View: 2508|Reply: 8
|
[Dunia]
Israel bergolak, makamah gesa Netanyahu dihukum
[Copy link]
|
|
TEL AVIV: Sebuah kumpulan pejuang tadbir urus baik Israel, Gerakan untuk Kerajaan Berkualiti, meminta Mahkamah Agung menghukum Benjamin Netanyahu kerana didakwa melanggar perjanjian berkait konflik kepentingan.
Ia bagi menghalang Netanyahu daripada terbabit dalam usaha merombak badan kehakiman Israel, ketika Perdana Menteri itu berdepan perbicaraan atas pertuduhan rasuah.
Semalam, gerakan itu meminta mahkamah memerintahkan Netanyahu untuk mematuhi undang-undang berkenaan, dan menghukumnya sama ada dengan denda atau penjara jika beliau enggan.
Ketua kumpulan itu, Eliad Shraga, menegaskan Netanyahu akan dipaksa supaya akur kepada undang-undang dan peruntukan yang digariskan.
Perancangan kerajaan pimpinan Netanyahu untuk merombak sistem kehakiman Israel, mencetuskan bantahan meluas yang menyaksikan puluhan ribu penunjuk perasaan turun ke jalanan bagi menentang langkah itu.
Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, semalam turut menggesa supaya perancangan itu dibekukan, dengan memetik keadaan bergolak dalam barisan tentera berhubung perkara berkenaan. - AP |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..berkat bulan Remdan |
|
|
|
|
|
|
|
Iols caya jahh mamat ni terlepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
wpun taktahu apa punca sebenarnya, aku OK je kalau dorang nak bergolak sesama sendiri. bak kata orang, musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan tu lebih berbahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak heran apa.Arab dah beribu tahun berbunuh sama sendiri tak kecoh pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benjamin Satanyahu!
 |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu zaman yahoo group pernah viral benjamin natenyahu tengah menderita penyakit misteri sehingga kurus macam tulang
Ariel sharon pulak mati ditelan bumi kalau tak silap |
|
|
|
|
|
|
|
Ariel Sharon koma bertahun2 baru mampus. Katanya badan dia mengecut, dah tak serupa orang dah. Balasan setimpal untuk Butcher for massacre of Sabra dan Shatila.
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 27-3-2023 11:29 PM
Dulu zaman yahoo group pernah viral benjamin natenyahu tengah menderita penyakit misteri sehingga ku ...
Abis yang berlegar2 kat wasap grup,jasad ariel sharon berulat muka tu recycle la ya?masih idup tapi dah macam mayat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|