CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1607|Reply: 0

Lulus LPF Tanpa Sebarang Potongan, Man On The Run Papar Kisah Skandal 1MDB

[Copy link]
Post time 18-10-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Penerbit Man On The Run (MOTR), Fabian W. Joseph tidak menyangka naskhah tersebut diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi tayangan di Malaysia.


Pada awalnya, pihak produksi berdepan kegusaran kemungkinan filem dokumentari mengenai skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) itu bakal berdepan kesukaran untuk ditayangkan di pawagam.


Namun selepas melalui proses LPF, filem arahan pengarah dari Korea iaitu Cassius Kim itu diluluskan 100 peratus tanpa sebarang potongan.




Foto: mStar




"Kami melalui proses standard untuk memohon LPF... sejujurnya kami tidak mendapat sebarang bantahan dan kami juga agak terkejut.


"ada mulanya kami merasakan naskhah ini tidak lulus untuk ditayangkan di pawagam tetapi akhirnya kami dapat kebenaran untuk menayangkan filem ini di pawagam.


"Cerita ini perlu dikongsi dan ditonton kerana berkaitan dengan rasuah dalam negara. Anak-anak kita perlu tahu apa yang pernah terjadi di Malaysia," katanya kepada mStar.


Fabian berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana Man On The Run yang diadakan di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.


Berkongsi cabaran sepanjang pembikinan dokumentari ini, Cassius berkata kisah skandal global ini perlu digarap sebaiknya kerana ia membabitkan beberapa tokoh negara.


Malah, dia perlu mengatur jadual menemu bual individu terlibat dalam skandal ini termasuklah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


"Saya rasa cabaran utama kami adalah bagaimana mahu menggarap kisah skandal global ini menjadi sebuah filem.


"otongan filem pertama sekitar hampir 4 jam... ia bukan hanya sekadar memaparkan skandal 1MDB tetapi termasuk evolusi politik yang berlaku di Malaysia.


"Kami juga berdepan kesulitan untuk mendapatkan masa yang sesuai bagi menemu bual Najib,” ujarnya.


Ditanya adakah pihak produksi menerima sebarang ancaman sepanjang proses menghasilkan filem ini, Fabian memberitahu dia menerima kerjasama baik daripada semua pihak.


"Kami tidak menerima sebarang ugutan sewaktu menghasilkan filem ini tapi kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga.


"Tiada sebarang gangguan sepanjang penggambaran dan semua pihak memberikan kerjasama dengan begitu baik.


"Tujuan filem ini bukan untuk menunjukkan keburukan Malaysia tetapi hanya mahu menceritakan kisah sebenar yang berlaku di negara kita, mungkin disebabkan itu kami tidak berdepan dengan banyak masalah,” katanya.


MOTR memaparkan kisah benar mengenai amalan rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.


Ia turut membabitkan individu yang dikehendaki iaitu Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri yang merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi 1MDB.


Filem MOTR ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula Khamis ini. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
akku78875akku
Views : 1111 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 2526 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 3436 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 1.430347 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list