Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
41313
View
355
Reply

Perlu ke ada anak ramai? Jangan jadik mak bapak yg SELFISH!!!

  [Copy link]

Author: HangBuah       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-12-2010 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by HangBuah at 22-12-2010 17:10

1stly aku takde la nak menafikan keperluan naluri manusia yg mahukan zuriat sebagai:
1. meneruskan kesinambungan keturunan
2. menjadi sumber kedamaian dan hiburan jiwa
3. menjadi pengukuh kasih sayang suami isteri & keceriaan rumahtangga
4. pelaburan dunia dan akhirat..... di dunia apabila kita dah tua nanti... di akhirat apabila anak2 ni mendoakan kita

Tapi soalan aku, perlu ke nak anak ramai2 sangat? Ramai di sini memanglah subjektif dan sangat relative. Tapi untuk mempermudahkan perbincangan aku definisikan ramai ni dalam konteks kehidupan dunia moden hari ini sebagai lebih daripada 4. Mungkin korang ada definisi yg berbeza, terpulanglah.

Sebabnya, aku tengok pada satu tahap tertentu sesetengah mak bapak ni seperti tidak ada justifikasi yg betul kenapa mereka mahukan anak yg ramai. Biasanya reason yg diberikan:

1. Suka la tengok anak ramai... meriah jer
2. Bangga orang tengok anak kita ramai
3. Senang wooo hidup bila dah tua2 nanti, anak ramai2 ni yg akan jaga kita nanti
4. Keturunan aku memang keluarga besar, anak ramai... jadi aku kena pertahankan trend ni
5. Kat akhirat nanti Nabi bangga umat dia ramai

Untuk no. 1,2,3 dan 4.. inilah mak bapak yg sebenarnya mengikut hawa nafsu sendiri dan bersifat mementingkan diri. Kenapa? Sebab mereka nak anak ramai kerana keuntungan diri mereka sebenarnya.... mahu mendapat keseronokan dan ketenangan jiwa dan matanya yg memandang (maka disebut cahaya mata), mahu dipandang tinggi dan mulia oleh org lain, mahu rasa bangga dan hebat depan kawan2 dan sedara-mara, kalau yg lelaki akan rasa kejantanannya terbukti, mahu mengekalkan prestij nenek moyang yg berkeluarga besar, mahu hidup di hari tuanya senang kerana ramai yg akan menjaganya dan mahu ramai orang mendoa nasibnya di akhirat. (Segala-galanya berkisar tentang aku mahu itu, aku mahu ini, supaya aku itu, supaya aku ini, aku, aku, aku.... tapi tidak pernah tentang apa yg anak itu sendiri mahu)

Walaupun sesetengah keuntungan yg disenaraikan itu perkara yg wajar dicari, tapi secara hakikinya bukankah semua keuntungan itu pada hakikatnya lahir dari kepentingan diri si ibubapa itu sendiri? Atau kata lain, SELFISH!!! Dan perkara SELFISH ini bila berada pada tahap yg melampau, ia menjadi mudarat dan sangat menjijikkan!

DAN lebih teruk lagi, untuk mengejar keuntungan dunia dan akhirat itu, si ibubapa tergamak mengambil keputusan unilateral untuk melahirkan insan baru ke dunia yg penuh dengan pancaroba dan dugaan ini! Pernahkah ibubapa itu beri peluang dan pilihan kepada  anak itu untuk menentukan sendiri sama ada mahu lahir ke dunia atau sebaliknya??? Sudah tentu tidak. Mana mungkin, bukan? Walau kalau ibubapa itu sendiri mahu berbuat begitu jika diperbolehkan, hakikatnya memang tak boleh....kan

MAKA, pada aku, ibubapa kena buat keputusan yg bertanggungjawab... bukan sahaja bijak... sebelum menyebabkan satu insan baru lahir ke dunia ini. Ukur kemampuan diri... baik kemampuan fizikal, kemampuan spiritual, mental, material, masa dan segala-galanya terlebih dahulu sebelum suka suki nak melahirkan anak. Kerana anak-anak itu berhak kepada kehidupan yg baik lebih-lebih lagi apabila ibubapalah yg beriya-iya mahu menjemput mereka untuk lahir ke dunia ini. Sebagai tetamu yang diundang, tentulah mereka berhak untuk mendapat layanan dan kemudahan serta segala keperluan yg sepatutnya daripada tuan rumah.


