CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3475|Reply: 60

[Jenayah] Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’ dan delusional

  [Copy link]
Post time 6-2-2023 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 6-2-2023 01:00 AM

Seorang penulis yang juga pendakwah bebas, hidup dalam ketakutan apabila hampir setiap hari diganggu seorang wanita psiko menerusi mesej-mesej pada aplikasi media sosial sejak dua tahun lalu hingga kini.


Lebih membimbangkan gangguan tersebut tidak hanya melalui media sosial, bahkan wanita itu berani menghantar pelbagai hadiah termasuk menunggu berjam-jam lamanya di tempat kerja lelaki tersebut sehingga memaksanya untuk melaporkan kepada polis.

Menerusi hantaran Twitter lelaki itu yang dikenali sebagai Fakhri Fadzli, graduan dari Universiti Jordan itu memberitahu, dia diganggu sejak April 2021 melalui Instagram apabila wanita tersebut meminta untuk berkenalan.

Dari awal saya tolak dengan cara baik. Saya tidak berminat, tapi dia langsung tidak berhenti. Saya ada berpuluh-puluh ‘screenshot’ yang tunjuk sikap delusional dia, sangat mengganggu hidup.

“Pada Disember 2021, saya baru mula kerja tidak sampai seminggu. Dia hantar hadiah-hadiah dari Arab Saudi, tempat dia tinggal dan bekerja. Hantar hadiah ke alamat pejabat pula tu. Saya rasa terganggu, sampai ke tempat kerja pun dia berani,” katanya memuat naik gambar hadiah-hadiah yang diterima.

Fakhri yang mesra dipanggil ustaz dalam kalangan rakan serta pengikutnya menceritakan, paling menakutkan apabila wanita itu berjaya mendapatkan nombor telefon dan menggangu hidupnya menerusi WhatsApp.

“Sedangkan nombor telefon saya itu baharu dan tidak ramai orang tahu melainkan kawan dan keluarga. Ini WhatsApp dia, sangatlah delusional. Nak lindungi saya daripada apa? Dia siap bagi alamat rumah dan nombor telefon ayah, suruh saya jumpa. Seolah-olah macam saya dah bersetuju untuk berkahwin dengan dia. Delusional teruk.

Saya WhatsApp ayah dia dan cerita satu persatu apa yang dia buat. Ayah dia memahami dan minta maaf bagi pihak anaknya. Gangguan akhirnya berhenti sekejap, ingatkan akan berhenti selama-lamanya,” katanya.

Fakhri berkata, pada Mei tahun lalu sewaktu majlis rumah terbuka hari raya di tempat dia bekerja, wanita itu semakin berani serta datang ke pejabatnya.

“Dia ikut saya ke mana-mana sebab nak bercakap. Dalam enam jam dia sanggup duduk dan tunggu. Sampai saya terpaksa bersembunyi dalam tandas, gila weh psiko.

Kemudian pada 2 Oktober tahun lalu, saya adakan kelas ayat Kursi dan saya rasa tidak sedap hati. Jadi saya minta penganjur periksa nama dia. Rupanya dia berdaftar untuk kelas fizikal. Saya minta mereka batalkan, tapi dia tetap datang juga walaupun tidak diundang. Ya Allah,” luahnya.



Meneruskan cerita, Fakhri berkata, selama tiga jam dia terpaksa mengawal perasaan dan bercakap seolah-olah tiada sebarang perkara yang terjadi kerana wanita tersebut berada di hadapannya.

“Sampaikan bila habis kelas pun saya terpaksa balik terus, tak sempat berbual dan bersoal jawab dengan peserta. Namun dua hari kemudian, wanita itu datang ke pejabat untuk berjumpa saya.

“Kali ini lebih agresif sampaikan hempas pintu depan orang ramai. Selepas itu, duduk di kawasan kakitangan untuk tunggu saya di situ. Sangatlah psiko ya perempuan ini.

“Jadi sekali lagi saya terpaksa maklumkan kepada ayahnya dan dia sangat marah apabila ayah dia datang untuk bawa dia balik. Ayah dia berulang-ulang kali minta maaf pada saya. Saya cakap terus yang saya tak marah pun ayah dia. Ini ujian dia sebagai ayah, tapi saya minta supaya kawal,” katanya.

Mengulas lanjut, Fakhri berkata, dia membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk melindungi dirinya dan orang lain memandangkan wanita tersebut mengganggu secara fizikal selain trauma dan takut hendak ke mana-mana.

