View: 1552|Reply: 21
|
[Dunia]
Seluruh Perancis lumpuh, sejuta mogok bantah usia persaraan 64 tahun daripada 62
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 31-1-2023 09:28 PM
ORANG ramai mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di Marseille hari ini sebagai sebahagian daripada mogok seluruh Perancis untuk membantah pembaharuan yang dirancang untuk meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun.-AFP
PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu buat kali kedua dalam tempoh sebulan bagi membantah pembaharuan yang dirancang kerajaan untuk meningkatkan umur persaraan.
Kira-kira sejuta dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara hari ini, kata sumber polis kepada AFP.
Kerajaan Perancis dikatakan merancang untuk meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun dan Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne bertegas untuk tidak berunding mengenai langkah itu bersama-sama kesatuan sekerja.
Pada hari ini kira-kira 11,000 polis digerakkan di seluruh negara dengan 4,000 daripadanya ditempatkan di Paris di mana ratusan ribu pelampau berkumpul di jalanan.
Pada 19 Januari lalu, kira-kira 1.1 juta turun ke jalan dalam perhimpunan menentang cadangan rombakan sistem pencen pada 2010.
Berjuta-juta rakyat terpaksa mencari pengangkutan alternatif pada hari ini, bekerja dari rumah atau mengambil cuti untuk menjaga anak-anak masing-masing.
Difahamkan, golongan pekerja dalam sektor pengangkutan dan pendidikan antara paling ramai menyertai protes berkenaan.
Profesor universiti, Martine Beugnet, 59, memberitahu AFP, protes ini adalah lebih daripada isu pencen.
Katanya, ia dilihat lebih kepada apa yang dimahukan rakyat.
Kebanyakan perkhidmatan kereta api metro dan pinggir bandar Paris dihadkan, kata pengendali pengangkutan ibu negara, RATP.
Syarikat kereta api, SNCF meramalkan, perjalanan antara bandar juga terganggu dengan hanya satu daripada tiga kereta api berkelajuan tinggi mungkin beroperasi.
https://www.utusan.com.my/global/2023/01/seluruh-perancis-lumpuh-sejuta-mogok-usia-persaraan-64-tahun/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baby, French ppl don't fuck around. They have some of the strongest labour unions in the western world. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat ibu pertiwi ni apa kurangnyehhhh. Banyak betol gesaan suh naikkan umur persaraan. Ada lerrr sorang acik ni suh gomen tanah ibu pertiwi naikkan umur persaraan ke 65 tahun gaytohhhhh 
KWSP: Lanjut Usia Persaraan Ke 65 Tahun – Wanita PKR
https://sumberkini.my/lanjut-usia-persaraan-ke-65-tahun-bantu-pencarum-tambah-simpanan-kwsp-wanita-pkr/
|
|
|
|
|
|
|
|
Usia 55 tahun pon dah x de mood nak keje. Nak enjoy jalan2 sebelum sendi2 semua sakit.
Pada pendapat i bagi option ler. Siapa nak bersara awal bagi jer..nak keje sampai 64 pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky replied at 1-2-2023 12:52 AM
Usia 55 tahun pon dah x de mood nak keje. Nak enjoy jalan2 sebelum sendi2 semua sakit.
Pada pendap ...
Setuju...sape yg msh x ckp duit simpanan tu keje lah lg |
|
|
|
|
|
|
|
iyer iols ni dah 50 tahun tengah berkira-kira nak opps pada usia 55/56 no mood nak melayan kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit kwsp diaorg tak cukup juga ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh la bagi option mcm ni
kalo dah semua terpaksa pencen 64 sebab kos sara hidup yg tinggi, produktiviti kerja akan terganggu, semua just datang keja nak dpt gaji je semata2
|
|
|
|
|
|
|
|
Retire lah awal bukan tidak boleh... Buat financial planning awal... France aku tidak pasti policy minimum age untuk dapat benefit...2 tahun saja di naik kan... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya umur 60thn cukuplah..sesuai
55thn terlalu muda sekarang ni, boleh lagi pg Siam |
|
|
|
|
|
|
|
but they are too disruptive towards the country's economy
byk negara dah raise the retirement age
kalo kat tanah pertiwi dorg rasa 50-55 tahun umur dah wajib mati
tu sebab nak berhenti kerja
i met a UK lady on transit, 75yrs old and working as part time librarian
it keeps the mind fresh my love - katanyaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 1-2-2023 09:30 AM
rasanya umur 60thn cukuplah..sesuai
55thn terlalu muda sekarang ni, boleh lagi pg Siam
Oklah tu 55 sempat enjoy |
|
|
|
|
|
|
|
untuk pencen 60an ok je utk yg mmg reti bekerja dengan IT semasa + masih mampu bekerja dengan baik, bukan datang kerja pas kerja kat bebudak muda dgn alasan tak pandai IT, MC semedang sebab salu sakit. kalau kerja sebab nk gaji dengan menyusahkan org baik berenti je |
|
|
|
|
|
|
|
umur 55 boleh pg Siam...mcm sol
|
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy replied at 1-2-2023 10:08 AM
but they are too disruptive towards the country's economy
byk negara dah raise the retirement age
...
Tgk situasi...patutnya kerajaan kena gubal peraturan utk byr minimum wages per hour Dan galakkan golongan pencen ini utk keje part time .. keje part time utk golongan pencen just utk diaorg bersosial disamping jaga kesihatan...of course lah utk post post yg tak melibatkan kudrat sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dunhill. at 1-2-2023 05:10 PM
Tengok jawatan... kalau professional okay lagi.. takkan nak suruh pakcik umo 60 tahun kait kelapa sawit... kesihatan setiap org pun tak sama... tulang pun ada yg dah retak kerana terlalu bekerja keras menggunakan tenaga di waktu muda...
Kalau jawatan profesional bagi warga emas, dengan hanya satu panggilan semua kerja jalan sebab dia dihormati, itu sangat bagus utk organisasi sbb ada pegawai yg disegani.. Misalannya Menteri, CEO, COO, engineer, manager dsb. Kalau sakit pun syarikat menanggung perubatan mereka lebih daripada pekerja bawahan sebab level mereka.
Utk jawatan bawahan ni bergantung juga kepada syarikat. Bukan semua syarikat nak sambung kontrak pekerja lepas 55 tahun lagi2 bila tahu pekerja tu ada penyakit, lagi2 penyakit berangkai. Di Malaysia ni saya nampak ramai warga emas bekerja di stesen minyak utk menghabiskan sisa hidup. Takpun jadi sekuriti sekolah, kalau kena rompak dia dulu yg kena ikat kaki & tangan. Kalau di negara jiran saya nampak ramai yg bekerja di pusat penjaja. Skrg ni aku tak tahu apa nasib mereka sejak pemerintah mewajibkan kemas sendiri pinggan mangkuk bila sudah habis makan.
Yang nak kerja sampai 64 tahun tu ada kemungkinan ada masalah kewangan... tu yg nak kerja namatey.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
btul aku tengok dekat singapore, pekerja dia dah level pangkat datuk dan nenek dah
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 1-2-2023 06:02 PM
btul aku tengok dekat singapore, pekerja dia dah level pangkat datuk dan nenek dah
Pasni naik pangkat ke jawatan moyang plak  |
|
|
|
|
|
|
|
Betul.. dan tak kurang juga yang jadi karung guni...
kumpul kotak, tin aluminium...
kesian jugak, tp nak buat camna demi kelangsungan hidup...
duit caruman dah habis agaknya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|