View: 772|Reply: 16
|
[Politik]
Tak mungkin Nurul Izzah salah guna kuasa, kata Anwar
[Copy link]
|
|
Anwar Ibrahim berkata, Nurul Izzah tidak mungkin menggunakan kedudukannya untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan tender, kontrak atau projek kerajaan.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menegaskan anaknya, Nurul Izzah, tidak mungkin menyalahgunakan kedudukannya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan perdana menteri.
“Tidak ada kemungkinan (Nurul Izzah) menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat di Ibu Pejabat PKR.
Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
Presiden PKR itu mengulas kontroversi pelantikan Nurul Izzah sambil menegaskan anak sulungnya itu tidak menerima sebarang elaun.
Katanya, beliau memerlukan kepakaran Nurul Izzah dan kedudukannya dalam jawatan itu untuk mengkritik serta meneruskan agenda tadbir urus baik.
Akhir bulan lalu, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 3 Jan lalu.
Anwar kemudiannya mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, Nurul Izzah tidak dibayar gaji dan beliau layak untuk jawatan berkenaan kerana ijazahnya dalam bidang kejuruteraan, dasar awam dan sosial.
Bagaimanapun, beberapa pengkritik mempersoalkan pelantikan itu sebagai nepotisme yang pasti akan meletakkan kerajaan perpaduan dalam keadaan bertahan kerana memberi peluang kepada pembangkang untuk menyerang mereka.
Sementara itu, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata, pihaknya mengambil maklum hasrat beberapa bekas pemimpin Umno berminat menyertai PKR selepas pembersihan parti itu baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, PKR akan berbincang dengan Umno terlebih dahulu dalam masa terdekat.
“Belum ada keputusan dibuat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anwar menolak dakwaan PH hanya mendapat 19% sokongan pengundi Melayu pada PRU15.
Katanya, analisis PH sendiri menunjukkan mereka memperoleh 31% sokongan pengundi Melayu.
“Kami memperoleh 31% undi Melayu secara keseluruhan. Ada yang rendah seperti di Kelantan dan Terengganu,” katanya sambil menambah di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menyaksikan PH mendapat lebih 50% sokongan pengundi Melayu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, beliau memerlukan kepakaran Nurul Izzah dan kedudukannya dalam jawatan itu untuk mengkritik serta meneruskan agenda tadbir urus baik.
kepakaran apa?  |
|
|
|
|
|
|
|
cucu baru nanti ada darah CINA
balik opis malm tidur dengan CINA
CINA = Duit + WANG |
|
|
|
|
|
|
|
Bang Non anak beranak memang kalis dosa, kalis korupsi.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Sama.cm anak nakal masuk.jail..
Mak ayah mesti cakap anaknya baik..kena aniaya
Serupa gitu.lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 7-2-2023 04:05 AM
Bang Non anak beranak memang kalis dosa, kalis korupsi.
Ala2 maksum lah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Anak orang je jahat. Anak saya baik |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sorg lagi Iqbal tu anak sapo? Bukan nk kata izzah akan salah guna kuasa tapi perbuatan nuar ni mcm buka pandora box lah. Kalau xboleh pikiaq lagi tak tahulah den. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut pendapat dia, boleh lantik anak atau sedara, asal tak bayar gaji
lepas bo boleh lah ramai2 lantik.. jadi pegawai kerajaan, penasihat asalkan tak bayar gaji... |
|
|
|
|
|
|
|
Makin mengarutlah dia ni..... Semak balik la cerita Langkah Kajang.. Tahu lah perangai bapak dia ni......... Serik betul jadi pentaksub dia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku actually percaya nurul izzah lebih jujur & xsalah guna kuasa melebihi anwar sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 7-2-2023 10:29 AM
aku actually percaya nurul izzah lebih jujur & xsalah guna kuasa melebihi anwar sendiri
wey baru nak tulis komen sama. masa PH jd kerajaan 22 bulan pon dia letak jawatan naib presiden pkr sbb "beliau mual dan lelah dengan perangai dan telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat*." masa tu dia menyampah agaknya tgk masing2 cam berok dapat bunga bila pestime jd kerajaan pastu kalau dia rasa tak puas hati skalipon dgn geng sendiri dia sound je mcm projek psr kat penang, mana ada cover2 cuba justify bagi pihak kerajaan negeri depan rakyat**. jd dgn adanya izzah, mesti potong stim geng2 yg ada niat nak menyelit projek sakau 
*https://www.sinarharian.com.my/article/3420/berita/politik/anwar-dedah-punca-izzah-letak-jawatan
**https://www.nurulizzah.com/site/batalkan-projek-tambakan-laut-selatan-pulau-pinang-psr/
|
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 7-2-2023 01:42 PM
Kepala hotak uols.... Dah tua pun uols bangang lagi
Sesajer buat bangang untuk menghalalkan nepotism ala2 madani terpaling marhein terzuhud . |
|
|
|
|
|
|
| |
|