View: 4423|Reply: 120
|
[Tempatan]
Pendaki Everest, Ravichandran 'diserang' netizen sebab taknak mengaku sherpa selamatkan dia
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 5-6-2023 11:21 AM
RAVICHANDRAN. Gambar kanan: Warga netizen turut memarahi Ravi kerana memblok sherpa tersebut di media sosialnya.
SHAH ALAM - Laman sosial Instagram pendaki solo negara, T Ravichandran menjadi sasaran amarah netizen berhubung hantarannya yang dipercayai tidak memberi kredit terhadap sherpa yang menyelamatkan ketika ekspedisi pendakian di Gunung Everest baru-baru ini.
Berdasarkan hantaran pada Sabtu, Ravi hanya menzahirkan penghargaan kepada pasukan penyelamat tanpa menyebutkan individu lain yang turut terlibat.
“Saya masih hidup pada hari ini kerana mempunyai rakan kongsi ‘The 14th Peaks Expedition Co dan ‘Global Rescue’ yang terbaik dan berdedikasi,” katanya.
Status anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan tersebut kemudian menimbulkan kemarahan netizen kerana tidak menyebut pihak tersebut.
Pengguna akaun Hairihang menegur Ravi dan mengingatkan untuk menghargai bantuan orang lain.
“Terbang sambil menunduk, jangan terlalu mendongak ke langit, hormati bantuan orang lain. Ambil pengajaran,” ujarnya dalam ruangan komentar.
Seorang lagi netizen bernama Victor_lhc90 berkata, Ravi seharusnya memberikan sedikit kredit meskipun kepada seorang Sherpa.
“Sekurang-kurangnya berilah kredit kepada Gelje Sherpa,” katanya.
Warga netizen turut memarahinya kerana Ravi dikatakan memblok sherpa tersebut di media sosialnya.
Selepas beberapa teguran lain diberikan, Ravi sekali lagi memuat naik status di akaun Instagramnya pada dengan memberikan kredit terhadap sherpa berkenaan.
“Saya masih hidup hari ini, kerana saya mempunyai Rakan Kongsi yang terbaik dan berdedikasi - The 14th Peaks Expedition Co yang diketuai oleh Tashi Sherpa (dan Sherpanya - Mingma Tendi, Gelje Sherpa, Nima Dorjee, Dawa, Nima Tashi, Dipen Bhote) dan Global Rescue Ins,” ujarnya.
Hantaran Ravi itu bagaimanapun masih belum meredakan kemarahan rata-rata pengguna Instagram tersebut.
Alhafizkech berkata, Ravi sepatutnya tidak diberi tajaan berhubung ekspedisi pendakiannya.
“Jangan taja dia lain kali. Manusia jenis tak bersyukur,” katanya.
Sementara itu, kecaman teruk diberikan pemilik akaun Bennardy kerana menganggap dia telah menyusahkan ramai pihak.
“Badut tak bersyukur, menyusahkan orang,” ujarnya.
Sinar Harian sehingga kini masih menunggu maklum balas daripada Ravi berhubung isu ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/261784/berita/semasa/pendaki-everest-ravichandran-diserang-netizen
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hah. Kadang2 aiols suka juga kekepohan kebawangan netizens ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jd dia ni ke yg ditemui nyaris mati tu |
|
|
|
|
|
|
|
kebaikkan warga 'ori' Msia...yg kekadang diambik kesempatan oleh orang luar. |
|
|
|
|
|
|
|
ni la yang dibawangkan kat Reddit tu eh.. bikin malu la bro |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss ternampak post ni kat Page FB mana ntah. Ada kena mengena ke?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 5-6-2023 10:51 PM
Iolss ternampak post ni kat Page FB mana ntah. Ada kena mengena ke?
Kalau masa merentas desa, dia gi naik teksi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 5-6-2023 10:51 PM
Iolss ternampak post ni kat Page FB mana ntah. Ada kena mengena ke?
Haah ada. Lepas kena kecam besar-besaran.. beliau pun memanjatkan kesyukuran pada sherpa, tagged him and unblocked him. Sherpa pun berharap mamat ni recovers well
p/s: Sherpa yang selamatkan dia pun hensem. Hahaha
 |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik punya perangai. Dah hampir mati .. org tu tolong kau .. siap dokong kat kaw bersalji mcm tu, tak proceed journey bawak mamat china yg upah dia tuk naik everest .. ko buat dia mcm tak ujud? Ucap terima kasih pun lps org kecam. Jijik! Mohon la jgn ada mana2 pihak sponsor dia naik gunung lg. Memalukan negara. Dia pun dah 3-4 kali dah nail everest. Nak apa lagi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar x reti syukurr.. memang ptut netizen sekolahkan die kaw2. Kalau tak asbabnya sherpa tu jumpa ko, mungkin dh arwah ko kat atas sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Few days ago rasanya dia ada ditemubual kt rancangan MHI. Tp tak tgk la. Ntah apalah yg dia bualkan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat ig ravi ni bukan org msia jee marah.. netizen negara lain pun marahh. Buat malu je |
|
|
|
|
|
|
|
nirose replied at 5-6-2023 11:13 PM
Kat ig ravi ni bukan org msia jee marah.. netizen negara lain pun marahh. Buat malu je
Mending mati aja bang .. kata seorang indinesian |
|
|
|
|
|
|
|
Mulanya aku nak sangka baik mungkin dia tak smpt kenal kot Sherpa yg selamatkan dia tu so lupa nak kasi kredit, skali tu dia block jugak sherpa tu. Ko dah kenapa??? Memalukan nama Malaysia jah. Hawari smpi skrang tak jumpe lagi patutnye ko bersyukur la masih hidup. Ha ni takde plak page-page fb news Malaysia pakai BI nk cover news pasal dia. |
|
|
|
|
|
|
|
bunnyj3lly replied at 5-6-2023 10:59 PM
Haah ada. Lepas kena kecam besar-besaran.. beliau pun memanjatkan kesyukuran pada sherpa, tagged h ...
Hensem???? Tolong upload gambar sherpa tu chuols |
|
|
|
|
|
|
|
buat busok nama negara jer.
sampai terkandas misi orang lain,
semata mata nak selamat manosia tara guna ni
ungrateful basterd |
|
|
|
|
|
|
|
Nape shepa tu nak selamatkan dia. Apa yg specialnya mamat ni sampai kena abandoned mission org len |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bunnyj3lly at 6-6-2023 12:55 AM
mojarean_X replied at 5-6-2023 11:27 PM
Hensem???? Tolong upload gambar sherpa tu chuols
Hahahaha. Lajuuuu yeee chuolsss... Inilahhh.. sherpa eberestttt.. the youngest summit mountaineer katanya.. 
Boleh skodeng ig beliau jugaa https://www.instagram.com/gelje_sherpa_/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 6-6-2023 12:17 AM
Nape shepa tu nak selamatkan dia. Apa yg specialnya mamat ni sampai kena abandoned mission org len
Sherpa ni orang2 yang memang turun naik hidup mati kat kaki gunung Everest tu je. Sapa2 nak pegi panjat Everest memang kena ikut laa doa-doa ritual dorang. Untuk keselamatan. So, dorg ni rasa bertanggungjawab selain memang devoted Buddhist.. gitulah summary dia |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya makin banyak ilmu makin tunduk |
|
|
|
|
|
|
| |
|