CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3067|Reply: 31

[Tempatan] Pasport Ahmad Zahid dikembalikan secara kekal

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Pasport Ahmad Zahid dikembalikan secara kekal

https://www.bharian.com.my/berit ... alikan-secara-kekal

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - Mac 27, 2023 @ 10:26am
ajohari@bh.cam.my


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto NSTP/Danial Saad

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara hari ini membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu yang menolak permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal.

Menurut Hanipah, panel berpuas hati bahawa permohonan yang dibuat Ahmad Zahid mempunyai merit.

Turut bersidang, hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.

"Mahkamah sudah meneliti hujahan pemohon, oleh itu membenarkan permohonan ini," katanya.

Permohonan semakan Ahmad Zahid itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob.

Sementara itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid, ketika ditemui selepas prosiding berkata, jaminan RM2 juta yang dikenakan mahkamah tinggi sebelum ini dikekalkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim mahkamah rayuan) sebelum ini hanya membenarkan pelepasan sementara dokumen itu untuk Ahmad Zahid, bagi urusan memohon pasport diplomatik dan seterusnya menyerahkan semula kedua-dua pasport itu kepada mahkamah selepas segala urusan permohonan diplomatik selesai.

Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, membabitkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.

Berdasarkan notis usul yang difailkan pada 13 Februari lalu, Ahmad Zahid memohon pelepasan pasport dipertimbangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan supaya ia dapat dilepaskan secara penuh dan kekal, dengan apa-apa syarat sewajarnya yang dikenakan oleh mahkamah itu.

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata Hakim Sequerah terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya, untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal.

Beliau berkata, keputusan itu bakal memprejudiskan hak dan tanggungjawabnya sebagai individu, yang berada dalam barisan kepimpinan negara kerana perlu memohon secara rasmi di mahkamah, setiap kali perlu ke luar negara atas urusan kerja.

Katanya, sebagai seorang individu yang menjawat antara jawatan tertinggi dalam negara, ia dilihat tidak praktikal dan rumit untuknya memohon ke mahkamah setiap kali ingin melakukan tugasan ke luar negara.

Ahmad Zahid menyatakan bahawa permohonan itu sama sekali tidak bersifat mala fide (niat jahat) atau prejudis terhadap mana-mana pihak, kerana beliau mengaku janji untuk tetap memberi kerjasama penuh dalam menyelesaikan kes (rasuah) sehingga ke peringkat akhir pembelaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 10:31 AM | Show all posts
bagi Jelah..kesian aku tengok dia ni..x keluar oversea langsung....kesian.kesian
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup madanon....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:34 AM | Show all posts
bagi je kesian lak raya nanti die tak balik kampung halaman...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pelik atau hairan pun keputusan ini  
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
menteri desa je pon. ko nak gi mana hah wak, pulang ke desa nan permai beraya ke?!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-3-2023 10:48 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 27-3-2023 02:43 AM
menteri desa je pon. ko nak gi mana hah wak, pulang ke desa nan permai beraya ke?!

Wak Jahit lahanat ini la boss sebenar yg pegang telur Pak Non si peliwat fossil
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:01 AM | Show all posts
hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa guna jadi tpm,kalau takde power...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:14 PM | Show all posts
aku suka berita ni

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:49 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. sempena bulan Ramadhan yang baroakah ni wak dah suci..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 27-3-2023 10:48 AM
Wak Jahit lahanat ini la boss sebenar yg pegang telur Pak Non si peliwat fossil

walaupon mencikk tapi terpaksa akui wak jahit betul2 kingmaker, kemain bermaharajalela dgn lantikan sana sini sinun bawah kementerian dia, harap bangnon dan ph ada plan lain utk tendang wak yg annoying ni!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 03:55 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 27-3-2023 03:53 PM
walaupon mencikk tapi terpaksa akui wak jahit betul2 kingmaker, kemain bermaharajalela dgn lantika ...

bangnon nak tendang wak ????




Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa piem sebenarnya nih?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 27-3-2023 03:55 PM
bangnon nak tendang wak ????

tak mungkin la dia 100% percaya si wak tuh, sbb tu rajin sungguh sembah ratu kat borneo, dgn PN pon duk cuba tebuk atap guna borneo. lagipon parti mcm dap dah terang2 bagitau nak kekalkan kerusi yg dorang bertanding pru14 utk prn. haa dah tu sape nak korbankan bagi kat BN. kalau ikut pru14 mungkin max 8 kerusi je PH nak bagi kat BN, yg BN dah sedia menang + saki baki ppbm menang. tak nasib baik mmg 4 yg BN menang tu je dorang bagi mau bergegar gak tu sokongan BN di parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 04:27 PM | Show all posts
Elok la tu. TPM tapi x leh pi obersea.
Di gelakkan oleh org2 luar.
Boleh ucap kan Terima Kasih kpd PMX
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur wak jahit yang pegang telur anwat

Paling kuat pon mintak jawatan itu ini je

Kalau DAP atau israel atau amareka yamg pegang lagi parah woo
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 06:39 PM | Show all posts
penyamun yg didendang diangkat jadi TPM & walanon masih "menaruh harapan" pmx  & ph cari jalan nak tendang keluar? hilang ingatan ke sapa yg angkat so-called penyamun tu jd tpm
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa alasan walanon/tit plak kali ni....hari tu kemain  dorg hina walaun ckp wak jahid just dpt pasport sementara jee la...todayyy dah dpt kekal.... walanon asyik kena kencing je dgn paknon
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ahaksss
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-6-2023 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.112545 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list