View: 3860|Reply: 1
|
[Politik]
Melaka yang ditadbir sepenuhnya oleh BN mungkin bentuk Kerajaan Perpaduan, Pulau Pinang bila lagi?
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 28-3-2023 07:27 AM
Ahmad Zahid (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Sekolah Tahfiz kepada wakil dari Sekolah Pondok dan Tahfiz Tuan Guru Haji Husin, Supriyadi Sage pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Ar-Rahman Kampung Pulai dekat Serkam, pada Isnin. - Foto Bernama
JASIN - Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam, di sini pada Isnin, beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ia adalah selaras dengan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan.
"Insya-Allah di negeri Melaka belum terbentuk kerajaan (perpaduan yang) MADANI... tapi ke arah itu di Melaka,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata, perubahan landskap politik negara itu juga akan dapat disaksikan di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.
Negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada PRN Negeri Melaka pada November 2021, BN berjaya memperoleh majoriti lebih dua pertiga dengan menguasai 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ketika ini, Melaka ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan BN.
https://www.sinarharian.com.my/article/251700/berita/nasional/melaka-mungkin-bentuk-kerajaan-perpaduan---ahmad-zahid |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Good morning, everyone! Why limit yourself to just one kind of game? You may play the games that you prefer, such as dino game right here! |
|
|
|
|
|
|
| |
|