View: 235|Reply: 4
|
[Dunia]
Pelajar temui kepala tikus dalam makanan, universiti kata leher itik
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 9-6-2023 08:06 PM
Kepala tikus itu ditemui di celahan nasi dan kacang panjang. - Twitter
BEIJING, China – Seorang pelajar di China menemui seketul daging berbentuk seakan kepala tikus ketika menikmati hidangan yang dibelinya dari sebuah kafeteria, lapor laman berita Mothership semalam.
Akhbar Shanghai Daily melaporkan, ketulan berwarna hitam, berbulu dan bergigi itu ditemui pada 1 Jun lalu di kafeteria Kolej Politeknik Industri Jiangxi di Nanchang.
Kepala tikus itu ditemui di celah nasi dan potongan kacang panjang.
Pelajar lelaki itu kemudian membuat aduan kepada kakitangan kafeteria.
Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa objek yang tidak dapat dikenal pasti itu merupakan daging itik.
Pelajar itu kemudian memuat naik video penemuan kepala tikus itu di media sosial dan ia mencetuskan bantahan orang ramai.
Pada 3 Jun lalu, pihak pentadbiran mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ‘pemeriksaan dan perbandingan berulang kali’, mereka mendapati ketulan itu merupakan leher itik.
Kenyataan itu mencetuskan perdebatan sengit di mana netizen mempertahankan bahawa ia merupakan kepala tikus.
Susulan kejadian tersebut, kafeteria itu kurang menerima pelanggan selepas pelajar lebih memilih untuk memesan makanan dari luar kolej. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2023/06/09/pelajar-temui-kepala-tikus-dalam-makanan-universiti-kata-leher-itik/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
makan je lah dik... benda boleh makan kan...
apa je yang korang tak makan...
mungkin kerusi dengan meja je kot korang tak makan sebab keras?
tu pun kalau boleh rebus empuk2 dan lembut korang makan jugak...
gittuhhh....
 |
|
|
|
|
|
|
|
Extra protein katanyehh gaytohh 
Apalah sangattt dengan negara terpaling selera haiwan eksotik sampai tak cukop babisss pink oink oink terbang, dengan musang, kelawor, ular, kucing, hanjeng, malah k*te rimau pung dikedarahnyeh atas alasan obat tradisional huntok tenaga batin puaka sampai pupus haiwan liar seluroh donia dengan puak2 selera eksotik nih  |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat cerita budak jantan yang buat video makcik kat pasar jual kepala ular sawa satu beg plastik besar kat dia. Padahal benda tu rangka ayam ke apa entah. Terpaksa datang mengadap makcik minta ampun sambil dilahar cukup2 oleh makcik. Tapi dalam kes kepala cikti ni nampak macam ya siap ada rupa gigi cikti lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|