Bagi hujah no. 5 iaitu "kat akhirat nanti Nabi bangga umat dia ramai".... inilah alasan yg paling bodoh, paling memperalatkan Nabi dan paling dangkal!!!.... kerana:

1. Ye Nabi suka umat dia ramai, tapi Nabi tak suruh pun engko yg beranakkan ramai2!! ini kerja kolektif, sorang sikit lama2 jadi bukit!

2. Yg Nabi suka ko jaja ke hulu ke hilir... Yg Nabi tak suka bahkan menangis tidak pulak ko highlight.... iaitu Nabi rasa sedih tengok umat dia ramai tapi takde kualiti.... ibarat buih2 di lautan yg mudah lenyap bila dipukul ombak!

3. Nabi sendiri pun anak tak ramai mana.... takde hina atau kurang mulianya di sisi Nabi kalau engko anak tak ramai

Dipendekkan cerita, ibubapa yg nak anak ramai ni kebanyakannya selfish!!!! Untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja! Tapi tidak pernah memikirkan kesan melahirkan insan baru itu terhadap insan tersebut, kesan terhadap masyarakat (yg sudah padat dgn manusia ini) dan kesan terhadap alam sekitar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 05:30 PM | Show all posts
kawin la dulu. baru pikir nak anak byk ke sikit....
x pyh la berangan jauh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 05:31 PM | Show all posts
amboi..angin ahmar nya..mcm marah2 ha
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 05:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by BingkaUbi at 22-12-2010 17:39

aku x kisah la korang nak ada anak sampai 20-30 orang, janji masa anak2 tuh membesarkan takde menyusahkan orang tagih simpati, mintak sedekah sana sini, kerah anak2 tuh keje cari duit sebab korang sendiri tak mampu nak bg makan apalagi nak antar anak2 pi sekolah.... buat malu jekk....., nak tunjuk jantan tp biler anak nk masuk sekolah sibuk tayang muka kat suratkhabar dgn anak ramai2 mintak bantuan sbb tak mampu nk sediakan apa yg sepatutnya.... bukan takat malu diri sendiri, malu gak bangsa, malu gak agama.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 05:41 PM | Show all posts
kawin la dulu. baru pikir nak anak byk ke sikit....
x pyh la berangan jauh sgt
afja Post at 22-12-2010 17:30



apja, ko dh kawin blom?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 05:56 PM | Show all posts
jgn pertikaikan rezeki yg Allah nak bagi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 06:12 PM | Show all posts
aku SETUJU..aku pling pantang org yg xmampu..pastu anak ramai,dah tu tbiar..dah tu ckp rezeki Allah bg..bg aku anak tu amanah..kalo tbia,xtjaga..kita akan dpertanggungjwbkan diakhirat kelak.aku byk tgk contoh..lahirkan anak psl pikir masa tua senang..n rasa meriah..tp tjaga ke anak tu??ada jiran aku sorg..aku cite kat dia,anak sorg cukuplah..dia ckp apelah sorg je..dia bebel2 lah..aku senyum aje..ckp mmg senang..dia xjaga anak..tggalkan umah pgasuh..pastu bila cuti pun siap runggut penat jaga anak..bosan kat umah,pening dgn budak2..dan ada hati nak tambah anak lg..yg sorg lg ipar aku..ada anak,tp tggal kat umah sedara..smggu skali baru amik..dan anak sakit pun msing2 sibuk keje..anak tggal kat situ hingga 3tahun..pastu nak ada anak lg..zaman skrg kbanyakkan org mcmnilah..maaf ckp..orang mgandung ada anak,nak gak ada anak..pastu serahkan je sume kat org..kucing pun boleh wat gitu..aku suka tgk jiran aku lg sorang..walau keje..hantar anak kat umah pgasuh..tp malam n hjung mggu pastikan masa dluangkan btol2 utk anak.

