|
assalamualaykumm semua,
saya ada 1 soalan.. saya nak bertanya kepada yg ariff
soal iblis, syaitan dan jin.
Iblis adalah ketua nya.
yg derhaka itu iblis.
Jin pula adalah pengikutnya.
so kita tahu 2 entiti ni adalah wujud
yang saya musykil.. SYAITAN.
adakah syaitan ini wujud dalam bentuk?
atau syaitan adalah perlambangan kepada sikap keji? perkara buruk? segala yang buruk bagi kejadian di alam ini?
ada tak ayat2 QURAN atau hadith yang memberi gambaran tentang bentuk syaitan?
selama ini kita, asyik kata syaitan syaitan setan .... tapi apa itu syaitan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Hakikat dan sifat jin:
Jin adalah roh daripada perkara ghaib yang tidak kita ketahui tentang kewujudannya kecuali melalui pemberitahuan yang benar, kita juga tidak akan dapat mengetahui tentang hakikatnya dan sifatnya kecuali daripada jalan dirinya, telah datang kepada kita berita yang benar, iaitu: daripada Rasulullah s.a.w. -menyebut separuh daripada hakikat mereka dan sifat mereka. Telah diterangkan di dalam al-Quran al-Karim sifat-sifat seperti yang berikut :
1-Sesungguhnya mereka bersifat dengan selain dari sifat malaikat dan manusia, mereka dijadikan dari lidah api, daripada campuran api, Allah ta'ala berfirman:
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Allah menciptakan jin dari nyala api.
(Surah al-Rahman: 14-15)
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.
(Surah al-Hijr: 26-27)
Dan berfirman Allah taala ketika menyuruh mereka sujud kepada Nabi Adam:
Berkata "apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada adam) di waktu aku menyuruhmu?" menjawab iblis, "saya lebih baik daripadanya: engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia engkau ciptakan dari tanah."
(Surah al-A'raf: 12)
2-Sesunguhnya jin adalah makhluk yang diciptakan sebelum daripada manusia, telah terdapat berulang-ulang kali ayat yang menunjukkan tentang perkara tersebut, kisah Nabi Adam yang disebut dalam al-Quran berulang-ulang kali telah menerangkan: sesungguhnya iblis ialah daripada jin, sesungguhnya telah ada sebelum Nabi Adam a.s.
3-Sesungguhnya mereka berantai-rantai, mereka mempunyai zuriat, telah berfirman Allah ta'ala:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turun-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.
(Surah al-Kahfi: 50)
4-Sesungguhnya daripada kedudukan mereka: sesungguhnya mereka melihat kita daripada keadaan yang kita tidak boleh nampak mereka, berfirman Allah ta'ala pada sifat syaitan dan seumpamanya, mereka daripada jin sepertimana yang diulang dalam al-Quran:
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari kedua pakainnya untuk memperlihatkan kepada kedua-dua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak biasa melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Surah al-A'raf: 27)
5-Sesunguhnya mereka adalah makhluk yang terdiri daripada kumpulan yang berilmu dan berpengetahuan, mempunyai kemampuan dan pilihan, maka mereka pada keadaan itu adalah sama seperti manusia. Mereka adalah "mukallaf" dengan beriman dan beribadat, bersalahan daripada kafir dan maksiat, dikumpulkan oleh Allah padanya diantara jin dan manusia, firman Allah ta'ala:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. 
(Surah al-Dzariyat : 56-5 Firman Allah :
Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah golongan orang-orang yang kafir.
(Surah al-An'am : 130)
Firman Allah :
Katakanlah "sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.
(Surah al-Isra' : 8
6. Jin dibahagikan kepada 2 jenis: iaitu islam dan kafir, yang kafir daripada mereka adalah syaitan, mereka adalah tentera kepada syaitan yang besar iaitu iblis yang dilaknat, yang pertama melakukan maksiat perintah tuhannya daripada jin, yang pertama kufur dengan nikmat Allah daripada mereka, berfirman Allah ta'ala:
Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi Neraka Jahanam. (Surah al-Jin: 14-15)
7-Sesungguhnya mereka akan dibangkitkan pada Hari Akhirat. Maka akan dihitung segala amalan mereka, berfirman Allah ta'ala:
Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): " Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia," lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusiaa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu telah engkau tentukan kepada kami". Allah berfirman, "Neraka itu adalah tempat diami kamu, sedangkan kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu maha bijaksana lagi maha mengetahui. (Surah al-An'am: 12
8-Sesungguhnya bagi mereka kemampuan yang besar dan kemahiran dalam pembangunan. Maka Allah telah mempermudahkan bagi Nabi Sulaiman jin yang tunduk baginya bekerja membina istana, menyelam ke dasar laut, pekerjaan pembangunan yang dapat kita lihat dan pekerjaan kesenian. Berfirman Allah ta'ala:
Kemudian kami tundukkan kepadamu angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya. Dan (kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam.(Surah al-Saad: 36-37)
9-Sesungguhnya sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan, mereka telah mencuri mendengar daripada mulut-mulut malaikat daripada langit, dan mereka telah pindahkan khabar itu kepada manusia di bumi.
