View: 388|Reply: 0
|
[Jenayah]
Adik Jahidah Nordin Dakwa kaki pukul isteri, Rosmaini Dah Bebas Dari Tahanan – ‘Lelaki Dayus Tu Sekarang Boleh Enjoy & Tidur Cukup’
[Copy link]
|
|
https://vt.tiktok.com/ZS8UAgntC/
Sebelum ini, negara kita dikejutkan dengan kisah seorang wanita malang, Jahidah Nordin yang dipercayai dipukul oleh suaminya sehingga koma pada 4 Mei 2021. Lebih pilu, wanita berkenaan sedang hamil anak pertama pada ketika itu.
Menerusi perkongsian adik Jahidah iaitu Fauziah Nordin di TikTok, mendakwa kini suami kepada kakaknya itu, Rosmaini Abdul Raof sudah bebas daripada tahanan reman.
Sindirnya lagi, lelaki berkenaan dapat menikmati kehidupan yang sempurna manakala kakaknya terlantar di atas katil kerana koma.
Lelaki dayus tu sekarang bebas kat luar. Boleh makan minum, tidur cukup, enjoy dengan kawan-kawan.
Nufail anak kakak nak manja dengan ibunya tapi ibu tak dapat buat apa-apa. Semoga Allah melaknat kamu lelaki dayus Rosmaini Abdul Raof.
Terdahulu, Rosmaini mengaku tidak bersalah memukul isterinya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V.M Mabel Sheela.
Dalam pada itu, lelaki terbabit turut merayu agar jaminannya dikurangkan kerana dia perlu menanggung isteri-isterinya serta tujuh a
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap suami kepada mangsa koma berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka yang berharap agar kes ini dibawa kepada isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : ziahzara15 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|