zaman skrg pgaruh rakan sbaya makin tinggi..budak2 kecik pun dah tahu pkara bukan2..ibu bapa dah bsedia ke hadapi..kdg2 nak kawal xtkawal..aku xnak jd ibu yg lahirkan anak ramai..pastu bila masing2 mbesar dgn perangai masing2 yg mcm2 pastu merungut or timbul kekesalan dalam hati.kdg2 pendidikan cukup kita dah bg..tp pgaruh kawan amat kuat..
dan yg penting aku pikir..soal kewangan..aku pikir 10 thun akan dtg..mesti sume naik..gaji naik..tp harga barang yg naik serupa mcm xpayah naik gaji...aku xnak anak aku susah..dan akhirnya diri sendiri merungut.xmesti anak menjamin kita bahagia di akhirat kelak..derma,amal jariah dan ilmu tu pun menjamin dapat saham di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 06:16 PM | Show all posts
aku kalau aku kaya n mampu (dari segi RM, masa, tenaga, kalau proses nak beranak langsung xsakit, etc2) memang aku nak anak banyak2. tapi beranak n membesarkan anak bukan senang. kalau boleh 10 anak aku, 10-10 menjadi. bukan setakat tau beranak pastu biarkan je anak tu terkontang-kanting. kalau pas beranak tu biarkan je, anak lepak katne xtau, hangout ngan sape xtau, result exam xkisah, satu bilik dikongsi patblas org anak, tu mmg selfish.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 06:23 PM | Show all posts
aku setuju100%...kadang2 anak ramai pun belum tentu dapat menjaga makbapak sorang...
nak2 zaman sekarang....kerja pun asyik berkejar 24jam....
anak kemana..mak pak kemana...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 06:32 PM | Show all posts
aku lak belum mampu untuk ade anak. walaupun banyak suara2 sumbang di keliling aku yg cakap anak tu rezeki dari Allah, xbaek merancang blablabla..aku bukan menolak rezeki. tapi aku sedar ketidakmampuan aku. skarang ni masih dalam proses mengumpul duit..untuk anak 1st. sebab aku pikir akan datang kos blaja nanti mesti mahal giler. nk gi uni nak ratus2 ribu ke..mane tau nanti dah xde biasiswa2 semua ni. kesian kat anak aku ntah jadi ape nanti..banyak bende aku pikir nih..
(ni aku kumpul duit untuk anak pun org kutuk aku. anak xde tergedik2 nak simpan duit. aku xkisah mulut longkang org, bukan aku mintak duit org pun. harap2 la sebelum umur aku 30 at least adela anak sorang ).
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 10:10 PM | Show all posts
apa yg nak pelik sgt pasal anak ramai..sdgkn nabi adam pn anaknya ramai..
cuba fikir bukan kah suma manusia di dunia adalah asal dr anak2 adam..
so ada yg baik ada yg buruk...ada yg kaya ada yg miskin..

apakah peranan kita di dunia ni??
mengapa mesti malu apabila ada org yg susah memohon bantuan..
kerana anak yg ramai..tidak berkemampuan..dsbgnya..
knapa Allah beri mereka(org susah) anak yg ramai sdgkn org yg berkemampuan pn blum tentu mempunyai anak yg ramai..dan mampu miliki anak yg ramai..

adakah kita perlu malu apabila org yg mempunyai anak ramai memohon bantuan kerana kehidupan mereka yg kurang bernasib baik dr segi ekonomi..knapa nak benci mereka??
kerana mereka hanya tahu melahirkan anak2 tp kebajikan anak2 tidak mampu diberi..
apakah peranan kita sbg sesama islam membenci mereka @ membantu mereka..
bukan ke rezeki kita adalah utk suma??utk kita & keluarga kita sndri ke??

kualiti..apakah yg dikatakn berkualiti??
adakah seorg pomen, pekebun, tukang sapu bukan umat islam yg berkualiti??
perlukah seorg doktor,engineer,lawyer brulah dikatakn mereka berkualiti??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 10:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by fieda07 at 22-12-2010 23:01

amanah??..anak2 adalah amanah Allah..yg wajib kita jaga, asuh serta bimbing..
adakah tggjwb ini hanya utk ibu bapa si anak..bukan tggjwb bersamakah??
adalah menjadi tggjwb bersama utk kita mencorak serta membentuk anak2 yg diamanahkn Allah sbg komuniti muslim..
oleh itu, adalah lbih baik jika kita bertindak secara pratikal iaitu dgn membantu mereka dpd mempersoal dan mencari kesalahn
kerana tindakan membantu adalah suatu ibadah selain dpd ibadah fardhu..


