CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 4

[Tempatan] KSN cabar KSU, KP perkenal satu inisiatif seperti Menu Rahmah

[Copy link]
Post time 9-2-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 9-2-2023 02:48 PM


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, cabar setiap Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah jabatan perkenalkan inisiatif yang boleh memanfaatkan rakyat.

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, mewajibkan setiap jabatan atau agensi kerajaan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu inisiatif sebagai menyokong agenda Malaysia MADANI.

Bercakap menyampaikan amanat kepada ketua jabatan dan penjawat awam, beliau berkata, pendekatan itu disarankan rentetan sambutan meluas rakyat terhadap pengenalan program Menu Rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), baru-baru ini.

Dengan inisiatif sebegitu, beliau berkata, ia satu pendekatan yang baik bersifat 'touchpoint' kerana berjaya menyentuh nurani rakyat secara langsung.

"Bila bercakap mengenai Malaysia MADANI atau hasrat kerajaan atau Perdana Menteri, saya melihat contoh paling bagus dan boleh dijadikan contoh ialah Menu Rahmah, yang cukup popular di media massa.

"Rahmah ini kita boleh tengok, orang boleh rasa (dapat manfaat) terus. Jadi, Menu Rahmah ini satu contoh bagaimana ia berjaya dilaksanakan.

"Saya berharap setiap kementerian ada sekurang-kurangnya satu inisiatif. Justeru, saya mencabar KSU (Ketua Setiausaha), KP (Ketua Pengarah) untuk perkenalkan satu inisiatif daripada jabatan.

"Ini selari dengan KPI (petunjuk prestasi utama) yang kita janjikan. Setiap menteri telah diberikan kementerian dan diberikan KPI masing-masing.

"Saya minta, saya mewajibkan KSU, KP cadang kepada saya, kepada kerajaan, inisiatif bagi menyokong agenda Malaysia MADANI," katanya ketika berucap di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), di sini, hari ini.

Mohd Zuki dalam ucapannya turut menekankan soal kerjasama dan kesungguhan penjawat awam untuk menjayakan agenda kerajaan.

Tegasnya, penjawat awam perlu menyambut baik setiap agenda diperkenalkan kerajaan, selain tidak membiarkan Perdana Menteri dilihat seperti bekerja 'berseorangan'.

"Tidak ada gunanya kalau Perdana Menteri sahaja yang bersungguh-sungguh memperkenalkan konsep MADANI ini, namun pada peringkat pelaksanaannya tidak disambut baik oleh kita semua sebagai penjawat awam," katanya.

Beliau juga sempat memberi teguran kepada kementerian dan agensi kerajaan yang berkerja secara silo (bersendirian) sehingga rakyat gagal merasai perkhidmatan diberikan.

Memberikan contoh laman web kementerian yang tiada hubung jalin dengan kementerian lain, beliau berkata, cara itu perlu diubah dan menjadikan fungsi serta peranannya lebih menyeluruh.

"Konsep online (dalam talian) tidak lagi dirasai oleh rakyat sebab dalam konteks rakyat Malaysia ini, bila sebut online mereka nampak satu perkara iaitu WhatApps, Facebook. Sekarang kalau nak beli, dia akan pergi ke (aplikasi) Shopee. Itu onlinenye dan itu hasrat rakyat sebenarnya dan apa rakyat hendak.

"Bila sebut online, tekan sahaja dalam PC (komputer) ataupun android (telefon pintar) ia akan keluar semua peranan dan perkhidmatan agensi. Itu yang (kerajaan) tidak ada sekarang ini.

"Sebabnya, kita masing-masing bergerak secara silo. Agensi kita bukan tidak ada tetapi kalau nak pergi laman web Kementerian Pendidikan (KPM), ia hanya untuk KPM. Tidak ada link (pautan) dengan kementerian dan agensi lain," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1061812/ksn-cabar-ksu-kp-perkenal-satu-inisiatif-seperti-menu-rahmah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah rahmah yang betul2 mampu dimiliki diikuti kereta rahmah dan motor rahmah…
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 03:37 PM | Show all posts
dlm perkhidmatan awam skrg ramai 'little napoleon'...ini termasuk pelbagai skim...golongan ini ibarat abang long kwsn, tidak mahu berubah, status quo, suka menyekat periuk nasik org bawah, dsb

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik KSN...
nak tgk jugak para KSU KSU yg hebat hebat nih...apa plan dan cadangan diaorg...barulah pitidi unggul
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni mesti ada Hantaran Rahmah
memurah je hantaran
Mengamok cikki2 sume ni kang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Stupid”, PN akan lingkup, Raja Petra!
pengecattaik“Stupid”, PN akan lingkup, Raja Petra!
Views : 13852 Replies : 22
[SBS/viu] Taxi Driver - Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin (S2 Mulai 17 Feb 2023)
xyla73[SBS/viu] Taxi Driver - Lee Je Hoon, Kim
Views : 25554 Replies : 134
PM tiba di Beijing
BicaraHatikuPM tiba di Beijing
Views : 13991 Replies : 10
Hanis Haizi Amougou v75
AKAZ85Hanis Haizi Amougou v75
Views : 15398 Replies : 340
[Netflix 2022-2023] THE GLORY Part 1 & 2 - Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon, Yeom Hye Ran, Park Sung Hoon, Jung Sung Il
Rahah[Netflix 2022-2023] THE GLORY Part 1 & 2
Views : 8647 Replies : 139
Kos sara hidup meningkat 78% selepas berkahwin, perlu RM4,630 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang
JoyahMengayahKos sara hidup meningkat 78% selepas ber
Views : 7526 Replies : 96
Siapa Fazulkafli?
KadaisakuSiapa Fazulkafli?
Views : 176046 Replies : 317
Pemaju kayangan lepas tangan,Harga rumah RM300,000 tetapi retaknya merata, parkir umpama kolam ikan, berlumut dan berkeladak,Penduduk kiciwa dapat rumah 'cap ayam'
YgBenarPemaju kayangan lepas tangan,Harga rumah
Views : 6375 Replies : 94
[JTBC/Netflix 2023] DIVORCE ATTORNEY SHIN/SACRED DIVORCE - Cho Seung Woo, Han Hye Jin, Kim Sung Kyun, Jung Moo Sung ---> 4 March
Rahah[JTBC/Netflix 2023] DIVORCE ATTORNEY SHI
Views : 2163 Replies : 29
Najib akhirnya akui Rosmah antara penyumbang kekalahan BN.Saya minta Rosmah low
YgBenarNajib akhirnya akui Rosmah antara penyum
Views : 15919 Replies : 138

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-4-2023 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.090096 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list