View: 954|Reply: 7
|
[Dunia]
Video nenek mandi lumpur dipadam TikTok
[Copy link]
|
|
LOMBOK: TikTok secara rasmi memadam kandungan video seorang nenek mandi lumpur yang tular di alam maya baru-baru ini.
Wakil TikTok Indonesia berkata, pemadaman kandungan ini dilakukan selepas menerima permintaan ‘take down’ (memadam) daripada Kementerian Komunikasi dan Informatik (Kominfo).
“Kami menerima permintaan ‘take down’ dari Kominfo dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Kompas.com hari ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penerangan Awam dan Komunikasi Kominfo, Usman Kansong turut mengesahkan permintaan ‘take down’ itu.
“Benar (meminta TikTok memadam kandungan mandi lumpur),” kata Usman.
Usman menambah, permintaan untuk memadam kandungan itu adalah berdasarkan pekeliling dari Menteri Sosial yang menyatakan kandungan berbentuk perbuatan sebegitu adalah dilarang.
Seperti yang diketahui, video siaran langsung mandi lumpur yang juga dikenali sebagai fenomena ‘pengemis dalam talian’ menjadikan golongan warga emas sebagai objek kandungan yang mampu memberi pulangan lumayan.
Mereka akan menerima hadiah berupa pelekat berbayar jika mereka menyimbah lumpur ke seluruh badan.
Lebih banyak hadiah yang diterima, lebih banyak lumpur yang dicurahkan.
https://www.utusan.com.my/global/2023/01/nenek-berputih-mata-video-mandi-lumpur-dipadam-tiktok/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kenapa mandi lumpur? tak ada air ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Diorang buat live...dapat duit kalau mandi lumpur tu, orang bagi gift yang boleh ditukar kepada duit. Kadang2 badan dah menggigil pun sanggup jugak teruskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan mandi lumpur mcm kerbau guling.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 je content tik tok. Nasib baik iols x de tik tok. |
|
|
|
|
|
|
|
sian nenek ni, hilang pendapatan dekat tiktok
puak2 indon ni bukan sikit dekat tiktok, beratus juta |
|
|
|
|
|
|
|
kebodohan ni mmng berjangkit
sebab tu aku takde tt bagai. even dlm porem ni pon penyakit bodoh juga berjangkit |
|
|
|
|
|
|
| |
|