View: 512|Reply: 12
|
[Dunia]
Ikan Paus pengintip dikesan di Sweden
[Copy link]
|
|
Stockholm: Seekor paus beluga yang dikatakan 'pengintip Rusia' memasuki perairan Sweden, baru-baru ini.
Paus yang digelar Hvaldimir ditemukan memakai tali pinggang yang dilengkapi dengan kamera GoPro dan klip mengandungi tulisan Equipment of St Petersburg (peralatan milik St Petersburg) dan dipercayai sedang dilatih oleh tentera Rusia, lapor BBC.
Namun, Rusia menafikan kewujudan haiwan itu dalam sebarang program yang bertujuan untuk melatih mamalia laut sebagai pengintip.
Hvaldimir kini berada di perairan Sweden selepas empat tahun berenang ke selatan menyusuri pantai Norway.
Paus beluga yang jinak ini mula menghampiri Pulau Ingoya yang terletak kira-kira 415 kilometer dari Murmansk, lokasi Armada Utara Tentera Rusia.
Seorang ahli biologi marin OneWhale, Sebastian Strand berkata, mungkin terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perubahan pergerakan ikan paus itu, baru-baru ini.
Kami tidak tahu mengapa ia memecut dengan pantas, terutamanya ketika ia bergerak meninggalkan persekitaran semula jadinya," katanya
Menurut Strand, terdapat dua kemungkinan perubahan tingkah lakunya, iaitu kemungkinan mengalami tahap hormon yang tinggi, yang mendorongnya untuk mencari pasangan.
Tambahnya, paus yang dipercayai berusia antara 13 dan 14 tahun itu sedang berada pada usia dengan tahap hormon yang sangat tinggi.
Selain itu, mungkin paus berasa kesepian kerana ikan jenis Beluga ini adalah sejenis yang sangat sosial.
Oleh itu, pergerakannya adalah untuk mencari spesies yang sama sepertinya.
Paus Beluga cenderung untuk hidup di kawasan perairan Artik yang berais di sekitar Greenland, Rusia, Alaska dan utara Norway, dan ada yang berhijrah ke kawasan lain semasa musim panas.
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/global/eropah/2023/05/972705/paus-pengintip-dikesan-di-sweden |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Spy baby beluga.. camne la latihan dia sbg perisik? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya paus putih... |
|
|
|
|
|
|
|
harap paus ni masih dapat payment walaupun dah terkantoi |
|
|
|
|
|
|
|
geram nya beluga ni
comeyyy |
|
|
|
|
|
|
|
bodo sgt ke putin sampai nak equiped beluga dengan pepasang intipan, tapi siap lebel st peters equipmen bagai... ayam sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
caviar dari ikan puas beluga ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 environmentalist yg letak sbb nak kaji ikan paus tu...kalu rajin tgk documentaries, mmg ada tunjuk diorg letak equipment kat ikan paus esp kalu dia species yg dah hampir pupus. |
|
|
|
|
|
|
|
Skang ni geng2 utuber pun dh letak GoPro kat binatang2 nak wat content.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan paus ni hadi bawang yang mengintip, godam dan kacau mek yah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
to comel plak paus putih ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Comel sunggu spy ni..ntah² org buat documentari pasal paus beluga ni |
|
|
|
|
|
|
|
bbi25 replied at 27-7-2023 10:34 AM
harap paus ni masih dapat payment walaupun dah terkantoi
Hahaha. Kalau dapat payment pun cner nak amik. Mungkin da jadi lauk   |
|
|
|
|
|
|
| |
|