View: 13886|Reply: 80
|
[Tempatan]
Mara diminta perhalusi cadangan MRSM berbayar bagi golongan berada
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM: Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) diminta memperhalusi cadangan untuk menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar bagi golongan berada.
Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana wujud permintaan oleh ibu bapa daripada golongan berkenaan yang berhasrat untuk menghantar anak mereka menyambung pelajaran ke institusi itu.
Menurutnya, mereka bahkan sanggup menanggung kos yang tinggi untuk ke MRSM walaupun berkemampuan menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah elit swasta antarabangsa.
“Ini kerana MRSM terbukti satu jenama yang sudah terpahat dalam minda masyarakat sebagai institusi pendidikan yang unik dan berkualiti tinggi.
Justeru saya minta Mara dan Mara Corp untuk memperhalusi cadangan ini secara holisitk bagi memenuhi segmen masyarakat seperti ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Ujarnya, cadangan itu disuarakan beliau ketika taklimat khas daripada Mara Corp, iaitu cabang perniagaan dan pelaburan Mara pada pagi Isnin.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut berkongsi pandangan mengenai keperluan untuk Mara Corp sentiasa mencari peluang pelaburan dan perniagaan yang memberikan pulangan serta impak sosial yang tinggi, sesuai dengan mandat Mara itu sendiri.
“Pada masa sama turut menitikberatkan soal tadbir urus yang tinggi serta barakah dalam melaksanakan mandat kita.
“Saya juga mengemukakan pandangan yang saya perolehi daripada ramai pihak yang mencadangkan agar diwujudkan juga MRSM berbayar yang dirangka khas bagi segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi yang boleh diuruskan oleh Mara Corp.
“Namun saya tegaskan ia tidak sesekali boleh dikompromikan soal falsafah, orientasi dan budaya pendidikan yang menjadi ekosistem MRSM itu sendiri.“Ia termasuklah kurikulum Ulul-Albab agar kualiti dan konsistensi penyampaian terpelihara,” jelasnya.Untuk rekod, usul pembinaan MRSM berbayar dicadangkan oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun 2016.
Ismail Sabri yang memegang portfolio Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu dilaporkan berkata, beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Bagaimanapun, pada tahun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan tidak akan meneruskan cadangan berkenaan, memandangkan ia dilihat lari daripada matlamat asal. -Sinar Harian |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
At the end, yg kaya sket (baru nak t20) tercekik atas bawah
Bayar cukai itu ini...tp semua dapat kat b40
Berkasta2 gamaknya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Better lagi masuk kolej yayasan saad kalau mrsm dh berbayar macam private school |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke bukan semua mrsm pun ramai anak2 orka 
t20 part2 menyepit ni mmg pandai nok. dari zaman makcik akak dulu anak2 dato bersepah kat program2 degree obersi sampai la ke zaman anak buah akak ni pun ramai lg anak2 t20.
|
|
|
|
|
|
|
|
rogayahtop replied at 20-3-2023 08:27 PM
perlu ke bukan semua mrsm pun ramai anak2 orka
t20 part2 menyepit ni mmg pandai nok. dari zaman m ...
Skrg tak seramai dulu ikut kuota 60 : 40.
60% dari anak2 b40 dan selebihnya diisi dengan anak2 lain. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2023 08:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-3-2023 08:32 PM
Apa barang mrsm..pi la masuk KUDRAT
Kudrat kan ada kes cabul senior form 5 ngan form 2 dlm bilik stor |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 20-3-2023 08:40 PM
Kudrat kan ada kes cabul senior form 5 ngan form 2 dlm bilik stor
Tapi ayam kata kalo ko ada sijil berderet2 dr KUDRAT, berebut2 majikan kt luar sana menggelupurrr nk hire ko keje tau |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 20-3-2023 08:42 PM
Tapi ayam kata kalo ko ada sijil berderet2 dr KUDRAT, berebut2 majikan kt luar sana menggelupurrr ...
Bukan ayam dah mati ke jatuh satu tingkat kena tendang dgn Kapla.... |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2023 08:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-3-2023 08:42 PM
Tapi ayam kata kalo ko ada sijil berderet2 dr KUDRAT, berebut2 majikan kt luar sana menggelupurrr ...
Iols percaya ckp ayam. Ayam true survivor di kudrat |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 20-3-2023 08:44 PM
Bukan ayam dah mati ke jatuh satu tingkat kena tendang dgn Kapla....
Spoiler alert!
ayam hidup lg ms ending episod 10  |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2023 08:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Rogue98 replied at 20-3-2023 08:44 PM
Bukan ayam dah mati ke jatuh satu tingkat kena tendang dgn Kapla....
Ye ke chuols iols x tgk pun episide baru. Spoiler tol lah |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 20-3-2023 08:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-3-2023 08:46 PM
Spoiler alert!
ayam hidup lg ms ending episod 10
Alhamdulillah. Baru je nk merusuh ayam mati td |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 20-3-2023 08:45 PM
Iols percaya ckp ayam. Ayam true survivor di kudrat
lagipun alumni KUDRAT sume hebak2
Majistret, loyer, professor,bisneman,pakar IT pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawan..berkereta jenama negara..megah menyusut di jalan rayaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 20-3-2023 08:46 PM
Spoiler alert!
ayam hidup lg ms ending episod 10
Huhhh...ye ker....dah darah2 camtu masih hidup.... |
|
|
|
|
|
|
|
MRSM kena buat 3 jenis. MRSM sekarang utk B40. Buat MRSM baru utk M40 dan T20
 |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 20-3-2023 08:32 PM
Apa barang mrsm..pi la masuk KUDRAT
Kudrat ni amender?
Ni bkn citer khayalan siri high council tu ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ex Mara ramai dah kaya. tu yang minta anak2 pun masuk mara biarpun berbayar. sebagai alumni mara masing2 tau mara ada "connection" untuk peluang biasiswa kerja oversea etc. |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah ye
memandangkan anak sis di MRSM
mcm tak kena aje statement nie
tapi mgkn ngk MRSM juga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|