CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2887|Reply: 2

Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter

[Copy link]
Post time 5-2-2011 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by avrilizana at 5-2-2011 20:56




Untukmeraikan kegemilangan penyanyi lagenda Francissca Peter dalam industri muzik Malaysia, Eye Design dengan bangganya mempersembahkan "Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter".

Ini merupakan persembahan pertama bagi penyanyi solo bukan Melayu membuat persembahan konsert di Istana Budaya. Konsert berprestij ini akan berlangsung di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 5hb dan 6hb Februari 2011, dari jam 8.30pm ke 10.45pm.

EyeDesign menjanjikan sebuah persembahan yang menarik yang membanggakan arahan En Chandra Shegar, Penerbit Eksekutif bagi konsert ini.

Dato'Hj Ramli MS, pengarah muzik tersohor Malaysia, akan memimpin 33 pemuzik orkestra dengan menampilkan 33 lagu-lagu popular nyanyian Fran sepanjang perjalanan beliau di dalam bidang seni. Konsert ini juga akan menggabung kembali gandingan Fran bersama Royston Sta Maria dan juga persembahan istimewa bersama Imran Ajmain.

Antara 33 buah lagu yang bakal dipersembahkan pada malam tersebut adalah "Sekadar DiPinggiran", "Kerna Terpaksa", "Aku Kehilangan Mu", "Oo La La Tropika"dan banyak lagi.

Sebahagian dari hasil keuntungan jualan tiket akan disalurkan kepada dua badan kebajikan iaitu International Aid Organization World Vision dan Yayasan Salam. Kini, World Vision di Malaysia telah melantik Francissca untuk menjadi duta mereka selama 6 tahun berturut-turut.

Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.francisscapeter-con
cert.com/
dan http://www.ticket2u.biz/ atau hubungi talian Hotline
+603 4147 8600. Harga tiket adalah RM99, RM149, RM189, RM239 dan RM299.

Pada konsert ini, Eye Design akan menjual beberapa barangan ekslusif. Antaranya adalah kompilasi kesemua album Francissca Peter dalam bentuk'box set' pada harga yang istimewa. Tawaran ekslusif ini yang dikeluarkan oleh Warner Music, hanya boleh dimiliki di Istana Budaya pada kedua-dua hari konsert dan tidak akan didapati di mana-mana kedai muzik.


Macam "peace" tp bukan..hehehe.. masa ni tgh nyanyi lagu "Aku Hanya Pendatang"
ada lirik "Dijadikan perlambangan.. Tanda setianya percintaan.. Dua insan"


Manan Ngah - the man behind the beautiful music & lyrics






Remember this guy? Royston Sta Maria


"Siapa dia..sebelum daku"


more pics coming up later
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2011 10:43 PM | Show all posts
lor apesal later...dah habis kodak ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2011 11:03 PM | Show all posts
lor apesal later...dah habis kodak ke
mrsakit Post at 5-2-2011 22:43


sbb byk giler.. kat fb pun dah upload sikit.. kalo nak tengok jemput la click - http://www.facebook.com/album.php?id=685142550&aid=266887
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.083193 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list