View: 7277|Reply: 54
|
[Tempatan]
Dividen konsisten 13%, lebih saham Bank Rakyat macam goreng pisang panas
[Copy link]
|
|
Sebut mengenai pelaburan, pastinya ramai akan menyebut pelaburan melibatkan Amanah Saham Berhad (ASB), hartanah atau emas. Hal ini kerana pelaburan ini berjaya memberi keuntungan buat para pelabur sekiranya kena dengan caranya.
Dalam pada itu, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai saham daripada Bank Rakyat. Menawarkan dividen yang konsisten iaitu 13% atau lebih setiap tahun membuatkan saham ini menjadi rebutan.
Bukan itu sahaja, penawarannya yang terhad membuatkan ramai pelabur gagal untuk mendapatkannya. Malah, terdapat sejumlah besar pelabur saham Bank Rakyat mempunyai jumlah simpanan saham yang kecil.
Dalam usaha untuk memudahkan proses jual beli atau pertukaran milik saham Bank Rakyat yang konsisten menawarkan dividen yang tinggi ini, para netizen menerusi Facebook tampil dengan inisiatif untuk menghasilkan sebuah Group jual beli saham Bank Rakyat.
Menerusi perkongsian dalam Group Saham Bank Rakyat 2023/2024 ini, terdapat pembeli dan penjual yang berminat untuk mendapatkannya.
Lebih mengejutkan, berikutan penawaran saham yang sukar serta mempunyai jumlah peminat yang ramai, terdapat pembeli sedia melepaskan saham namun dengan harga yang lebih tinggi.
Sumber: Facebook Saham bank rakyat 2023/2024
Berdasarkan tinjauan, terdapat pelabur yang sedia menjual saham mereka namun dengan harga yang tinggi iaitu mencecah RM1.90 seunit. Sebagai perbandingan, harga seunit saham yang ditawarkan Bank Rakyat hanyalah sebanyak RM1.
Walau bagaimanapun, berikutan Bank Rakyat tidak lagi menawarkannya lagi setakat ini, membuatkan terdapat segelintir pelabur sanggup mendapatkannya dengan harga tinggi.
Sementara itu, terdapat juga netizen yang tampil berkongsi anggaran yang diperlukan untuk balik modal berikutan pembelian harga belian yang lebih tinggi.
Orang ramai yang berminat dinasihatkan untuk berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan agar tidak terdedah kepada sebarang isu melibatkan scam dan sebagainya.
https://www.thevocket.com/konsisten-tawar-dividen-yang-tinggi-netizen-hasilkan-group-jual-beli-saham-bank-rakyat/?utm_source=dable
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Menyesal iols tk beli banyak saham ni dulu.
Ingat kan selepas tu, Bank Rakyat buka lagi pembelian saham |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama kan bank rakyat tak bukak utk beli saham? Baca kt fb group jual beli saham bank rakyat, poses nak jual beli saham bank rakyat pun cam leceh & amik masa |
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 18-3-2023 10:44 AM
Dah lama kan bank rakyat tak bukak utk beli saham? Baca kt fb group jual beli saham bank rakyat, pos ...
iyerrr berjaman dah bank tak offer. last iols sempat beli 2010/2011 mcm tu laa. lepas tu nanhado. tu pun tak dpt byk mana.
time tu berebut makcik2 pakcik2 bawak duit dlm beg berkepok. masa ni online banking tak brp mendunia lg utk acik2 nak pencen.
mula2 iols dpt 3k jah...lepas 3mgu dapat surat bank offer up lagi dari amount first tu. kwn2 iols pun sama dpt lbh krg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Bank aktiviti riba ni kan... |
|
|
|
|
|
|
|
untung!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Untung semua pemegang saham BR. Tahniah!! |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 18-3-2023 10:23 AM
Menyesal iols tk beli banyak saham ni dulu.
Ingat kan selepas tu, Bank Rakyat buka lagi pembelian sa ...
Samalah kita ingat dia akan buka laguli. Last2 org yg dapat tak nak lepas pula. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pakcik felda sorang ni
masa FGV baru launch
'saham felda paling untung, kalah bank persatuan'
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
BR byk saham koperasi.. apa rahsianye dek?? |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah start buat group kat fb mcm ni, tak lama lagi akan keluar cerita 'scammer bank rakyat'....so hati2 la ye |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 18-3-2023 11:41 AM
bila dah start buat group kat fb mcm ni, tak lama lagi akan keluar cerita 'scammer bank rakyat'....s ...
Kannn… dlm kita duk gelabah konon nk beli saham skali kna scam..hati2 lah uols.. senang sgt nk pcaya kt org2 dlm FB tu..
My mom ckp klu nk jual saham ni dgn ahli kluarga je BR bg.. ni klu pegi ckp dgn org dlm bank tu sndri lh.. sbb my mom pn nk let go saham2 nya kt anak2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Aiskrim yang paling sedap ialah aiskrim Baskin Robbins yang ada peanut butter tu nyum nyum nyum   |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 18-3-2023 10:56 AM
Bank aktiviti riba ni kan...
kahkah..loan BR halal kot  |
|
|
|
|
|
|
|
Bank rakyat tak nak bukak ke lagi jual sahammm |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 tahun ni dpt 15%.. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 19-3-2023 02:23 PM
Aiskrim yang paling sedap ialah aiskrim Baskin Robbins yang ada peanut butter tu nyum nyum nyum {:ml ...
Iols suka love potion!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ada laaa access utk masuk BR ni hahahahaha..
Iols dpt masuk 55k... harap ada lebih rezeki utk masuk pasni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|