10-Sesungguhnya bagi mereka kemampuan ke atas bertukar rupa yang memungkinkan bagi kita melihatnya dengan pandangan manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 19-1-2011 08:11
bismillah,
secara falsafahnya, memang boleh mcm2 kita elemenkan syaitan itu kepada mcm2.....
kerana itu falsafah adalah berbahaya dlm mempersoal perkara ghaib sekalipun ia nampak seakan2 benar...
namun, secara nas dan dalil, kita sebagai ahlussunnah menerima syaitan itu sebagai makhluk ghaib, bukan simbol atau lambang2 tertentu di dunia ini. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke syaitan tu adalah jin yang ikut iblis? Setahu aku ni la, sebab bukan semua jin ikut iblis.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan adalah watak yang paling melucukan dan pada masa yang sama, menyedihkan. Satu watak yang seringkali dipersalahkan apabila manusia2 berbuat kesalahan. Ia-nya dolu2 susah nak dijumpai, tetapi kini sudah dapat dilihat dengan mudah olih kebanyakkan orang di dalam filem2, majalah2 seram/mistik dan kitab2. |
|
|
|
|
|
|
|
Iblis adalah dari jenis jin
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. (18:50)
Jin adalah makhluk, ada yang Islam dan ada yang kafir
Syaitan adalah yang menyesatkan, samada dari manusia atau jin. (Surah An-Nas) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut pendapat Ahli Sunnah,
mana yg lebih baik lawan dgn Ahli Sunnah juga ke atau mengalah ...
mr_evergreen Post at 19-1-2011 09:42 
Lebih baik bebaskan diri dari sebarang label2, dan jadi fitrah asali sebagaimana bayi2 yang baru dilahiran. Suci murni tanpa sebarang jenama2 dan cerita2 duniawiyah. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik bebaskan diri dari sebarang label2, dan jadi fitrah asali sebagaimana bayi2 yang baru dilahiran. Suci murni tanpa sebarang jenama2 dan cerita2 duniawiyah. ;)
Mr_Beruk Post at 19-1-2011 09:50 
kalau type perkataan mengalah je kan senang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitihawa at 19-1-2011 16:27
baru dengar ceramah minggu lepas,
manusia = ada roh dan jasad
binatang = ada jasad sahaja
jin /malaikat = ada roh sahaja
manusia diperbuat dari tanah liat
jin/malaikat dari cahaya
setan/iblis dari api
masa kita sedar hidup = roh dan jasad sekali dalam diri
masa kita tidur/koma (tak sedar diri) = roh keluar & masuk (keluar tak habis dan masuk semula) dalam badan kita
masa kita mati = roh keluar dari badan/jasad
semasa kita buat jahat, bermakna nafsu kita melebihi akal
semasa kita buat baik, nafsu kita paras bawah akal . akal lebih tinggi dari nafsu
yang akan buat keputusan selepas akal dan nafsu kita berlawan2 adalah hati.
maaf kalau silap, mesti saya silap dengar apa yg ustaz tuh berikan  |
|
|
|
|
|
|
|
baru dengar ceramah minggu lepas,
manusia = ada roh dan jasad
binatang = ada jasad sahaja
jin / ...
sitihawa Post at 19-1-2011 16:25 
kalau boleh disertakan ayat Quran atau hadith yang menerangkan
bahawa syaitan adalah dari api...
sebab saya sangat ragu... jika ada kwn2 yg boleh beri pencerahan
takut dah nak salahkan syaitan padahal itu kerja iblis...
yang setan sebenarnya adalah nafsu sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh macam2 info dlm thread ni ade |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.
Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas mengucapkan Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina
Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.
Dari Jabir r.a katanya:Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mr_evergreen at 25-1-2011 08:38
ada ke syaitan mengaku dia jahat dan buat jahat pada manusia??