rezeki??bukankah rezeki yg kita perolehi milik bersama @ kita punya sndri ke??
zakat adalah suatu yg fardhu ttp setiap rezeki yg kita perolehi sbnrnya terdpt hak2 yg diperuntukkn bg komuniti muslim yg perlukn bantuan smd fakir, miskin, kluarga yg mempunyai anak yg ramai dll..w/pun terdapt pertubuhan @ badan yg menguruskan bantuan..adakah kita perlu berpeluk tubuh..kerana merasakan rezeki yg kita perolehi adalah hak kita bukan hak suma..jgn biarkn keperluan material sbg pemisah ant umat islam..oleh itu golgn yg berkemampuan wajib membantu berdasarkn kemampuan sbb tu Allah jdkan umat ada yg miskin dan kaya..tujuannya adalah supaya mereka saling bantu-membantu dan memerlukan ant satu sama lain..inilah bezanya islam..sentiasa mnjaga kebajikan umatnya..sesungguhnya islam itu mawaddah warahmah..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2010 10:50 PM | Show all posts
aku kalau aku kaya n mampu (dari segi RM, masa, tenaga, kalau proses nak beranak langsung xsakit, et ...
sobsob Post at 22-12-2010 18:16


aku nak tanya kau, walaupun kau kaya dan mampu segala, apa tujuan ko nak anak banyak-banyak macam tu? Just bagi aku 1 atau 2 sebab yg munasabah.

Kenapa tidak setelah ko dah ada beberapa org anak, ko gunakan keupayaan & kemampuan ko tu untuk bantu ibubapa lain yg kurang bernasib baik utk membesarkan anak2 mereka dgn lebih sempurna?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2010 11:02 PM | Show all posts
apa yg nak pelik sgt pasal anak ramai..sdgkn nabi adam pn anaknya ramai..
cuba fikir bukan kah suma ...
fieda07 Post at 22-12-2010 22:10


Nabi ajar tangan yg di atas adalah lebih mulia drpd tangan yg di bawah. Dlm kata lain, tangan yg memberi bantuan adalah lebih mulia daripada tangan yg kejenya menerima bantuan....

2 pengajaran di sini adalah:

1. Bersedekah/menghulurkan bantuan adalah amalan yg sangat mulia dan amat dituntut

2. Menerima sedekah adalah suatu situasi yg tidak dianjurkan lebih-lebih lagi sekiranya beradanya di dalam situasi itu kerana kebodohan dan kecuaian sendiri dalam membuat perancangan hidup berlandaskan kemampuan diri yg sedia ada.

Kalau ko study betul2 pasal Islam, Islam sangat mementingkan umatnya menjadi umat yg berkualiti, kuat, gagah, penuh persediaan, berstrategi, berperancangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2010 11:11 PM | Show all posts
jgn pertikaikan rezeki yg Allah nak bagi..
haitt Post at 22-12-2010 17:56


pertikai? camna pulak merancang keluarga itu dikatakan sebagai mempertikaikan rezeki Allah?


inilah antara misconception terburuk di kalangan umat Islam sejak zaman berzaman.... asal anak saja bermaksud rezeki. Sehingga berleluasalah pemikiran buat je anak tu dulu nanti ada la rezekinya nanti.... Sedang ulat dalam batu pun boleh hidup.


Hahahaha..  memang tak dinafikan ulat dlm batu pun boleh hidup. Tapi kalau ko nak anak ko macam ulat yg tak payah pi sekolah, tak payah masuk universiti, tak payah pegi klinik/hospital.... memang boleh la beranak banyak2 macam ulat kat tong sampah tu.


Akibat misconception ini, maka dunia Islam hari ini penuh dengan umat yg ramai tapi miskin dan hina.... sehingga terpaksa bergantung kepada bantuan sukarelawan kafir untuk hantar makanan dan pakaian. Kerana cuma tau buat anak ramai2 tapi tak reti nak besarkan anak2 tu dgn kualiti kehidupan yg sepatutnya, maka jadilah umat Islam dgn umat yg bodoh, mundur dan miskin.


Zaman Nabi, umat Islam tak ramai pun, tapi dapat tawan empayar Rom dan Parsi. Perang Badar, tentera Islam 300 org lebih je, tapi boleh tewaskan tentera kafir 1000 orang lebih.


Yg ini tidak pulak nak dijadikan renungan & pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:18 PM | Show all posts
Nabi ajar tangan yg di atas adalah lebih mulia drpd tangan yg di bawah. Dlm kata lain, tangan yg ...
HangBuah Post at 22-12-2010 23:02


adakah org yg menerima bantuan adalah org yg bodoh,lemah dll??maka dia bukan seorg umat islam yg baik??
bukankah kita sejak lahir sentiasa dibantu..pandai kah kita mengurus diri sendiri??