“Di media sosial pun sebab saya tahu dia akan sentiasa ‘stalk’. Sampailah semalam, saya ingatkan saya dah boleh hidup dengan aman. Rupanya dia masih lagi ganggu saya. Berpuluh-puluh mesej peribadi dan kali ini memang dah sangat melampau. Siap ugut untuk kacau keluarga saya pula.

“Tengoklah delusional dia ini. Dia ingat ada orang yang pengaruhi saya. Saya bingung, sejak dua tahun tidak berhenti ganggu macam ini. Saya akan berkahwin nanti dan saya risaukan diri saya dan bakal isteri kalau gangguan ini tak berhenti,” katanya menunjukkan akaun terbaharu wanita tersebut biarpun dia telah menyekatnya sebelum ini. K Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 01:00 AM | Show all posts
cer kalau cantik macam fazura
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 6-2-2023 01:00 AM
cer kalau cantik macam fazura

Hahaha..takdak delusional ka hapa..trus jadii
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik ayah perempuan tu terima apa yg ustaz tu cakap. Sesetengah org marah pulak kat org yg komplen pasal anak dia.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 02:36 AM | Show all posts
Sbb tak cantik kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betui ka tak cantik?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik kalau mcm ni sapa pung takut..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik pun kalau gila mmg boleh buat org takut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Austronesian replied at 6-2-2023 02:36 AM
Sbb tak cantik kot

Hahahaha spot on.. masa nampak ni kat twittter, duk terlintas gini jugak

Cer kalo lawo... mesti tergedik laki tu crush
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki ni penulis buku Islamic... mesti betina stalker tu perasan kisah percintaan delusional diorg ibarat kisah movie ayat-ayat cinta

Dah lee nama fakhri kan hohohoho
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sbb x cantik tp laki tu mmg dh ada calon isteri/ gelpren sedia ada skang ni dekat2 nk kawin dh.. dia expose sbb takut nnt bini pn kena serang sama mcm kwn2 keliling dia pn pmpuan tu duk kacau
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 08:28 AM | Show all posts
aechae replied at 6-2-2023 07:48 AM
Bukan sbb x cantik tp laki tu mmg dh ada calon isteri/ gelpren sedia ada skang ni dekat2 nk kawin dh ...

tak runding kawin dua sekali ker dengan gf dia tu ker...





Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii .........



Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 6-2-2023 08:28 AM
tak runding kawin dua sekali ker dengan gf dia tu ker...



Klu dh terang2 psiko gila, org waras mna yg nk terima.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
g la ajak dia teman cucuk booster vaksin sama2, tp yg dia punya tu ko cucuk angin. macambodo macamboleh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda simple cmni pn xleh Setel?cmne nk jadi bakal somi ni?
Aku pn pnah Kene cmni.padahal bknla hensem sgt aku...tapi pndai2 la balas..asal jgn rogol sudah pmpn ni.

Pi la bgaul dgn bdl2 nakal sket..ko hidup bgaul dgn bdk2 baik mmg kna pijak la dgn org cmni .
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi yek, jenis gini, pakai cara kotor pun dia sanggup dh desperado sgt. jaga jaga nyah, jgn dia snyonyong kan ko udah. dgn ko ko sewel nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kau pun lari lari mcm pondan mane pompuan tu tak berani
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bdk pmpuan tu bukan bdk2 biashe jgk. Nurse kt arab saudi. Myb desperate nk kahwin smpai delusional. Moga dpt rawatan lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bkn soal cantik ke tidak, tp cara dia ni sapa2 pun takut.
Iols risaukan keselamatan bakal wife dia je, pompuan psiko ni obses.
Hanya org obses je akan buat gini, elokla ayah dia ikat kabat hantar pi tempat sepatutnya dia disimpan.

Kalau sapa rajin layan pilem pasal saikopat ni tau laa cemana bahayanya pompuan gini.
Dia ni ngn skandal syuk tu sama je bahaya tak sepatutnya dibiarkan lepas bebas menganggu ketenteraman hidup org lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 6-2-2023 08:47 AM
Benda simple cmni pn xleh Setel?cmne nk jadi bakal somi ni?
Aku pn pnah Kene cmni.padahal bknla hens ...

Kan? Padahal tulih buku penyembuhan jiwa apa bagai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-3-2023 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.119969 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list