|
View: 21593|Reply: 97
|
[Tempatan]
Felda, Muhyiddin telah dikantoi oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit sendiri?
[Copy link]
|
|
|
Edited by maklukpenggoda at 29-1-2026 01:20 PM
DATUK Dr Marzuki Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sempat menyediakan geran tahunan kepada Felda selepas melupuskan hutang peneroka.
Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin menjelaskan, ini kerana Muhyiddin telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2021.
Menurutnya, pelupusan hutang peneroka selesai pada 2021 namun geran tahunan kepada Felda paling awal bermula 2022 dan ketika itu Muhyiddin tidak lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Mereka kata Tan Sri Muhyiddin tak tandatangan geran untuk Felda sebanyak RM990 juta setahun. Itulah kesilapan Muhyiddin. Lupus hutang peneroka tapi tak bagi duit kepada Felda.
“Mereka ni lupa kot. Selesai lupus hutang tahun 2021. Maka geran tahunan kepada Felda paling awal pun bermula tahun 2022. Muhyiddin terpaksa berhenti tahun 2021 sebab digoncang oleh puak-puak depa.
“Macam mana Muhyiddin nak sediakan geran tahunan kepada Felda untuk tahun 2022, 2023, 2024 dan seterusnya kalau dia dah berhenti tahun 2021?,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Sumber: Malaysiapost
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nobody cares...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat group generasi ke2 felda kecoh pasal ni.
So ada jumpa post ni utk sapa2 yg tak faham isu hutang felda ni.
Isu hutang Felda panas balik bila TS Muhyiddin saman DS Anwar. DS Anwar pula balas dengan tunjuk bukti dokumen dan minta Muhyiddin pula minta maaf
Siapa betul? Baik, saya cerita kemudian masing-masing pandailah buat kesimpulan sendiri
Pertama, Felda memang bagi pinjaman kepada peneroka. Untuk penanaman semula, beli baja, buat rumah, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Tapi Felda tak ada duit. Maka Felda buat hutang (sukuk) supaya dia boleh bagi hutang kepada peneroka.
Peneroka pula pinjam dengan Felda sebab kadar keuntungan (faedah) rendah. Nak pinjam dengan bank tak lepas sebab peneroka ini bukan kerja kerajaan.
Basically Felda ni macam orang tengah / penjamin saja. Tak ambil untung pun.
Kaedah ni dibuat bermula tahun 2009. Zaman DS Najib Razak.
Hutang-hutang ini akhirnya semakin bertambah sebab peneroka makin banyak meminjam dan ada juga yang culas nak bayar. Jadi ia menyukarkan Felda sebab Felda guna bayaran hutang ini untuk bayar balik pinjaman dia kepada bank dan KWSP
Tahun 2021, hutang ini semua dah jadi RM8.3 bilion. Maka Muhyiddin pun umum nak hapus hutang-hutang ini.
Tapi setakat umum hapus hutang ini hanya bermakna beban hutang peneroka ditanggung pula oleh Felda. Maka Muhyiddin pun umum kerajaan akan buat sukuk bernilai RM9.9 bilion untuk bantu Felda
Tetapi sampai habis tamat jatuh kerajaan dua kali pun, ia tidak berlaku.
Apabila Anwar jadi PM, dia menyempurnakan kerja Muhyiddin ini dengan isytihar kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun kepada Felda supaya penghapusan hutang peneroka ini selesai sepenuhnya tanpa ditanggung oleh mana2 pihak. Baik peneroka, baik Felda semua selamat.
Tapi kalau tanya saya, saya tak setuju penghapusan hutang secara pukal
Sebab jumlah hutang peneroka ini semuanya berbeza. Ada mungkin hutang RM10 ribu. Ada mungkin hutang RM100 ribu
Ada pula yang culas nak bayar. Ada yang konsisten bayar walaupun terpaksa kerja siang malam. Ada pula yang dah bergolok gadai habis bayar hutang belaka.
