CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6393|Reply: 59

dah tunang...tapi aku buntu!

[Copy link]
Post time 18-1-2011 06:30 PM | Show all posts |Read mode

Assalamualaikum…

Aku ada satu masalah yang bleh kata tersangat lah rumit….

Aku baru ja brtunang..bulan 11 hari tu…

Aku dah berkawan dengan tunang aku dah lama jugak…4 tahun…

W’pn aku dah berkawan dengan dia dah lama aku xdak langsung perasaan nk akhiri perhubungan aku dengan dia dengan satu ikatan….aku xdak keinginan kearah itu…bukan aku nak mainkan dia…tapi tu la realitinya apa yang aku rasa….kesian dia

hubungan aku ni bukan seperti pasangan asyik masyuk yang lain..kerana aku dah berjanji pada diri aku sendiri yg aku akan betul2 bercinta selepas kawen.......

Keluarga aku susah hati..ye la…normal kah aku ni…tp itu la yg aku rasa….

Sehinggalah aku terus didesak oleh keluarga aku disuruh bertunang walaupun hati aku ni mmg
xyakin dan xikhlas dengan pertunangan itu.

Aku bertunang pun atas dasar aku kesiankan mak aku yang sudah tua dan nak lihat aku berkahwin bukan sbb sebagai satu ikatan antara aku n tunang.

Tp tunang aku ni baik dan penyabar.

Masa hari tunang semua orang tegur aku kerana wajah aku yang murung dan seperti memikirkan sesuatu…

Mmg pun..aku tension, aku rasa aku xikhlas.,,waaaaaaaaaaa…………aku xsedar semua ttp selepas hbs majlis rakan2 aku semua menegur perkara yang sama…tiada senyuman di wajah aku…

Selepas itu aku nekad buat solat hajat dan solat istikharah mintak petunjuk dan beri aku satu kekuatan dan keyakinan. Walaupun sblm ni aku takut nk buat dan tidak pernah yakin sebab aku tak dak kekuatan.tp kali ni aku perlu berani kerana Allah maha mengetahui.

Tiba-tiba 1 hari kawan sekerja aku datang bgtau aku yang dia serabut.sgt2 serabut….sebabnya dia ada buat solat istikharah…tujuan dia buat adalah untuk mohon petunjuk dari Allah tentang 2 pilihannya..

3 kali dia buat dia nmpak aku…terkejut dengan jawapan mimpi itu sbbnya adalah 2 pilihan yang dia maksudkan adalah bukan aku..tp jawapan yang dia dapat adalah aku…

Aku tergamam…walaupun masa tu aku masih lagi teruskan solat hajat n istikharah..aku xnmpak apa2 didalam mimpi aku tapi aku telah diberi rasa yang berat hati aku pada dia…Ya Allah sangat rumit masalah aku

Kesan daripada tu aku jd murung dan xdak selera nak makan……

Sekarang ni mak dan keluarga aku dengan tunang dah desak untuk langsungkan pernikahan walaupun sebenarnya mereka xtau apa yang sebenarnya dah belaku……aku mintak tangguhkan lagi..tapi mak aku dah mula curiga sbb aku nmpak semakin hari semakin berubah….berubah dari segi kurang makan dan sentiasa murung walaupun sebelum ni aku seorang yang ceria…………..

Aku xtau nk buat pa………….tolong kwn-kwn………….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 06:49 PM | Show all posts
sile lah bercinta setelah bekawen ngan tunang u.. spt yg uols cakap kan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 07:13 PM | Show all posts
mcm mana dengan petunjuk dan berat hati tu???
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 07:14 PM | Show all posts
sila la cuba untuk menyintai tunang uols..cinta boleh dipupukkan..sian kt tunang uols...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 07:27 PM | Show all posts
adakah ko ingin menyatakan yg ko lagi suka kat opismate ko tuh ker??
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 07:28 PM | Show all posts
budak budak ckp...pilihlaa seseorg yg menyintai kita bukan org yg kita cintai....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 07:35 PM | Show all posts
Reply 3# enot_sibudak

nak nasihat tak pandai tapi kebetulan pulak pagi tadi ku ade baca artikel pasal mimpi + solat istikharah ni...jap ku cari semula k...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 07:46 PM | Show all posts
sori, agak panjang...
source: http://www.pengantin.com.my/v1/i ... task=view&id=12

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'.

Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.

Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu.

Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.



Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.


Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)


Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.


Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:



Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)


Wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2011 07:59 PM | Show all posts
sori, agak panjang...
source:



Wallahualam...
rose_liz Post at 18-1-2011 07:46 PM



tq rose!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 08:05 PM | Show all posts
Reply 9# enot_sibudak

dah baca lum?
any comment?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 08:18 PM | Show all posts
sya baca mcm2 pandangan berkenaan dengan solat istikharah.....

sya pernah rujuk pandangan ustaz...ustaz memberi komen yang membuat pikiran sya bercelaru...
yang bertambah celaru sya pernah buat solat istikharah untuk membuat pilihan tawaran jawatan, sya dapat petunjuk yg memilih jawatan tersebut dan saya dapat kemanisan dari istikharah....

sbb tu sya bertambah celaru...............

