Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
100916
View
408
Reply

[Makanan & Minuman] MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA

[Copy link]

Author: masarju    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 29-11-2018 11:51 AM | Show all posts
Resepi Korean Spicy Chicken

Rasa: Manis-manis masam dan pedas ala2 samyang

Goreng ayam celup tepung macam biasa

Bahan untuk sos "Korean Spicy Yangnyeom"

3 ulas bawang putih
2 - 3 sudu cili kering kisar
Tumis 2 bahan ni sampai cili masak
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 - 2 sudu jus lemon
2 - 3 sudu madu
Garam gula secukup rasa
Bijan disangai

Tumis lada dan bawang putih sampai garing. Masukkan tomato sos, cili sos, lemon jus, madu, garam dan gula.

Kalau nak pedas lebihkan lada. Gula tu agak agak jek sebab Kita dah letak madu. Korang rasa dulu macam mana.

Bila sambal dah garing, masukkan ayam tadi. Gaul rata. Pastu tabur bijan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:24 PM | Show all posts
Nasi goreng petai


Bahan bahan:
Nasi putih
1 genggam ikan bilis - goreng garing
1 genggam petai - hiris dan goreng
3 biji telur
Garam


Bahan tumbuk:
5 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
4 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih


Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan. Goreng pula petai seketika dan angkat. Ketepikan..


Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan telur. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rata.


Masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng. Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas panas.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:28 PM | Show all posts

Nasi Goreng Pattaya

  • Bahan untuk nasi goreng:
    • 2 cawan nasi putih
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 5 ekor udang, buang kulit
    • sedikit isi ayam, potong kiub
    • 1 biji bawang merah, hiris nipis
    • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
    • sedikit sayur campur
    • 1/2 ketul kiub ayam
    • serbuk lada sulah
    • sedikit kicap cair
    • timun, untuk hiasan
    • tomato, untuk hiasan
  • Bahan untuk salutan atau telur dadar:
    • 2 biji telur ayam
    • secubit garam


Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
  • Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
  • Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:04 PM | Show all posts
Edited by riy at 25-2-2019 03:06 PM

KEK PISANG KUKUS
Resepi Oleh : Amydanish
Rujukkan : Yatie



Bahan-Bahan
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4cwn gula ~ jika suka manis boleh letak 1 cawan
1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
1 cwn pisang dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 sudu kecil esen pisangsecubit garam

Cara-Cara
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan secubit garam .
Ketepikan dulu.
Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang.
Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi.
Akhir sekali tambahkan esen pisang.
Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega.
Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.


*sumber : https://norazlitaaziz.blogspot.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:09 PM | Show all posts
CURRY CHICKEN PIE
Adaptasi daripada resepi Chicken Pie
By: Pu3bay




Doh
150gram butter - ita letak 230 gm butter
280gram tepung gandum - ita letak 350 gm tepung
1 biji kuning telur dipukul - ita tak letak
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus
sedikit air ice - ita tambah

* adunan ita lebihkan kerana ita buat dalam bekas pie yg besar.

Gaulkan tepung dengan gula halus  dan garam hingga rata.
Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.






*sumber ; https://norazlitaaziz.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ctaf at 20-6-2019 09:55 AM

Semalam try masak resepi rojak mee.guna resepi bawah ni.tp ikut my tekak lagi sedap kuah kacang.

Tips dari saya:
1-lagi pedas lagi sedap
2-kuah rojak ni mesti manis,bila kurang manis tak kaw
3-kuah mesti tak pekat tak cair.dia bila panas nmpk cair once dah sejuk kuah jadi pekat.
4-lagi sedap buat semalaman
5-rasa lebih kurang kuah kacang tp i lagi prefer kuah kacang
6-mesti masak lama api kecik dan selalu kacau.so bawah tak berkerak dan supaya kuah tahan lama.ni juga utk elak cirit birit.



Bahannya:

1/2 kilo keledek ( seelokkya keledek kuning)*
125 gm udang ( lagi sedap udang yang kecil tu)*
125 gm kacang tanah digoreng ( klu nak senang gaul kacang dgn sedikit myk dan goreng)*
10 ~ 15 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan )*
3 ulas bwg putih*
2 bj bwg besar( klu guna bwg kecil dalam 15~20 bj)*
2 sdu bsr asam jawa yang tlh diperah dgn 1/2 air tapis
1/2 cwn gula ( klu x suka manis bole kurangkan)
sedikit garam
5~ 8 keping biskur marie direndam dgn sedikit air putih.

Cara:

1. Goreng cili kering,bwg besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dgn sdikit myk.Bila dah layu
    angkat.ketepikan.  
2. Rebus keledek.Bila dah empuk kisar bhn bertanda* keledek,udang,bawang putih,bwg bsr,cili
    kering  dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat.(Uj kisar menggunakan FP)
3. Add dalam periuk bersama 4 cwn air dan masak sehingga mendidih.( boleh tambah mengikut
    tahap kecairan yang dikehendaki )
4. Bila dah mendidih addkan air asam jawa tadi.Addkan juga gula dan garam.Kalau rata sehingga
    kedasar periuk.  
5. Bila dah seimbang kesemua rasanya addkan biskur marie yang telah direndam tadi.Masak lagi
    sehingga 35~45 minit.Sentiasa kacau kuahnya kedasar periuk.Jika menggunakan keledek yang
    berwarna putih dan kuahnya agak pucat bole addkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau
    rata.( macam kuah mamak tu ade kaler oren)
6. Bila semua rasa dah seimbang bolelah diangkat.

resepi kredit to: http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/2013/06/rojak-mee-kuah-pasembur.html?m=1

P/s:tips tu dari pengalaman saya sndr ya bkn dari blog.thank you!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Rojak Kateh Terengganu

Bahan-bahan
1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak sket)
1 senduk kecil lada giling
2 senduk kecil cuka makan
Segenggam asam jawa (campur air dan di ambil jusnya)
1 keping gula nisan'/gula anau/gula melaka (kalau tak der sgt guna la gula merah)
Sedikit garam & gula

Cara-cara
Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan'/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh nih ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ianya mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.
Siap! Rojak kateh nih sedap di makan begitu saja atau di cecah ngan keropok. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari, lagi perghhhh!

* Nota: Rojak kateh yang original menggunakan urat/gelatin dari kaki lembu yang telah dibakar dan kemudiannya di rebus. Dan juga adakalanya di campur dengan lidah lembu.

c&p: www.shikinrazali.com


250px-YosriRojakKateh1.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.075588s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list