Maka penghapusan hutang ini sebenarnya bagi saya tidak adil terutama kepada mereka yang berdisiplin bayar dari awal. Dan seolah satu reward besar serta petanda bahawa kalau kita hutang kerajaan ni tak bayar pun tak apa sebab nanti ada PM akan hapus juga
Benda inilah yang berlaku kepada PTPTN
Sepatutnya penghapusan hutang ini didahulukan kepada mereka yang membayar secara konsisten. Serta cashback kepada mereka yang dah pun selesai membayar hutang.
Atau jumlah RM10 bilion yang kerajaan janji itu dibahagikan samarata kepada peneroka. Dan diberi kepada mereka selepas ditolak hutang berbaki yang ada.
Masalah pemimpin kita hari ini adalah ramai yang cuma tahu nak populis tanpa sedar apa kesan kepada negara dan walaupun tak reti siapkan kerja
----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Btw mmg ramai anak2 peneroka yg tak puas hati pasal pelupusan hutang ni terutama bagi bapa dorang yg tak culas membayar hutang.
Depa rasa mcm tak adil laaa yelaa bapak dorang bayar elok2 kalau tau gomen nak hapuskan baik takyah bayar mcm peneroka yg lain buat tu. biasanya kalau tanak bayar peneroka tak hantar buah kat felda depa pi jual kat luar so tak kena la potong hutang felda tu.
Ya ramai je buat gini ada juga yg awal bulan je hantar kt felda tgh bulan jual kat luar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
soalnya...
peneroka dah berhutang, kenapa x nak bayar..
harga minyak masak sawit 5 KG naik dari RM13.50 ke RM4X dan la ni mungkin RM29..
bermakna la ni, harga sawit naik..
pendapatan peneroka (yg dok kat luar bandar - kos sarahidup lagi rendah dr miskin bandar) lebih tinggi la ni
gomen allocate duit utk bantu F&LDA sbb utang peneroka write-off
--
patutnya duit yg gomen bagi f$lda tu digunakan utk kegunaan keseluruhan 33 juta rakyat Mesia, bukan guna utk peneroka shj
tak pasal2..
33 juta relyat Mesia tanggung utang peneroka Pilda..
peneroka pilda mungkin ratus ribu..
--
ini yg patut forumer carik jadikan isu kritik Abahcow..
Abahcow memandai nak wirte off utang peneroka..
so, terpaksa lah DSAI bantu P$lda yg da menggelupur cash flow ke laut
so, nak undee Pee Een lagi..
bodo kome ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hutang tu lupus ke x lupus ker x memberi2 apa kesan pd pihak yg x terlibat Dan peneroka felda. Itu da kira hutang lapuk dah. Dlm terma akaun hutang lapuk ni kira burn lah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak tolong billion2 bayor utang peneroka yg ada tanah berekar ekar..
mcmana dgn miskin bandar, orang kampung...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 26-7-2023 08:14 AM
masalahnya...
duit yg gomen tolong cash flow F$lda tu adalah duit 33 juta rakyat Mesia..
dengarnya antara utang tu adalah pinjaman baiki or besarkan umah dan ada forumer kat sini kata biayai kos tanam semula getah/ sawit
so, ko dah pinjam duit dr p$lda utk baiki atau besarkan umah, umah ko da cantik.. lepas tu write off utang untk cantikkan umah ko
ada ke rakyat Mesia yg lain (bukan peneroka) yg gomen sanggup bayarkan loan umah depa?
coba tanya orang2 bandar yg loan beli umah kat bandar..
kos tanam semula pinjam duet p$lda, kmdn x perlu bayar, ko kutip jer hasil.. kos x keluar
banyak canteek muka ko..
umpama..
ladang sawit/ getah = kilang
kos tanam semula kat ladang = kos bina kilang
dlm kes ni..
kos bina kilang tu gomen tanggung
hasil, peneroka kutip bersih
why not x offer semua rekyat Mesia kemudahan cam ni
--
bongoknya Abahcow yg initiate write off utang peneroka ni..
RM8 billion yer
korang 33 juta rekyat Mesia redha ke kita semua pikul utang gomen yg bertambah akibat write off utang peneroka ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 25-7-2023 11:46 PM
Kat group generasi ke2 felda kecoh pasal ni.
So ada jumpa post ni utk sapa2 yg tak faham isu hutang ...
