View: 5393|Reply: 37
|
[Tempatan]
Rakyat Malaysia sukar tidur sebab suka tengok telefon, beli online
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 20-3-2023 08:56 AM
Kurang tidur dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan kronik.
Ramai rakyat Malaysia pastinya kurang tidur, kajian pada 2019 mendapati 51 peratus pekerja di negara ini mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk tekanan dan tidur tidak mencukupi adalah satu daripadanya.
Pakar-pakar berkata, kurang tidur dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan kronik. Ia termasuk risiko sakit jantung, buah pinggang, tekanan darah tinggi, murung, ‘moody’, cenderung terlibat dalam kemalangan dan banyak keburukan lain.
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), lebih satu pertiga daripada sekitar 258 juta penduduk dewasa di Amerika Syarikat (AS) mengalami sindrom kurang tidur. Angka tersebut di AS sahaja.
Di seluruh dunia pula, bilangan orang yang kurang tidur di tentu jauh lebih besar.
Kajian lain, juga di AS, mendapati bahawa ekonomi terbesar dunia itu mengalami kerugian mencecah hingga AS$411 bilion (RM1.84 trilion) setahun berikutan kehilangan produktiviti disebabkan rakyat kurang tidur.
Menyedari kepentingan tidur, sebuah jawatankuasa yang sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Tidur Sedunia mengadakan sambutan Hari Tidur Sedunia yang disambut esok bagi tahun 2023.
Kedengaran kelakar dan ramai rakyat di negara ini tidak mengetahui tentang Hari Tidur Sedunia. Namun demikian, hari berkenaan telah disambut sejak 2008 di lebih 70 buah negara.
Sambutannya bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang waktu tidur mencukupi iaitu sekitar tujuh jam untuk orang dewasa dan sekurang-kurangnya lapan jam bagi kanak-kanak, apatah lagi, zaman moden ini penuh dengan pelbagai halangan, masalah, tekanan dan hiburan menyebabkan kita semua kurang waktu tidur.
Hari Tidur Sedunia juga bertujuan membawa orang ramai termasuk pengamal perubatan dan pakar untuk membincangkan masalah tidur, membantu mencari penyelesaian dan mencegah masalah tersebut.
Menurut laman Facebook Kementerian Kesihatan yang menyiarkan hasil kajian Nielsen Malaysia, purata rakyat negara ini tidur selama enam jam sehari, manakala hampir 11 juta orang mengalami masalah sukar tidur pada waktu malam dan empat juta daripada mereka mengalami insomnia.
Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah kajian mendedahkan bahawa enam daripada 10 rakyat Malaysia sukar tidur kerana masalah yang mereka sendiri cipta.
Menurut kajian sama, gajet, tidak kiralah sama ada telefon pintar, komputer riba atau tablet, menjadi punca kepada masalah tidak dapat tidur.
Melihat kepada generasi masa kini yang obses dengan gajet tanpa mengira usia dan latar belakang, kempen kesedaran perlu diadakan menekankan keperluan tidur yang cukup dan tidak melayari telefon pintar atas katil.
Apatah lagi ketika ini, ramai pesohor media sosial dan penjual mengadakan sesi jualan online termasuk memberikan harga istimewa pada lewat malam hingga awal pagi.
Putaran malam dan siang menjadi petunjuk bahawa manusia perlukan rehat pada waktu malam. Kepada mereka yang mengalami masalah sukar tidur kronik, cubalah dapatkan bantuan pakar.
Tidur bukan perkara enteng, penulis mengucapkan selamat hari tidur sedunia kepada pembaca.
https://www.kosmo.com.my/2023/03/16/rakyat-malaysia-sukar-tidur-sebab-suka-tengok-telefon-beli-online/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya senang tidur... bila travel.... naik bas atau alphard... driver bawak... |
|
|
|
|
|
|
|
actually the best sleep you can get, especially for a man, is after a good sex or masturbation...
bagi wanita, selepas mencapai inzal, amat mudah tidur...jadi kena kerap berjimak di waktu malam |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju, masuk bilik pukul 10.. 10-12 scroll shoppe, scroll sampai kesudah
Nak kena buang la fon ni banyak menyusahkan hidup  |
|
|
|
|
|
|
|
Betul!!!!! Hahahahahahahhahhaha...
So kalo nak cukup tido kena disiplin diri.. by 10pm jangan pegang phone.. tu je key nya |
|
|
|
|
|
|
|
enam jam cukup la tu
byk lagi benda lain blh buat selain tidur |
|
|
|
|
|
|
|
Betull tp lani ku menahan diri masuk sopi. dekat nak raya x taulahh |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...sblm tido buka shopee duk fikir nak beli ke idak 10x  |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 20-3-2023 09:34 AM
actually the best sleep you can get, especially for a man, is after a good sex or masturbation...
b ...
greentea waktu laki outstation adaler waktu yg dia akan have the best quality sleep….dia inzal dgn saper ipan?
Huh
Kahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
stingerbumpy replied at 20-3-2023 05:12 PM
greentea waktu laki outstation adaler waktu yg dia akan have the best quality sleep….dia inzal dg ...
suruh kawin tak mahu
hanya mampu berfantasi je @stingerbumpy
@oyo_miow memerhati (tak berani log in) |
|
|
|
|
|
|
|
Jelesnya dgn org yg senang tido |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sehari ade lebih dari 24 jam boleh la kot nak tidur 8 jam |
|
|
|
|
|
|
|
chuols kalo susah tidur wlupun dh exercise bagai better pi buat blood test / medical check up. takut ada mineral / vit deficiency
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 20-3-2023 06:20 PM
chuols kalo susah tidur wlupun dh exercise bagai better pi buat blood test / medical check up. tak ...
Tq for ur concern sis ..iols nak pi check lah..risau gak takut kena hat atack padahal x mkn mknan belemak,bminyak sgt pun |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan layan forum CARI waktu malam
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 20-3-2023 06:48 PM
Tq for ur concern sis..iols nak pi check lah..risau gak takut kena hat atack padahal x mk ...
How about sugary snack or beverages sis? |
|
|
|
|
|
|
|
petang2 eksesais.. pergi jogging/brisk walk kat taman.. pergi gym.. mesti malam penat n tido lena.. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 20-3-2023 07:03 PM
How about sugary snack or beverages sis?
iols jdi susah tido mlm bkn sbb mkn minum manis sis..tapi sbb otak ni byk sgt memikir..time nak tido tu lah segala mak nenek hal masuk dlm kepala otak nih..lbh2 lagi kalo esok pagi kerja..dok pkir mcm2, pkara remeh temeh ja pun tapi buatkan otak kita aktif smpai jd susah tido.haihh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 20-3-2023 07:27 PM
Aku pnh tertido muka tertindih henfon terus kena vertigo..aku x leh bangun weh, bilik aku berpusinggg2!!terasa dunia aku berpusing!aku x lehhh jalannn nk merangkak pon x mampu!!!mmg henfon ni melalaikn..ssh nk tido..nk solat sunat pin ternanti2..jap lg la...ada masa lg..eh dh kul 5 pg..shoppee lazada tu beribu2 duit hbs..sampaikn kerepek,kkekacang,dodol segaka kuih traditional.aku order!beli winter coat x pnh nya dpt ape yg aku nak..barang order vs brg sampai!!!sedihh |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.. ade je info yg nak digoogle masa rehat2 nak tido. Kalau minum teh ais siang nya, mata ni segar sampai nak dekat subuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|