TUDM bawak balik!
Taja rupe rupe nye!!!
mallcop Post at 9-2-2011 09:09 
kalau tak top-up nanti ada pesawat yg tak boleh terbang sebab takda duit nak beli minyak... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak top-up nanti ada pesawat yg tak boleh terbang sebab takda duit nak beli minyak...
petola Post at 9-2-2011 09:12 
harga minyak di Jeddah mahal kot....  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak top-up nanti ada pesawat yg tak boleh terbang sebab takda duit nak beli minyak...
petola Post at 9-2-2011 09:12 
Tu yang pi sambut yang balik naik MAS tu buat ape! Sambut lah yang balik naik TUDM! Hampeh! Nak glamor tol!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# mallcop
Putera saudi taja 2 Jumbo... dah jimat banyak dah tu..  |
|
|
|
|
|
|
|
Tu yang pi sambut yang balik naik MAS tu buat ape! Sambut lah yang balik naik TUDM! Hampeh! Nak ...
mallcop Post at 9-2-2011 09:14 
mas, air asia semua tu nanti akan hantar invois kat gomen
dah kata gomen tanggung diorg klaim ler... |
|
|
|
|
|
|
|
TUDM ulang alik Cairo Jeddah kan? Air Asia ngan MAS Jeddah KL. C-130 tak cukup range Jeddah KL. LAgipun, C-130 mana ada seat macam 747. |
|
|
|
|
|
|
| |
|