370 |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang kata syaitan ialah syatan (iblis)
Jin ada lah jin. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua, aku ada sedikit info berkaitan jin,syaitan dan iblis tetapi memerlukan sedikit masa untuk aku ringkaskan supaya korang boleh faham. Secara ringkas ini yg aku boleh bg tahu dahulu.
Al-Qurthubi menyatakan: Ulama berselisih faham tentang asal-usul jin. Ismail meriwayatkan dari Hasan Al-Basri: Jin adalah keturunan iblis sedang manusia dari keturunan Adam. Di antara kedua-dua golongan ini ada yang beriman dan ada yang ingkar(kufur).Keduanya sama-sama menerima pahala dan hukuman.Mereka yang beriman dari kedua golongan ini adalah wali Allah, sedang yang ingkar adalah kafir dan dia adalah syaitan.
Ad Dhahhak meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa jin adalah keturunan Aljaan. Mereka bukan syaitan.Mereka ada yang beriman dan ada juga yang ingkar dan kafir.Syaitan adalah keturunan iblis.Mereka tidak akan mati sebelum iblis dan kelak akan mati bersamanya.
Ulama juga berbeza pendapat tentang masuknya jin yang beriman ke dalam syurga. Mereka yang berpendirian bahawa jin adalah berketurunan Aljaan dan bukan keturunan iblis berpendapat mereka akan masuk syurga kerana mereka telah beriman. Adapun mereka yang berpendirian jin dari keturunan iblis terbahagi kepada dua pendapat:
Mereka tidak akan masuk syurga meskipun tidak diseksa di dalam neraka.
Pendapat Imam Hasan Al-Basri, mereka akan masuk syurga. Demikian riwayat Al-Mawardi dan juga Al-Qurthubi. |
|
|
|
|
|
|
|
wujud ke " sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia" |
|
|
|
|
|
|
|
wujud ke " sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia"
mix_chinese Post at 25-1-2011 12:44 
Hadith melayu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# mix_chinese
sy belum jumpa hadis yg boleh menyokong ungkapan ini, pada pendapat sy ia lebih kepada ungkapan darjat iaitu darjat manusia lebih tinggi daripada jin. Disini sy sertakan komen dari forum lain berkaitan ungakpan yg sama. betul atau tidak kita boleh bincangkan..
Saya selalu terdengar bahawa Sebaik-baik Jin merupakan Sejahat-jahat Manusia, benarkah ada hadis atau pendapat jumhur para ulama yang menyatakan perkara ini. Pada pandangan saya ini adalah tidak benar kerana Jin juga merupakan makhluk Allah SWT dan Jin juga akan dibalas dengan Syurga oleh Allah SWT jika bertakwa & beramal soleh seperti firmanNya:-
1] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu [Surah Adz-Dzaariaat, Ayat 51]
2] Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan. [Surah Al-An'aam, Ayat 132]
3] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai. [Surah Al-A'raaf, Ayat 179]
4] Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan, dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun) [Surah Al-Ahqaaf, Ayat 19]
5] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin [Surah Ar-Rahman, Ayat 56]
6] Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah pertunjuk untuk beriman dan beramal salih kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah pertunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat) tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu "Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal salih)" [Surah As-Sajadah, Ayat 13]
7] Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah- perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul- rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu). [Surah Al-An'aam, Ayat 130]
8] Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahikan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!". Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. [Surah Al-Jinn, Ayat 1-2]
9] Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain. Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau dimana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun). [Surah Al-Jinn, Ayat 11-12]
10] Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar. Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. [Surah Al-Jinn, Ayat 14-15]
Pada pandangan saya, seperti yang kita tahu Firaun, Haman, dan Abu Jahal merupakan contoh sejahat-jahat manusia, dan akan dimasukkan ke dalam Neraka. Sekiranya mereka ini (sejahat-jahat manusia) lebih baik dari sebaik-baik jin, tentu tiada satu pun para jin walaupun Jin Islam dapat memasuki syurga, jika benarlah dakwaan yang mengatakan bahawa Sebaik-Baik Jin Merupakan Sejahat-Jahat manusia.
Pada pendapat saya juga, para Jin Islam juga beribadah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tentunya mengharap mendapat balasan syurga Allah SWT. Rujuk Surah Adz-Dzaariaat, Ayat 51. Walaupun manusia adalah khalifah di muka bumi ini, namun jika dibandingkan dengan Firaun, Haman & Abu Jahal, taraf Jin Islam yang baik (sebaik-baik Jin) takkanlah sama dengan manusia yang dimasukkan ke dalam neraka Allah. Nauzubillah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan itue nyata bagi kamu, kalau tidak kenal akan diri kamu.. jadinya SYAITAN la kamu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|