View: 4890|Reply: 14
|
4 Ditahan Polis, Tengah-Tengah Malam Jiran-Jiran Bergaduh Sebab Menghalang Laluan Koridor Rumah
[Copy link]
|
|
Gara-gara bergaduh sesama jiran kerana menghalang laluan koridor rumah, empat orang ditahan polis di sebuah pangsapuri di Taman Ukay Bestari, Ampang, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada awal kejadian telah berlaku pertengkaran antara pengadu berusia 21 tahun yang bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah hotel bersama seorang lelaki jiran di sebelah rumah.
“Lebih kurang pukul 12 tengah malam, ibu pengadu sedang berjalan di laluan koridor dan ingin pergi ke rumah jiran yang berada selang dua buah rumah.
“Tetapi laluan ibu pengadu telah dihalang oleh seorang lelaki jiran di sebelah rumahnya. Setelah menegur, suspek meluru ke arah pengadu sebelum menumbuk dada pengadu di bahu kiri.
“Suspek kemudiannya berundur, membuka pintu rumahnya sebelum ahli keluarga suspek keluar. Berlaku pertengkaran sehinggakan adik perempuan suspek membaling penutup tong sampah kepada abang pengadu yang ingin meleraikan pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 Gambar Hiasan
Sehubungan itu, Mohamad Farouk berkata sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya telah menangkap dua lelaki dan dua wanita tempatan termasuklah pengadu kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Ujarnya, kesemua tangkapan berumur lingkungan daripada 21 hingga 32 tahun dan tiada rekod kesalahan lampau.
Permohonan reman pertama telah dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis dan kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa sampai bergaduh tu? |
|
|
|
|
|
|
|
pengadu pun kena tangkap ? |
|
|
|
|
|
|
|
Hai kak.. pukul 12 malam pi rumah jiran.. nak pinjam megi ke  |
|
|
|
|
|
|
|
siap senjata dlm rusuhan...tong sampah tu senjata dia |
|
|
|
|
|
|
|
malas nk speku
sllu bnde cmni jd sbb dh lama sgt pendam |
|
|
|
|
|
|
|
Orang2 ni tak tau ke adab berjiran. Kalau tau, tentu ada rasa hormat kat jiran dn tak akan terjadi pergaduhan. Berbuat baiklah dgn jiran kerana kalau ada sakit pening atau kecemasan jiranlah yg dicari dulu untuk diminta pertolongan. Payah sagat ke nak buat baik dgn jiran ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kowang perasan..instapemes melaka dgn adk beradik dia .mlm2 main mercun dgn suara kuat.kang tegur ckp bebaik kot kena balik..tp xkanlah x alert..dh mlm..jiran2 nak tidur esk nak sahur.mngkn ada yg kerja seharian hrtu..byk kali deme share riuh rendah luo umah ..cer empati dgn jiran setaman |
|
|
|
|
|
|
|
Pangsapuri B40 la tu...ada koridor koridor sampai berlaga tetek berlaga punggong |
|
|
|
|
|
|
|
kol 12 malam. nak pegi rumah jiran. nk ngumpat tgh mlm ke tu? acik pn tak reti nk tdo ke
agaknye ni kes terpendam. org nk membute. ko bising bertepuk tampar terbahak bahak tanpa pedulik jenjiran nk tdo dgn aman. belom lg kire kalau ade anak kcik |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 28-3-2023 12:33 AM
Kalau kowang perasan..instapemes melaka dgn adk beradik dia .mlm2 main mercun dgn suara kuat.kang te ...
instapemes mane tu |
|
|
|
|
|
|
|
salah mak dia la tetengah malam nak gi umah jiran. hujung hujung bila gaduh macam ni jiran tu pun kunci pintu buat buat tidur. bangang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh kenapa ko nak g umah jiran kul 12 tengah malam makcik???ada hal kecemasan ke sampai xleh tunggu esok pagi???x pasal dh jadi kes bgaduh pulak |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 28-3-2023 12:33 AM
Kalau kowang perasan..instapemes melaka dgn adk beradik dia .mlm2 main mercun dgn suara kuat.kang te ...
jiran aku mcm ni la...depan umah dia dia park kete..aku br selesai solat maghrib dah berdentum dentam ..anak dia dgn cucu2 main depan pagar aku...tahun lps mcm tu jugak..lps main esoknya penuh sampah mercun dpn pagar..ntah apa sial dpt jiran serupa babi mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pukul 12am nk p umah jiran buat apa
Yg saspek tu pun x reti dok dlm umah ke , malam buta melepak luar umah smbil halang laluan org apasal |
|
|
|
|
|
|
| |
|