View: 952|Reply: 13
|
[Tempatan]
Jangan Suruh Mereka Solat, Baca Al-Quran’ – Hafreez Adam Mohon Jaga Sensitiviti Golongan Masalah Kesihatan Mental
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 8-2-2023 08:02 AM
Pelakon, Hafreez Adam memohon pada umum agar lebih berhati-hati dalam menyuarakan pendapat terhadap orang yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Masalah isu mental
Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Hafreez Adam atau nama penuhnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berharap agar orang ramai berhenti menyuruh golongan yang berdepan masalah kesihatan mental untuk menjaga perkara daripada segi agama.
Katanya, golongan sebegitu sudah melakukan apa yang perlu tetapi tidak berkongsi di media sosial.
Bila orang kongsi tentang isu mental health, jangan pergi kepada mereka dan menyuruh mereka untuk jaga solat, mengaji dan seangkatan dengannya.
Anda tak tahu apa yang mereka lalui, anda tak tahu apa mereka sudah lalui untuk rasa lebih baik. Anda tak tahu apa apa. Saya tidak cakap ia salah, sebab ia sememangnya betul.
Lain orang lain masalah
Hafreez, 32, mengingatkan bahawa tidak semua perkara dimuat naik dalam internet. Dan oleh kerana itu, seharusnya kita lebih berhati-hati dalam berkata-kata pada isu sebegini.
Pelakon drama ‘Bila Hati Berbicara’ itu turut mengingatkan bahawa setiap orang memiliki ujian yang berbeza. Perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah mendoakan.
Jangan ambil ringan sangat isu begini. Rasa dia tak best. Korang putus dengan boyfriend/girlfriend pun menangis 13 hari. Tapi sekurang-kurangnya korang tahu sebab kesedihan itu.
Bayangkan orang yang rasa down, tapi tak tahu apa puncanya? Senang ke nak okay kalau punca pun tak tahu?
Susulan daripada itu, Hafreez meminta agar masyarakat menjadi lebih baik apabila berhadapan dengan individu yang mengalami masalah kesihatan mental.
Sumber: Instagram @hafreezadam |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sapo hafreez ni? Whoareyusss  |
|
|
|
|
|
|
|
pakar it pakar ekonomi......ha sambunggggggggggggg
|
|
|
|
|
|
|
|
ikhtiar pun salah? treatment pun kena buat, di samping ibadah & spiritual. setazah mode on. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju jugak..ntah2 depa dah buat lebih dari tu. Support je depa..bagi depa rasa masih ada org yg prihatin dan ambik berat. Bagi je depa buat apa yg menenangkn..melukis ke, baking
ke..bukan sepanjang masa suruh solat, zikir..
Ayat pun nak kena hati2.. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb pernah melalui depression, dan alhamdulillah dpt mengatasinya dgn cari ilmu agama lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lah yang buat tik tok masak masak tu. Dia ada prob kemurungan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Then all out melalak, meratib and wait for somebody else to help us. Tapi tu la nak cakap lebih-lebih nanti tak aware pulak dgn keadaan semasa,
|
|
|
|
|
|
|
|
Paham, kalau orang share masalah macam ni. Ada banyak cara nak suruh ke arah tu. Dari menyampaikan sampai orang tu lagi stress (maybe dia rasa orang anggap dia tak buat solat, mengaji etc). |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh nak marah2 kat dia ni sbb dah mmg ada depression. Karang bertambah murung lagi.
Anyway kalau tak nak pendapat org, jgnlah mintak pendapat. Sbb org ramai bukannya psychiatrist yg merawat anda. Pergilah jumpa psychiatrist yg mmg terlatih utk menangani masalah kemurungan, jika belum pergi jumpa.
Sbg umat Islam, pd pandangan peribadi auntie, salah satu cara ialah dgn mendekatkan diri dgn Allah. Dgn solat, membaca Al Quran (serta tafsirnya), dan baca doa2 drp Hadis Nabi yg mungkin boleh menjadi sbg "ubat" jiwa.
Auntie pernah advise saudara yg rapat yg ada depression/mental health/bipolar mcm ni. Alih2 kena gelar ustazah wannabe.
Dahtu auntie bukannya pakar sakit jiwa, takkan lah auntie tahu cara2 perubatan, cara2 nasihat sprt pakar sakit jiwa. Nak professional advice, get it from a professional people, i.e. doctors at the psychiatrict ward. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jauh dari agama..mmg lagi ke laut lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|