Tq. Baru paham. Actually awal2 lagi bila sebut hutang, tp gov nak hapuskan pun dah sound tak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 26-7-2023 12:03 AM
Hutang tu lupus ke x lupus ker x memberi2 apa kesan pd pihak yg x terlibat Dan peneroka felda. Itu d ...
Biar betul tak de kesan kalau federal government bagi komitmen utk byr berbillion. Duit tu boleh upgrade kita punya infrastructure yg bagi kebaikan bukan pada golongan tertentu je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ya btoll..
asek2 peneroka P$lda...
yg kita ni dah ler melopong tengok..
tak pasal2 sama2 tanggung utang peneroka plaks aka utang negara bertambah sbb gomen allocate duit write off utang..
naper bongoknya Abahcow initiate pi write off utang tu..
dah utang, bayar lah..
yg mati syahid, kalo ada utang, x bole masuk syurga tau
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 26-7-2023 12:33 AM
ya btoll..
asek2 peneroka P$lda...
Ya, hutang patut kena bayar. Walaupun sikit2. Kenapa peneroka hutang, tapi rakyat malaysia yg bayar tax ni kena tanggung. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yup btol..
patut duit tax tu guna utk kemudahan 33 juta rekyat Mesia...
tak malu ke penerockerzs ni..
pandai wat utang, bayor ler..
kita plak yg kena tanggung pertambahan utang negara
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah hutang takmo bayar...mati masuk melaka nanti, nak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 26-7-2023 08:19 AM
Tq. Baru paham. Actually awal2 lagi bila sebut hutang, tp gov nak hapuskan pun dah sound tak betul ...
Sejak dulu sampai skrg mmg acik felda selalu ditunggangi oleh ahli politik.
Org melayu paling ramai kat kawasan felda,sejak zaman dulu felda ni kubu kuat umno tp bersaing ngn pas laa.
Nak undi acik felda buatla mcm2 tawaran yg mengasyikkan depa.
PM dulu pun tabur mcm2 tau,tiba zaman abah plak hutang felda dihapuskan sebanyak 80% bukan semua yaa masih ada 20%.
Tak silap ura2 nak hapuskan hutang felda ni lama dah disebut maybe penah gak jd manisfesto tp tak ingat manifesto sapa.
So iols sbg generasi ke 2 tak pelik pun bila isu2 ni timbul tiap kali pilihanraya.
Skrg diakui pengaruh PN mmg kuat kat felda,tgk jela PRU aritu kawasan kuat BN yg byk felda kat Pahang tu semua jatuh kt tgn PN.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg sguh tak adil la pada yg amanah bayar hutang...
ni mesti kerja tangan2 yg dah hutang banyak2 tp malas bayar pastu kempen mintak kerajaan lupus hutang plak... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sblm ni tan sri idris jusoh (umno team A) jadi chairman felda... pastu baru2 ni tukar shabery cheek (umno team B - team wak jahit)
Percayalah.. ini politik dalaman umno aje yg bergasak berebut kuasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Rdizz at 26-7-2023 10:16 AM
pengecatbintang replied at 26-7-2023 08:03 AM
soalnya...
peneroka dah berhutang, kenapa x nak bayar..
Ha'a kenapa nk dump billions pd peneroka felda ja, org lain pun nak jugak duit kerajaan, camno petani, nelayan, pemandu teksi, rider, buruh.. kenapa abahcow tak nak tolongggg.
Org cina india dap pun nak jugak, kenapa melayu felda je.
Sebabnya yg melingkup felda tu geng dia jugak. Asal tu felda elok je. Tapi perompak dok jeling2, boleh ni jadi duit nih, habis digadai. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 26-7-2023 08:25 AM
Biar betul tak de kesan kalau federal government bagi komitmen utk byr berbillion. Duit tu boleh u ...
Paling lekeh pun buat lah hospital baru atau tambah fasiliti kesihatan, tambah staf kesihatan, rakyat kebayakan ni perlu sgt servis kesihatan yg baik. Bukan pegi hospital gomen pagi, mlm baru dpt balik. Highway utara selatan tu tambah lah lorong, ni time weekend dan puncak, jem manjang. Ingat masa rakyat tu tak ada nilai, tu yg byk org depress dan mental sebab hidup serba susah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|