View: 5270|Reply: 8
|
Penjawat Awam Diarah Pulang Gaji RM48,000 Kerana Merokok
[Copy link]
|
|
Merokok adalah satu amalan merugikan kepada kakitangan kerajaan di Osaka, Jepun.
Buktinya, seorang penjawat awam Jepun menghabiskan gajinya bagi membayar denda sekitar 1.44 juta yen (kira-kira RM48,000) selepas didapati merokok di tempat kerja selama lebih 4,500 kali dalam tempoh 14 tahun.
Selain pekerja Jabatan Kewangan berusia 61 tahun itu, dua lagi rakan sekerjanya turut dikenakan hukuman itu pada Isnin.
 Yahoo News
Mereka dikenakan pemotongan gaji sebanyak 10 peratus selama enam bulan kerana merokok berulang kali pada waktu kerja, walaupun beberapa amaran diberikan.
Ketiga-tiga mereka pertama kali disiasat pada September 2022 selepas pejabat sumber manusia menerima aduan mengenai salah laku mereka, lapor Mainichi Shimbun.
Mereka tidak mengendahkan amaran daripada penyelia, malah berbohong tidak merokok semasa soal siasat susulan pada Disember lalu.
Suspek disifatkan melanggar Akta Perkhidmatan Awam Tempatan dan diminta memulangkan 1.44 juta yen daripada gaji sebagai tambahan kepada pengurangan gajinya.
Kerajaan wilayah itu mendapati dia menghabiskan 355 jam dan 19 minit untuk merokok sebanyak 4,512 kali ketika bertugas, sepanjang 14 tahun bekerja di jabatan itu.
Osaka mengenakan sekatan ketat terhadap merokok apabila memperkenalkan larangan sepenuhnya ke atas premis kerajaan seperti pejabat dan sekolah awam sejak 2008.
Susulan hukuman itu, pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi termasuk mengakui perokok penjawat awam akan mengambil masa tambahan untuk keluar merokok.
Pada 2019, seorang guru sekolah menengah di Osaka turut dikenakan tindakan sama dengan pemotongan gaji sementara, selepas didapati merokok kira-kira 3,400 kali dan dia dikenakan satu juta yen (RM33,800) daripada gajinya.
Katanya, walau tahu amalan itu satu tingkah laku buruk, dia tidak boleh berhenti merokok.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat mesia kira.mcm.ni..ramai dah kena
Kaya raya company n gomen..sebab staff ramai merokok waktu bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau gaji deme besaq, saman tu celah gigi je kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah gomen malaysia dapat idea pulak nak ikut peraturan ini... 
tp mcm mana dia dapat kira berapa kali merokok tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Waktu di tempat rehat Kijal LPT2
ada van KKM datang stop
orang2 dalam keluar terus hisap rokok betul2 bawah no smoking sign.
macam nak ambik gambar tapi takut kena lempang pula 
semua orang pandang je, tapi depa buat tak tahu.
macam ni patut kena |
|
|
|
|
|
|
|
semalam solat taraweh sebelah aku bau rokok mcm sial...mcm mana org lain mau solat |
|
|
|
|
|
|
|
kay msia aman2 jek...siap ngupi...
apa la sgt kan drp stress bunuh diri bagai...bg la release tension sekejap |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah tu masa solat teraweh, company aku ada laki ni tengahari pun dah bau rokok kuat. Takkan bau rokok dari semalam kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|