View: 10099|Reply: 19
|
[Tempatan]
Curi pasir: Maaf, saya tengah sibuk sekarang – Pengarah Jakoa Perak.Penduduk kiciwa Pengarah bolayan aduan dan panggilan telefon.Makan gaji buta?
[Copy link]
|
|
TAPAH – “Maaf, saya masih busy lagi sekarang. Nanti saya call semula,”.
Itu maklum balas yang diterima Azmi Bah Kachang selepas dia menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai dakwaan kecurian pasir di Kampung Sungai Cincin di sini.
Azmi bertambah kesal apabila perkara itu bukan kenyataan daripada pegawai bawahan Jakoa, sebaliknya ia adalah maklum balas daripada Pengarah Jakoa Perak dan Kedah yang dianggap sebagai individu yang boleh mereka bergantung harap.
Panggilan telefon yang dirakam itu dikongsikan kepada wartawan MalaysiaGazette selepas Azmi hilang arah untuk mengadu apabila sudah lebih lima tahun isu tersebut seakan-akan diremehkan oleh Jakoa Perak.
Pada 2018, kami penduduk kampung telah pun serahkan memorandum bantahan kes kecurian pasir di kampung kami. Bayangkan seawal jam 4 pagi kami diganggu dengan bunyi bising kerja mengorek pasir, lori pula keluar masuk dengan pemanduan yang laju, debu pasir berterbangan, tapi Jakoa Perak masih membisu,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.
Dakwa Azmi, hampir seminggu dia menunggu panggilan semula daripada Pengarah Jakoa itu yang berjanji akan hubungi untuk maklumkan perkembangan kes tersebut, namun sepi sehingga kini.
“Akhirnya, saya yang hubungi dia semula. Selepas perlu melalui banyak tapisan, hampir tiga minit baru saya dapat cakap dengan beliau. Saya terkejut sebab bila saya mengadu, dia seakan-akan tidak pernah tahu kes itu sambil saya dengar dia tanya pembantunya pernah tahu ke pasal kes ini, walhal ini isu lama,” ulas Azmi.
Selepas perbualan ringkas selama dua minit itu, individu itu sekali lagi meminta Azmi dan penduduk kampung bersabar kerana pihak mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai isu tersebut dan berjanji akan menghubungi semula.
“Kini, saya rasa tertipu lagi. Tidak ada pun panggilan untuk mereka beritahu jalan solusi tentang gangguan yang kami alami. Jakoa umpama ayah kami, tempat kami mengadu dan berharap namun kami seperti anak tiri yang sering disisihkan,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Sehingga ke hari ini, mereka juga berdepan dengan udara tidak sihat apabila pekarangan rumah pasti akan dipenuhi dengan debu pasir yang ‘berterbangan’ berikutan tapak projek itu hanya sekitar 500 meter dari penempatan mereka.
Sehubungan itu, mereka berharap semua laporan yang dibuat sebelum ini termasuk kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan akan menemui jalan penyelesaian. – MalaysiaGazette |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg bengap sgt. Pergi buat report dkt suruhanjaya integriti,sprm. |
|
|
|
|
|
|
|
apsal tak report kt PTG... JAKOA buat bodoh je kot sebab bukan bawah kuasa dorang..
orang gomen ni popular dgn kalau bukan kerja aku, jangan cari aku..aku buat bodo je nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun jbt kemajuan org asli, mestilah kena manage isu2 org asli, betul dah tu dia report situ. Kalau bolayan tu mkn gaji buta ka. Entah pegi main golf. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah mesti muka kusam lembam perut buncit banyak pergi seminar kat hotel sana sini, banyak makan, banyak ngabis kan duit gomen buat family day hangkut 1 family semua tido kat hotel and the list goes on… tu yg dia busy sgt nak attend kes kau |
|
|
|
|
|
|
|
diorang dapat komisen dikkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dgn org asli ni..byk hutan habis tarah kat Perak.
Ada luahan tok batin lebih kurang 30 ke air terjun pupus dek balak berleluasa.
Ada sungai pulak punya lubuk cantik bukan setakat ikan, udang sungai pun ada kat situ pun lenyap.
Bila manusia xde sifat nak hargai alam sekitar..habis semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Curi pasir: Maaf, saya tengah sibuk sekarang – Pengarah Jakoa Perak.Penduduk kiciwa Pengarah bolayan aduan dan panggilan telefon.Makan gaji buta?
makan suap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Whistleblow laaa dekat SPRM tu.. kasi korek pengarah2 even bekas2 pengarah pun kasi korek info harta bukan diri.. anak2 jobless pun kena korek traces harta.. sbb deme ni reti je park nama orang lain... takut kena audit |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 20-3-2023 01:31 AM
Apa yg bengap sgt. Pergi buat report dkt suruhanjaya integriti,sprm.
SPRM yg ada kes ketua scammer lepas lari dalam tahanan ikut pintu depan tu ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83 replied at 20-3-2023 11:17 AM
SPRM yg ada kes ketua scammer lepas lari dalam tahanan ikut pintu depan tu ke?
Ya. Sprm yg sama dan dah sumbat najib dlm penjara tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak cepat jabatan kerajaan ni wat keje kena report sekali sprm..dua2 kena buat. Mmg cepat geng2 gomen ni turun bila tau report sprm dh buat..contoh kt batu gajah ni ada tempat selalu banjir kilat report pbt xde tindakan sekali bgtau dh report sprm cepat je geng2 pbt turun lokasi... |
|
|
|
|
|
|
|
isle ke? pegi mekah bawak mak bapak tok nenek boleh taubat depan kaabah nok. bagi makan duit komisen dekat anak2 yatim dah mati org cakap dah mati terbukak semua kebaikan arwah rajin bagi anak2 yatim makan.
org melayu isle ni mudah terpersona dgn kebajikan manusia tak kiralah sumber dr mana pun. gangster dah bunuh berpuluh2 org dah berapa ribu jadi mangsa jualbeli dadah pun kalau masuk isle beli lauk kat gerai belanja orang keluar youtube berlumba2 la melayu isle memuji2 kebajikan beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
benda senang jadi susah. Jakoa kalau dapat aduan boleh je terus gi sampaikan kat PTG atau pejabat tanah kalau tak jatuh bawah bidangkuasa u. Ni kalau takde amik apa2 tindakan, memang mendapat la huhu...5 tahun tu...bukan baru 5 hari |
|
|
|
|
|
|
|
yang kes curi pasir dekat pantai tu, perak jugak kan
dalam bulan ni jugak nampak berita dia |
|
|
|
|
|
|
|
batu gajah area mana yeop?
|
|
|
|
|
|
|
|
depan 2 bijik sekolah tu ke yeop? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 kena cancer segala mintak doa 
|
|
|
|
|
|
|
|
dan jangan sesekali buka kisah silamnya...

|
|
|
|
|
|
|
| |
|