islam ini adalah berdasarkn iman,ihsan dan taqwa..
soal kualiti,kekuatan, siapa yg lbih baik @ buruk itu adalah sebahagian dpd khidupn normal serta lumrah manusia..
keberanian dan keimanan muslim dinilai berdasarkn sejauh manakah jihadnya terhadap ihsan kpd sesama manusia yg meliputi keluarganya sndri,org lain dan makhluk2 lain spt haiwn,tumbuhan dll..memang benar tgn yg memberi adalah lbih baik drpd menerima sekiranya kita mengeluarkn bantuan dgn mempersoalkn bahaw kita yg memberi adalah lebih baik dpd yg menerima..maksudnya kita tidak ikhlas..pemberian itu akan menjd sia2 disisi Allah..kerana Allah memberi jaminan "barangsiapa yg meminjamkn kpd Allah dan memberi haknya kpd org lain ketika susah dan senang..Allah berjanji dan bersumpah akan menggantikannya dgn berlipat kali ganda sehingga lebih 700 kali ganda di dunia apatah lg di akhirat"
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:31 PM | Show all posts
pada hari ini Allah tgh dtakdirkan Malaysia sebuah negara yang akan maju menjelang 2020 dan menjadi contoh dan ikon bagi negara islam dan bukan islam.Tapi tidak mustahil kalau allah takdirkan negara kita jatuh miskin seperti myanmar, afrika, bangladesh kalau raknya ramai yang tidak bersyukur dan lupa tanggung jawab sesama insan....sebab hadis nabi yang sahih ada mengatakan" tidak akan berlaku kiamat sehingga mekah dan madinah dinaiki air sehingga wujud terusan dan tumbuhan hijau" hadis ini memberi isyarat bahawa mukabumi negara kita mungkin dah tak wujud ditenggelami air...maka waspadalah sebelum terlambat....lebih baik teruskan semangat saling bantu membantu dan beri apa yang perlu selagi mampu dan tiada halangan keperluan yang aulia(utama).
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2010 11:32 PM | Show all posts
adakah org yg menerima bantuan adalah org yg bodoh,lemah dll??maka dia bukan seorg umat islam yg ...
fieda07 Post at 22-12-2010 23:18



ye, org yg menerima bantuan kerana meletakkan diri dlm situasi itu akibat kecuaian dan kedangkalan diri sendiri dalam membuat keputusan dan pilihan2 hidup yg penting (seperti melahirkan anak) adalah org yg bodoh dan lemah.

Ini mungkin sukar diterima oleh sdri dan ramai orang lain kerana selama ini konsep merancang keluarga ini sentiasa menjadi taboo kepada masyarakat Islam.


Saya tanya saudari...

Seorang lelaki yg ada unta tiba di sebuah pekan. Dia pun masuk ke dalam kedai tapi untanya tadi tidak ditambatkan terlebih dulu. Dlm fikiran lelaki tu tak mengapa, tawakal saja kepada Allah agar untanya selamat. Ditakdirkan, untanya hilang. Lelaki itu pun meraung dan menangis di depan orang ramai sambil meminta bantuan agar untanya tolong dicarikan. Siap memohon kalau untanya tak dijumpai tolonglah beri wang supaya dia boleh beli unta yg baru.

Saudari rasa, lelaki ni bodoh tak?


Nabi SAW ada jawapan kpd situasi macam soalan saya ni. Saya yakin saudari tentu tahu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2010 11:35 PM | Show all posts
pada hari ini Allah tgh dtakdirkan Malaysia sebuah negara yang akan maju menjelang 2020 dan menjadi  ...
fieda07 Post at 22-12-2010 23:31




kalau boleh, tak payahlah nak campur adukkan soal tolong menolong dengan soal mak bapak melahirkan anak ramai


Nampak sangat seolah2 saudari nak mempergunakan konsep sedekah/tolong menolong yg sememangnya amalan mulia dan amat dituntut untuk menjustifikasikan kecuaian golongan mak bapak yg nafsu besar kudrat kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:42 PM | Show all posts
ye, org yg menerima bantuan kerana meletakkan diri dlm situasi itu akibat kecuaian dan kedangk ...
HangBuah Post at 22-12-2010 23:32



    Adapun kisah yang anta berikan itu cukup menarik kerana konsep tawakal yang dianjurkan dalam kisah tersebut merupakan kaedah usaha dan tawakal mendahului takdir Allah,semasa sahabat nabi ingin menemui nabi bagi menyelesaikan suatu maslahat. namun Allah telah berfirman dlm al-Quran dgn menyatakan, "Dan janganla kamu berasa susah sehingga terfikir untuk membunuh anak-anak yang ramai dari zuriatmu kerana akulah yang memberi rezeki, sesungguhnya rezekiku amatla luas dan aku maha mengetahui"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.095444s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list