sya harap saya dapat selesaikan masalah ni..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 08:19 PM | Show all posts
Reply 1# enot_sibudak


sorry to say tp aku rasa kau da bosan dgn tunang kau la.sbb korg da kwn lama kan?
so cm naik muak sket
aku ada kwn cmtu
die tunang dgn pmpuan,pa2 lama lps tu die knl kkk aku
then cm fall in love la kan.tunang die tolak tepi
pa2 die da mcm nk putus tunang,then tah mcm tah die 'tpkse' kawin sbb nk jaga hati org
kira family pmpuan tu mendesak la
then now da kwin,but jiwa die cm tseksa je tgk
ksian die
skg ni die cm sbuk cari akak aku je,sbb cm xd feeling kt bini die
kkk aku pun xnk la lyn,da kata laki org kan
*btw jgn condem kakak aku,aku da condem die kaw kaw pny


so klau kau rasa kau xd love,feeling kt tunang kau,baik korg putus je oh
ksian tunang kau
she deserve someone who love her.
cube kau pk in the future ape akn jd kat kau klau kau xle jgk nk fall in love dgn die lepas kawin
ape kau nk buat?stay with her for the rest of ur life?xkn la kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 08:33 PM | Show all posts
dak....jemu?xjugak....sya xmemberi cinta dekat dia dgn sepenuh hati.....sbb sya nk bercinta lepas kwen...dan dia terima w'pn pada mulanya agak geram dengan sya.....

sya xkondem la kak awk myra sbb benda ni men dalam hati kdg2 hadir kita xsedar.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 09:19 PM | Show all posts
hbs cmane ko thn smpi 4 thn?tk kn 4 thn ko bole thn?mesti ko ada sikit cinta dia...cinta tu bole dipupuk.
sal solat isthikarah, aku pn pnh wat. tp aku kurang percy la kalu mimpi ni, sbb aku terbaca bkn sume org bole mimpi after isthikarah, org yg tahap betul2 warak je..
after solat isthikarah, aku tk mimpi.. tp hati aku berat ke arah pilhan aku skrg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 09:21 PM | Show all posts
hbs cmane ko thn smpi 4 thn?tk kn 4 thn ko bole thn?mesti ko ada sikit cinta dia...cinta tu bole dip ...
mssuci Post at 18-1-2011 09:19 PM



suci....aku xmimpi.....aku berat perasaan tu mcm ko.......xlepas aku dok pikir....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 09:25 PM | Show all posts
urmmmm sola hidup jugak...kdg aku rs ikt je flow....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2011 09:41 PM | Show all posts
suci dah lama ke ko kawen?hehehhe.....out of topic....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 09:49 PM | Show all posts
kalau rasa petunjuk tue betul..wat ler pilihan cepat...makin ditangguh makin serabut nti...tambah hari langsung dah makin dekat...perkara nie bukan tuk hidup ko jer...hidup tunang ko tue kena pikir gek...ko kena bagi dia faham dulu apa perasaan ko skrg...nak kawin pun tak guna gek...perasaan tak der...harap aper yg berlaku pada ko ni bukan mainan setan jer...tau jerlah bab membina mesjid setan suker jer ganggu nak menghalang...tapi ko lebih tau duduk perkara nyer...so semua ader ditangan ko cumer berani bertindak tau tidak jer...apa jua keputusan pasti ader banyak hati yg terluka...ko kena tahan ler tu sumer...kalau ko yakin insyallah akan dipermudahkan olehNya...niatnya ko perlu berlaku adil pada diri ko dan tunang ko tue...orang len tue sampingan jer...k..gud luck!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 10:54 PM | Show all posts
bersyukurla ada gak org nak kawin ngan ko wpon ko x ikhlas ngan dia... betapa bersungguh dia nakkan ko..... jgn yg dkejar x dpt yg dkendong berciciran... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 10:54 PM | Show all posts
bersyukurla ada gak org nak kawin ngan ko wpon ko x ikhlas ngan dia... betapa bersungguh dia nakkan ko..... jgn yg dkejar x dpt yg dkendong berciciran... ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Anugerah Grammy dikecam mempromosikan penyembahan syaitan
JoyahMengayahAnugerah Grammy dikecam mempromosikan pe
Views : 939 Replies : 19
Suami Miera Leyana sekat Whatsapp isteri pertama lebih setahun
aqua_marineSuami Miera Leyana sekat Whatsapp isteri
Views : 20998 Replies : 336
anak soleh
KumbangPoIkaDotanak soleh
Views : 6643 Replies : 53
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 16920 Replies : 83
Nak 1000 kacang kalau lawak..plssss
krustykrabNak 1000 kacang kalau lawak..plssss
Views : 3207 Replies : 33
berita baik berita buruk
budi_jentayuberita baik berita buruk
Views : 9643 Replies : 63
[SALAH FAHAM]
Laracrop[SALAH FAHAM]
Views : 9092 Replies : 60
Hati hati bakar lemang takut rentung jadi arang
Lavender85Hati hati bakar lemang takut rentung jad
Views : 11896 Replies : 30
Aduh, sakit kepala bapak!!
chicozinnAduh, sakit kepala bapak!!
Views : 8749 Replies : 38
[JANGAN PUSING BELAKANG]
Laracrop[JANGAN PUSING BELAKANG]
Views : 6627 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-2-2023 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.205575 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list